PRK Sg Kandis statistik data keluar mengundi

PRK Sg.Kandis statistik data keluar mengundi :
melayu yg undi BN = 9096
melayu yg undi PH = 3433
bkn melayu yg undi BN = 489
bkn melayu yg undi PH = 12039
katakan :
penyokong BN keluar mengundi =78%
penyokong PH keluar mengundi =64%
penyokong PAS keluar mengundi =5%
BN x menang bkn sb penyokong PAS x keluar. kalo semua penyokong PAS keluar pun BN blm blh menang. kalo diandaikan semua penyokong BN dan PAS keluar undi BN, harus diandaikan semua penyokong PH pun keluar. utk menang BN masih memerlukan undi dr penyokong PH utk menang.
Spt biasa, BN masih juara di hati kebanyakan melayu, BN kalah krn undi bkn melayu. apakah isu hak melayu yg kita mainkan menyebabkan mereka menjauh? atau pun isu hak bkn melayu yg mereka mainkan yg menyebabkan mereka disokong? apakah kalo kita berhenti bermain isu hak melayu mereka akan kembali mendekat? atau hanya sekadar menerima senyum perli?
harus disedari, mereka memilih PH bkn krn kita, tp krn PH dilihat lbh berani memperjuangkan perkara2 yg menguntungkan kaum mereka.
kenapa kita dilihat sbg yg memulakan perang perkauman? sedangkan hakikatnya mereka yg memulakan.
kenapa kita terlalu berlembut dgn menyalahkan sama melayu krn memainkan isu hak melayu? sedangkan kita hanya mempertahankan hak melayu.
Apabila melayu mempertahankan hak melayu, melayu itu dilihat perkauman.
tetapi apabila bkn melayu itu cuba melanggar hak melayu, bkn melayu itu dibela dgn berbagai dalil yg melibatkan demokrasi dan hak asasi. dan yg lbh menyedihkan adalah yg membela mereka adalah melayu2 yg kebanyakannya dah lama x solat.
Cukuplah.. BN kalah bkn sb PAS x keluar mengundi, bkn sb Najib turun membantu, bkn sebab BN mainkan isu perkauman, tp BN kalah sb bkn melayu nampak hanya PH yg blh membuatkan mereka lbh berkuasa di bumi melayu ini. itu aje..

Berniaga bukan sekadar ikut ikutan Jangan Eh Dia berniaga tudung nak jual tudung jugak lah

Berniaga bukan sekadar ikut-ikutan.
Jangan.
"Eh! Dia berniaga tudung, nak jual tudung jugak lah.."
"E...e...! Dia buat cup cake, nak jual cup cake jugak"
Kalau asyik bertukar-tukar bisnes, maknanya anda tak fokus. Anda mungkin anggap bisnes ni setakat main-main. Jika anda sendiri tak serius dengan bisnes anda, orang lain pun pasti tak anggap anda serius nak berbisnes.
Maka orang pun tak berani nak pilih kita untuk mereka mulakan urusan jual beli. Rugi!
Sakit hatikan bila ada orang tanya "kau bisnes apa pulak sekarang ni?" Nampak sangat orang ramai asyik perhatikan anda dan tuggu anda jatuh untuk digelakkan.
Bisnes tanpa ilmu, begitulah! Main redah je, kalau ada untung nasib baik, dah rugi nak buat cemana...
Serius nak berbisnes? Serius nak jadi usahawan?
Cari mentor.
Cari ilmu.
Cari bisnes yang boleh jamin anda dapat sustain selama mana yang anda mahu.
Kakwid pilih Shaklee. Dah 5 tahun. Antara 12 bisnes yang Kakwid pernah buat, inilah bisnes yang paling tersusun dan menawarkan sehingga 10 jenis bonus.
Infiniti!
Syaratnya: bukan ikut ikutan, tapi kehendak diri yang kuat.
InsyaAllah.

