BeraniKeranaBenar KENAPA SAYA TAWAR DIRI UNTUK BERDEBAT DENGAN TUN M DI FORUM NOTHING TO HIDE 2

#BeraniKeranaBenar..
KENAPA SAYA TAWAR DIRI UNTUK BERDEBAT DENGAN TUN M DI FORUM NOTHING TO HIDE 2.0
Oleh: Dr Mohd Puad Zarkashi, MT UMNO
1. Seperti yang dijangkakan ada pihak yang mempersoalkan apa kelayakan saya apabila menawarkan diri untuk berdebat dengan Tun M dalam forum Nothing To Hide 2.0 jika beliau serius mahu mencari kebenaran.
2. Kalau begitu apa kelayakan orang di sebelah sana termasuk Tun M dan TS Muhyiddin yang hanya cut and paste bahan dari sumber meragukan apabila mengkritik isu 1MDB? Kebanyakan mereka ini hanya menggunakan cerita fitnah yang disebarkan oleh Sarawak Report dan ASWJ. Tidak ada sebarang dokumen yang dikemukakan oleh pihak ini apabila menyebarkan fitnah mereka. Apatah lagi hingga ke hari ini tidak ada sebarang perbicaraan di Mahkamah dalam atau luar negara "khusus" terhadap 1MDB sendiri.
3. Pada saya Tun M tidak wajar menolak tawaran saya untuk berdebat kerana saya pun banyak soalan untuk ditanyakan kepada beliau yang membabitkan kes semasa 22 tahun menjadi Perdana Menteri. Apatah lagi forum ini sendiri namanya "Nothing To Hide 2.0".
4. Sebenarnya beliau tidak perlu berdebat dengan Perdana Menteri walaupun mendakwa dia adalah Top Dog yang setaraf dengan DS Najib. Pada saya beliau hanyalah Pengerusi biasa yang tidak ada kuasa berbanding Presiden dan Ketua Umum Pakatan Harapan. Justeru Tun M tidak perlu merasa tarafnya menjadi rendah jika berdebat dengan ahli Majlis Tertinggi UMNO seperti saya.
5. Tetapi saya ragu Tun Mahathir bersedia untuk berdebat dengan saya. Saya yakin Tun Mahathir bukan serius untuk mencari kebenaran tetapi mahu menjadikan debat itu sebagai medan untuk menimbulkan kekecohan yang boleh memalukan Perdana Menteri di khalayak ramai.
6. Inilah yang berlaku di dalam Townhall Nothing To Hide 1.0 di PWTC. Walaupun tidak dijemput dan dinasihatkan jangan datang kerana itu adalah dialog di antara Perdana Menteri dengan rakyat tetapi Tun Mahathir tanpa segan silu hadir juga.
7. Dan apabila dimaklumkan Townhall itu dibatalkan sepatutnya Tun Mahathir pulang. Tetapi Tun Mahathir terus masuk ke dalam Dewan dan pengikutnya merempuh masuk dengan kasar sehingga ada orang ramai yang terjatuh. Motif Tun M datang tanpa dijemput itu terdedah dengan tindakan kasar tersebut.
8. Tanpa kebenaran pihak penganjur Tun Mahathir naik atas pentas dan berucap sehinggalah OCPD Kuala Lumpur menghentikan ucapan Tun.
9. Di situ jelas membuktikan Tun Mahathir bukan mahu berforum tetapi menimbulkan kekecohan untuk memalukan Perdana Menteri.
10. Sekali lagi saya mengajak Tun Mahathir agar mengenepikan egonya mengenai siapa yang layak untuk berdebat dengan beliau. Saya mengajak Tun M sama sama mencipta sejarah, iaitu berlaku perdebatan antara bekas Perdana Menteri selama 22 tahun dengan seorang rakyat yang yakin semua tuduhan terhadap 1MDB hanyalah fitnah dan kambing hitam untuk menjatuhkan Perdana Menteri.
naseronismail:
Jom DEBAT+CariKebenaran.. Fakta vs Auta
Saya nak rakam dan tular..
Editorial:
#SuaraMerdeka

Realiti FAKTA VS AUTA Forwarded by naseronismail https penyusakti wordpress com rata rata anak muda dek

Realiti... FAKTA VS AUTA
Forwarded by naseronismail: https://penyusakti.wordpress.com/…/rata-rata-anak-muda-dek…/
Forwarded by naseronismail: http://catatanzabidi.blogspot.my/…/sepetang-di-sepiring.htm…
Salam #NegarakuMalaysia
Bahawa semenjak fb ini diwujudkan ia telah memainkan peranan (penting) sebagai pengumpul dan penyibar maklumat yang berguna bukan sahaja sesama rakan ahli (followers) bahkan untuk masyarakat di luar sana juga.
Alhamdulillah. Terima kasih kawan-kawan kerana berjaya menyatukan hati kita semua di dalam satu wadah, berjuang untuk menegakkan kebenaran dan keadilan di bumi bertuah Tanah Melayu (Malaysia), mempertahan kedaulatan dan status-quo demi kesucian agama, bangsa dan tanah air.
Meskipun kita berbeza pendapat kerana berlainan fahaman, kepentingan dan ideologi politik namun kita akan tetap bersatu di dalam satu wadah politik (BN) dan sebagai umat Islam dalam satu ikatan akidah ahlus-sunnah waljamaah yang padu.
Alhamdulillah. AllahuAkhbar!
- Jom #KekalBN pada PRU14 yang akan datang.
#SuaraMerdeka
#KeyboardWarriors
#SahabatUlulAmri

