Ayuh kita bantu saudara kita di Pulau Omadal pula

Ayuh kita bantu saudara kita di Pulau Omadal pula. Misi pertama MediCOM ke sana untuk melihat lebih dekat nasib mereka yang jauh ketinggalan dari segi dakwah dan pembangunan. Difahamkan lebih dhoif daripada Pulau Mabul.
Semoga Allah permudahkan segala urusan dan berakhir dengan baik.
Kepada yang ingin menyumbang sila salurkan terus ke akaun berikut:
Maybank
5624-7816-7234
MediCOM Malaysia
Sila maklum setiap sumbangan kepada Bendahari Ishak Dollah melalui whatsApp atau SMS di talian 013-403 9760
Semoga Allah memberkati setiap sen yang disumbangkan untuk tujuan dakwah dan digantikan dengan rezeki yang lebih baik.

Hj Idris Haji Ahmad Naib Presiden PAS 3 5 18 Keputusan Di London Orang Malaysia Pula Resah

Hj Idris Haji Ahmad
Naib Presiden PAS
3/5/18
Keputusan Di London, Orang Malaysia Pula Resah.
Apabila keputusan mahkamah Tinggi London arah Sarawak Report bayar £41,400 ((RM240,120) kepada TG Haji Abd Hadi. Nampaknya skrip kempen untuk hentam PAS di dalam PRU 14, tidak menjadi. Terpaksa mencari idea lain pula. Biarkan mereka mencipta berjuta fitnah, kita tidak gentar dan takut. Kerana kita dipihak yang benar.
Kita minta pertolongan dengan Allah, puak fitnah minta tolong kepada makhluk. Kita yakin, golongan yang benar akan menang, walau pun nampak lemah. Puak pemfitnah, nampak kuat, tetapi mereka lemah. Tidak ada kekuatan dan jati diri. Makanan mereka nafsu dan sumber haram sebab itu mereka tidak ada perasaan takut kepada azab Allah.
Kalau yang fitnah itu bukan Islam, padanlan dengan mereka. Tetapi amat malang, ada yang membawa fitnah ini ialah orang Islam. Ada yang dahulu, cakap soal tarbiah dan dakwah, sekarang menjadi penyambung lidah fitnah kononnya PAS dapat wang RM90 juta daripada Umno. Sudah hilang adab dan akhlak.
Benarlah Firman Allah SWT bermaksud “ Berusaha merancangkan rancangan jahat, sedangkan rancangan jahat itu tidak menimpa melainkan kepada tuan yang merancang jahat” (Fatir :43.)
InsyAllah, rancangan jahat fitnah mereka akan memporak poranda kumpulan mereka sendiri. PAS terus mara dan mekar melangkah gagah dengan ahli yang istiqamah dengan Islam. Musuh PAS bertambah cemburu, apabila fitnah tidak menjadi.

Kita Banyak masa diguna mencari keperluan hingga tersisa sedikit untuk kewajipan

Kita.
Banyak masa diguna mencari keperluan hingga tersisa sedikit untuk kewajipan.
Keperluan semakin banyak, kewajipan semakin tidak sempurna.
Bertuhan hanya ketika diuji,bersyukur hanya bila kehilangan.
Yang kita suka putih, yang kita benci hitam.Sedangkan, kita masih ada biru,merah,hijau,oren,ungu, kuning dll.
Yang kita pentingkan 'aku', yang sering terabai 'kita'.
Selalu kita meminta, jarang sangat kita memberi .
Yang selalu betul itu kita, yang selalu salah itu mereka.
Yang hebat itu aku, yang lemah itu dia.
Dalam menjadi seorang manusia, sering kita terlupa,kita sebenarnya seorang hamba.
(ulang siar catatan 2 Disember 2014)

Salam ki Nak tanya tukar minyak oil filter viva berapa

Salam ki. Nak tanya tukar minyak + oil filter viva berapa? Lokasi klang.
Waalaikumussalam. Rm170 nunu.
Pakai minyak apa ki? Petrocanada ke mannol?
Yang ni pakai mannol. Kalau nak petrocanada mahal sikit. Sebab botol 4L.
Oh. Kereta aku ni dah lama tak jalan. Ingat nak mintak kau tolong tengokkan sekali.
Yeke. Kereta boleh start tak? Kalau tak boleh start, try cas dulu bateri tu.
Bateri dah kong dah. Dah hantar pegi cas haritu.
Oh. Kalau macam tu, tukar la bateri baru dulu.
Bila nak datang ki? Nak datang sekarang pun boleh.
Okey nunu. Aku datang sekarang.
-------------------
Sampai2, memang condition setahun tak jalan.
Tayar takdak angin.
Dashboard berhabuk.
Coolant dalam radiator kurang.
Tayar belakang tahun 2011.
Yang lain semua okey.
Member puji bagus servis macam ni.
Sebab dia nak hantar kat bengkel takut benda lain yang kena tukar.
Nak pakai kereta ni semula sebab outstation.
Terima kasih owner.
Juga sahabat kresma.

Baru terima mesej ada sahabat FB bertanya

Baru terima mesej, ada sahabat FB bertanya,
Nuna u terima tak kes orang miskin bukan islam?
YES, MESTILAH !
SEMUA BANGSA & AGAMA YANG PATUT DIBANTU KITA MESTI BANTU.
Agama saya suruh tolong semua orang.
I don't care kalau ada orang tak setuju I will try to do my best for everyone ❤️
And semua yang berkongsi rezeki untuk projek2 kecil saya ni pun terdiri daripada pelbagai bangsa & agama.
THANK U ?
I LOVE U ?