ISLAMOFOBIA adalah istilah kontroversi yang merujuk kepada prasangka dan diskriminasi pada Islam dan Muslim 1 Istilah itu sendiri sudah digunakan pada tahun 1980 an 2 tetapi menjadi popular selepas serangan 11 September 2001

ISLAMOFOBIA adalah istilah kontroversi yang merujuk kepada prasangka dan diskriminasi pada Islam dan Muslim[1] Istilah itu sendiri sudah digunakan pada tahun 1980-an[2] tetapi menjadi popular selepas serangan 11 September 2001.[3] Pada tahun 1997, Badan Amanah Runnymede mentakrifkan Islamofobia sebagai "rasa takut dan benci terhadap Islam lalu membawa kepada takut dan tidak suka kepada orang Islam," juga menyatakan ia juga merujuk kepada amalan mendiskriminasikan orang Islam dengan mengasingkan mereka dari kegiatan ekonomi, sosial dan kehidupan masyarakat. Islamofobia juga termasuk persepsi bahawa Islam mempunyai nilai yang tidak sama dengan budaya lain, lebih rendah dari nilai barat dan mempunyai ideologi politik yang ganas daripada (dikenali) sebagai satu agama[4].
Sumber: Wikipedia
Hebat gerakan ni. Satu dunia meyakini fitnah yang dibawa. Amat sukar untuk membetulkan persepsi umum walau pelbagai usaha dilakukan. Ramai terjebak kelembah fitnah hingga ke akhir hayat.
Moga Allah mengampuni dosa kita.
Moga Allah mengampuni dosa mereka. Sesungguhnya mereka tidak mengetahui.
Moga kita terpelihara dari segala fitnah akhir zaman.
Moga kita dipelihara dari kemurkaan Allah dan nerakaNya.
Moga kita dikurniakan keredhaan dan syurgaNya.
Aamiin.
Rasanya perlu diperkenalkan satu istilah lagi sekarang:
PASOFOBIA

Dalam akaun saya ada RM350 sumbangan daripada kawan kawan untuk bantuan kepada penulis yang memerlukan

Dalam akaun saya ada RM350 sumbangan daripada kawan-kawan untuk bantuan kepada penulis yang memerlukan. Kalau ada sesiapa yang mahu menyumbangkan duit silakan berbuat demikian sebelum 10 Jun ya. Saya tidak mahu menyimpan duit lama-lama. Ramai juga yang minta nombor akaun tapi setakat ini hanya tiga orang tampil menyampaikan sumbangan. Saya menunggu wakil rakyat atau menteri atau ahli korporat juga. Kalau tak ada tak apa. Kalau sedikit sangat macam tak tahu nak bagi kepada siapa pula duit ini.
Semasa kutipan pusingan pertama dengan Rozlan kami berjaya menyampaikan sumbangan kepada 10 anak yatim dengan nilai RM670 setiap orang, dan RM160 lagi saya sampaikan kepada Imam tarawih di PENA tempoh hari untuk anak yatim di tempatnya. Dia nak pungut sumbangan pada malam itu tapi segan. Selain itu, kepada dua penulis yang sedang dalam kesukaran saya sampaikan RM500 dan RM1200 mengikut kesesuaian. Ada pertimbangannya di sini.
Sekian berita tengah hari.

Ibn Taimiyah dan Imam as Suyuti menolak ilmu mantiq

"Ibn Taimiyah dan Imam as-Suyuti menolak ilmu mantiq". Perlu difahami secara menyeluruh dalam mentakwil dan menterjemah sesuatu pendapat dalam perkara khilaf terutamanya.
Mereka banyak sumbanganya dalam membangun Islam dari sudut hadis, bidang pemikiran dan sebagainya. Mereka menolak ilmu mantiq dengan kaedah mantiq juga. Lihat pada zaman Ibn taimiyah, muktaziliy menguasai bidang pemikiran sepertimana yang difahami "perompak menguasai pisau-pisau", dan disebabkan itu, atas faktor pemeliharaan Islam serta nas-nas Al-Quran dan Al-Sunnah, penggunaan mantiq serta penghujahannya ditolak sama sekali.
Sebelum mengkritik atau membuat dakwaan, teroka kehidupan beliau, guru-guru beliau, tulisan beliau serta isu dominan yang menjadi perkara utama pada zaman itu.
#auditDiri

Salam sukses buat semua LIKE SHARE DAY 1 2 KOMUNIKASI BUDAK IJAZAH VS KOMUNIKASI BUDAK TANPA IJAZAH Saya belajar sesuatu bila bersama dengan beliau Beliau datang dari jauh demi nak belajar sesuatu dari saya Saya hanya insan kerdil yang Allah beri pinjam i

Salam sukses buat semua.
LIKE & SHARE
DAY 1 & 2.
===
[ KOMUNIKASI BUDAK
IJAZAH VS KOMUNIKASI
BUDAK TANPA IJAZAH]
===
Saya belajar sesuatu bila
bersama dengan beliau.
Beliau datang dari jauh
demi nak " belajar sesuatu"
dari saya. Saya hanya insan
kerdil yang Allah beri pinjam
ilmuNYA.
====
" Mus, aku tak ada ijazah
berbanding officer jabatan
kerajaan yang ada ijazah.
Kalau aku deal sesuatu
dengan officer yang kerja
jabatan kerajaan, aku tak
bawa pangkat atau kedudukan
aku. Jauh lagi title ijazah.
====
" Aku datang jumpa mereka
dengan guna BAHASA & RAYUAN.
Tak perlu kipas-kipas nak dapat
projek".
====
" Alhamdulillah, apa yang aku
utarakan pada officer tersebut,
diterima dengan kos yang munasabah.
Komunikasi orang yang tak ada ijazah
macam aku, officer mahu dengar. Kerana
apa? Kerana sebuah NEGOSIASI.
====
" TQ MUS, ajar aku ilmu ini.",
kata beliau tengahari tadi.
===
Ilmu apa tu?
Untuk siapa " ilmu tu"?
Untuk mereka yang :-
1- BERNIAGA.
2. BUAT JUALAN ASYIK KENA TOLAK
DENGAN PELANGGAN.
3. GURU YANG SUKAR KENDALIKAN
ANAK MURID DI SEKOLAH.
4. JURULATIH YANG KURANG FAHAM
RENTAK PELATIHNYA.
5. COACH PELBAGAI BIDANG.
6.KAUNSELOR, PSIKITRIS, PSIKOLOGIS dll.
==
Whatsap saya jika anda
mahu belajar " ilmu itu".
+019-2044034(CHT CHE QIIM)
#kelasprivate#
#berkualiti#
#suasanawajahgambaransuasanahati#
www.cheqiim.weebly.com
See Translation

Saya fikir ustaz ustaz yang ada sekarang ni yang masih bermimpi mimpi bidadari syurga sedangkan jelas kelihatan kaum muslimin sedang di perangi secara halus dah boleh pergi makan batu

Saya fikir ustaz-ustaz yang ada sekarang ni yang masih bermimpi-mimpi bidadari syurga sedangkan jelas kelihatan kaum muslimin sedang di perangi secara halus dah boleh pergi makan batu.
Benar Rasulullah menganjurkan berdakwah. Tetapi Rasulullah juga berkorban darah untuk mempertahankan kaum muslimin.
Jika rasa asyik nak bersifat apologetik dah boleh join sekali mereka yang cintakan dunia dan takut mati.
"Umat Islam kena berlemah lembut." - kata pak ustaz.
Alahai pak ustaz! Umar Al Khattab penghuni syurga bila ada seorang pencerca menyindir Rasulullah pun angkat pedang la oi!
Engkau?
Terus sembang! Sembang pasal seks, poligami, pasal hantaran kawin, rezeki itu ini. Anak-anak muda kau ajar kenal Tuhan dengan harapan mereka akan sokong kau punya parti politik, yang akan jadi kau punya yes man yes man.
Allah kata, diwajibkan berperang ketika kamu diperangi.
Kaum muslimin sedang diperangi melalui demokrasi kafir dan fitnah. Engkau pula masih fikir perang itu adalah dengan angkat parang, angkat pedang, angkat kapak!
Ustaz apa kebenda macam tu? Ingat kalian saja yang tahu agama? Orang lain semua jahil murakkab, wahabi, muzabzib?
Sama je perangai kamu dengan kelompok intelektualite. Term nak pakai yang gah-gah. Istilah-istilah nak pakai yang power-power yang kurang di faham oleh orang banyak.
Supaya senang nak bagi nampak cerdik dan mudah kelirukan orang lain. Betul kan?
.
-MZI-
See Translation

Saya bukan ahli mana mana parti politik Bukan Pas bukan Umno bukan Amanah atau PKR