Kenali Calon Gagasan Sejahtera Negeri Kedah

Kenali Calon Gagasan Sejahtera Negeri Kedah
Dr Mohd Ali Sulaiman, seorang pakar dalam bidang semikonduktor dan teknologi solar bakal diturunkan selaku calon yang akan membawa mandat Gagasan Sejahtera Negeri Kedah. Saintis genius ini membuktikan PAS tetap menjadi pilihan golongan Professional dan berpendidikan tinggi.
Klik untuk like fb page Dr Haji Mohd Ali
https://www.facebook.com/Dr-Mohd-Ali-Sulaiman-234417800633…/
Di mana beliau bertanding?
Tunggu pengumuman calon GS yang akan diadakan pada 9.00 malam, 19 April ini di Kompleks PAS Kedah.
Jom pakat pi....
#UP
#GagasanSejahtera
#KDH2018
#MembinaNegaraSejahtera

Kalau anda nak tahu hospital hanya menerima 3 cara bayaran untuk setelkan bil hospital

Kalau anda nak tahu hospital hanya menerima 3 cara bayaran untuk setelkan bil hospital.
1. Tunai
2. GL dari kompeni insurans/takaful
3. Kredit kad
Selain dari 3 cara di atas, barangan berharga lain tidak diterima
1. Geran tanah
2. Jam audemars piguet royal oak
3. Rantai/gelang emas
4. Kereta mewah
Sekiranya masih belum ada perlindungan takaful, cepat-cepatlah sediakan. 4 benda di atas tadi tu bukannya boleh dicairkan cepat melainkan jual pada harga yang murah. ?
Nurul Mukminah

Sejujurnya saya sudah terlalu letih dengan budaya politik persepsi di Malaysia ini

Sejujurnya saya sudah terlalu letih dengan budaya politik persepsi di Malaysia ini !
Saya sudah buat satu keputusan!
Tunggu pilhanraya nanti..
Sebagai ahli PAS..
Kalau betul PAS tidak bertanding lawan BN...saya akan keluar Parti!
Sebab jelas PAS NAK SELAMATKAN BN!
Kalau PAS lawan BN pertandingan 2 penjuru..saya akan UNDI PAS!
Kalau berlaku pertandingan 3 penjuru lawan BN..saya akan pilih Parti yang punyai Cawangan yang banyak dan Jentera yang kukuh di DUN dan Parlimen saya ini...sebab bagi saya mereka serius nak tumbangkan BN..yang lain sebenarnya nak bantu pecah undi bagi kemenangan utk BN.
Sifir saya mudah! Tunggu pilihanraya nanti!
Banyak lagi kerja saya nak buat sementara pilihanraya ni..kekadang sentimen politik ini amat menyesakkan minda!
Statement Politik terakhir saya sebelum pilihanraya...
Sayang sume ;-)

BERAS UNTUK ANAK ANAK MADRASAH AD DHUHA KEMBOJA UNTUK KALI YANG KE 7

BERAS UNTUK ANAK ANAK MADRASAH AD DHUHA, KEMBOJA UNTUK KALI YANG KE 7
Syukur alhamdulillah sumbangan beras untuk kali 6 telah selamat di terima oleh anak abak madrasah ad Dhuha,
Untuk penghantaran sumbangan yang ke 7 ni bermula dari 15/12/2017 hingga 15/1/2018 sebyk 1100 kilo untuk 160 orang pelajar,
Alhamdulillah 95 peratus usaha yg berkat ni dari team sadaka ( Veil Magnifique) semoga untuk sumbangan yg ke7 ini ummi akan mendapat kerjasama dari wanita hebat ini.
Foto bawah:
Beras yg sahabat sponsor tu dihantar ke pondok ad Dhuha dan utk pengetahuan sahabat orang kampong selalu pinjam beras madrasah ni bila beras di rumah kehabisan, mereka akan ganti bila dapat duit.

Alhamdulillah setelah mendarat di lapangan terbang Phnon Phen ummi disambut oleh 9 orang wakil dari kampong kampong yg ummi nak agihkan kurma tu dan bila ummi tanya ustaz hasan ketua rombongan tu ustaz kita ni naik apa ye sbb kotak kurma ada 18 kotak

Alhamdulillah, setelah mendarat di lapangan terbang Phnon Phen ummi disambut oleh 9 orang wakil dari kampong kampong yg ummi nak agihkan kurma tu dan bila ummi tanya ustaz hasan ketua rombongan tu " ustaz kita ni naik apa ye sbb kotak kurma ada 18 kotak
Besar " kita bawak naik tut tut " kata ustaz Hasan, ya Allah mengambil masa sejam pulak bergaduh dgn beberapa buah tut tut yg berebut nak ambik kami naik tut tut diorang, akhirnya kami sewa sewa 5 tut tut bwk rombongan dari kampong campor dgn kami 8 orang dgn kurma 350 kilo, terharu ummi tengok cara diorang susun kotak ini tiada ruang yg tak terisi, akhirnya dari airport mengambil masa 1 jam untuk sampai ke Bangkak iaitu tempat untuk kami bermalam dulu mlm ni dan waktu berbuka dah hampir, maka kami tinggal lah disebuah hotel yg biasa biasa saja dan satu bilik untuk 2 orang kami duduk 6 orang, alhamdulillah,
Selepas sahur jam 4 pagi rombongan dari kampong Strung Treang balik menbawa 320 kilo kurma nak agihkan untuk 645 keluarga disana dan 30 kilo lagi untuk madrasah di Kg Saum,
InsyaAllah tambang dari Phnon Phen ke Kg Strung Treng untuk sebuah van RM450 dan insyaAllah jam 10 pagi ni sampai.