Saya bukan ahli mana-mana parti politik. Bukan Pas, bukan Umno, bukan Amanah atau PKR.
Cuma nak bagitahu,
PM tu baru je angkat sumpah semalam. Kabinet pun belum dibentuk lagi.
Kita dah mendesak nak minta tunaikan semua manifesto yang dijanjikan. Mengata, bergaduh, berdebat dan tuduh macam-macam.
Kita sendiri pun kadang-kadang bila isteri minta duit belanja pun berfikir-fikir. Lambat nak buat keputusan. Tu baru sorang bini. Kalau dua? Kalau tiga?
Yang ni cerita mengurus negara kot. Urusan yang besar dan perlukan masa untuk ditadbir. Jadi, sabar-sabarlah. Doakan yang baik-baik utk kerajaan yang baru.
p/s: Jadilah seorang pembangkang yang baik dan rajin berdoa. ?
See Translation

PAS TERUS MARA MEMPERSADA ISLAM KE ARAH MALAYSIA SEJAHTERA

PAS TERUS MARA MEMPERSADA ISLAM KE ARAH MALAYSIA SEJAHTERA
Alhamdulillah. Pelbagai program-program Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di sana sini di seluruh negara di semua peringkat Cawangan, Kawasan, Dewan dan Pusat. Alhamdulillah, semuanya terus mendapat sambutan.
Berikut merupakan program-program utama yang berlangsung serentak hari ini:
1. Terengganu Darul Iman: Nadwah 'Ulamak PAS Terengganu di Kompleks Tarbiyah At-Taqwa, Kuala Nerus.
2. Kelantan Darul Naim: Liqa Penerangan PAS Kelantan di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK), Kota Bharu.
3. Wilayah Persekutuan Putrajaya: Konvensyen Usahawan Haraki (KoUsaHa) anjuran Lajnah Ekonomi, Pengurusan Hartanah & Pembangunan Usahawan PAS Pusat di Hotel Everly Putrajaya.
4. Pahang Darul Makmur: Pelancaran NGO GENERASI di bawah Lajnah Tanah dan Peneroka PAS Pusat di Kompleks Al-Makmur, Kerdau.
Semoga kita semua terus beristiqamah. Semoga Allah sentiasa memberikan taufiq dan hidayahNya dalam perjuangan memartabatkan Islam di Malaysia melalui wasilah PAS.
Sama-samalah kita berdoa, "Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah imanku, hatiku agar tetap dalam perjuangan Islam melalui wadah PAS ini". Allahumma Aamiin.
#MembinaMalaysiaSejahtera
#MempersiapGenerasiKemenangan
#BeristiqamahHinggaKemenangab

SAMA CAKNA SAMA RASA dari MARHAEN untuk MARHAEN

[ SAMA CAKNA SAMA RASA...dari MARHAEN untuk MARHAEN ]
Usai Kuliah Ilmu di Masjid, saya didatangi seorang kakak hulurkn bbrp helai duit RM1... "..buat bantu anak-anak miskin..".
Terkedu & terharu rasanya.. walaupun kakak ini bukan orang senang, ibu tunggal dengan anak2 yang semuanya masih di universiti. Tapi keinginan dia untuk infaq tetap ada..
Hal2 beginilah yang sentiasa jd sumber insiprasi & penguat semangat bagi team SanggarSuri. Sokongan & kepercayaan sahabat2 diganding pula dengan harapan tinggi orang yang memerlukan, menguatkan semangat kami.
Mana2 tempat kami turun padang, akan dimaklumkan pada penerima bahawa kami bukan siapa2, bukan ahli politik, bukan orang ada2.. tapi kami bawa amanah dari MARHAEN untuk MARHAEN..
Kami mohon penerima sumbangan tolong doakan sahabat2 kami ini..
Dana kami terkumpul drp sumbangan rakyat marhean...serendah RM2, RM5 pun ada. Bukan dari kabel2 besar...bukan..
Kabel kami hanyalah ALLAH swt...
Sebab itu, saya selalu berpesan pada anak2 buah SanggarSuri. Jangan sedih & risau kalau dana kita sedikit, sebab yg sedikit itu kita salurkan pada yg benar2 memerlukan..bukan sekadar tangkap muat.
Yang penting..Allah sentiasa hantar bantuannya melalui INSAN2 BERHATI MULIA & IKHLAS... Itulah yang MANISnya..
Sebuah Usaha dari MARHAEN untuk MARHAEN...
Terima kasih atas Sokongan & Kepercayaan..
Sama Cakna, Sama Rasa...
#darimarhaenuntukmarhaen
#SanggarSuri
See Translation