I have to admit saya ada low self esteem apabila berkaitan hal rumah tangga

I have to admit, saya ada low self esteem apabila berkaitan hal rumah tangga. Tak boleh tidak, saya kuat blame diri sendiri atas failure sebelum ni. Malah siap menyesal sebab apalah saya kahwin dulu.
Haha.
Maka, saya tak boleh elak daripada rasa sentap apabila makcik pakcik bawang kat kampung bertanya hal peribadi. Tambah tambah pulak apabila saya tahu kat belakang saya mengata ya ampun kemain lagi.
Maaflah. Raya kali ni mak ayah pergi umrah, saya tak balik sua muka berkunjung di rumah kalian dan tersengih sengih macam kerang busuk tadah telinga nak dengar sindiran korang.
Saya raya kat rumah je lah. Rai dengan anak anak dan jadi tuan rumah kat Alor Setar aja.
Maaf ya. Baik jaga hati sendiri sebab tak ada orang pun nak jaga hati saya bila mulut meluncur laju bab nak bertanya dan mengata.

Terima Kasih Selesai sudah Jaulah batch kami dua hari lepas Jazakumullah khairan kathira kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak

(Terima Kasih ^ ^ )
Selesai sudah Jaulah batch kami dua hari lepas, Jazakumullah khairan kathira kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak. Daripada pemerhatian, inilah penglibatan teramai ahli batch dalam program yang dianjurkan. Semoga semangat sebegini akan kekal untuk program batch yang seterusnya tak kira program gabung atau asing. :)
Walaupun ada yang terpaksa batalkan pada saat-saat akhir kerana masalah kesihatan, moga Allah menghapuskan dosa-dosa atas ujian itu. Tidak lupa juga titipkan doa buat ibu bapa beberapa orang akhowat yang kini mendapat rawatan yang serius di hospital. Hati mana tidak sedih melihat ibu bapa sakit kan? semoga anak-anak solehah ini dapat kuatkan semangat dan dimudahkan segala urusan. :(
Sementara itu, suka lah saya nak mengajak kawan-kawan untuk menerima beberapa teguran dari beberapa pihak yang mengambil berat. Dengan hati yang terbuka, batasan aurat dan ikhtilat memang perlu kita lebih jaga. Bukan kerana kita pelajar syariah atau timur tengah semata, tapi kita muslim di mana Allah mahu kita sentiasa berada dalam ketaatan.
Pada hari kejadian memang telah diingatkan beberapa perkara berkaitan hal tersebut esp kepada ajk program tapi mungkin mudah terlupa. Saya sendiri yang tahu hukum dan masih ada sensitiviti mengaku tidak mampu mengawal keadaan. (ini juga boleh menjadi teguran kepada beberapa orang sahabat yang menarik diri dari jaulah ini kerana sudah mengetahui akan wujudnya keterbukaan dalam ikhtilat, agar bersama-sama dalam program untuk saling mengingatkan)
Apa pon, berseronok sudah, berkenal-kenalan juga sudah. Istighfar? Yuk gandakan. ;)
Bimbang ada dosa tidak kita sedari. Terima kasih buat yang menegur, Kepada batch-batch lain, bolehlah ambil yang jernih dan buang yang keruh. Doakan kami tetap berada atas jalan yang benar. Saya tetap sayang kawan-kawan saya. <3
Yang lemah,
Shahirah sulong,
Pemantau Jaulah Grandeur.
#astaghfirullah
#iamgrandeur
#Ramadhaniscoming

Selesai pertemuan ringkas dengan rakan politik

Selesai pertemuan ringkas dengan rakan politik. Banyak point yang kami analisis untuk politik Kelantan kali ini.
.
Nampak bersungguh betul BN nak tawan Kelantan kali ini. Namun itu hanya apabila dilihat pada aspek pelaburan.
1. Hospital Kuala Krai.
2. Lebuhraya sambungan merapoh.
3. Ucaptama pemuka² BN bersekali dengan jamuan makan & sumbangan.
4. Jalan² Bentong - Gua Musang sedang giat dibaiki.
.
Namun jika dilihat pada barisan calon pula, nampaknya seolah BN sekadar mahu tingkatkan majoriti sahaja.
.
Menarik politik Kelantan. Yang pertama kalinya tanpa TGNA.

Puasa kali ni kurang meriah dengan polemik solat tarawikh

Puasa kali ni kurang meriah dengan polemik solat tarawikh. 8 rakaat ke 20 rakaat? Patut ke tak surau tu depa siap selang lagi dengan tazkirah, amalan mana ni? Tak ka bidaah?
Mungkin salah satu sebabnya, masyarakat masih rancak dengan bicara politik. Fenomenanya luar biasa. Bulan ramadan tak dirasai.
Ustaz ustaz jadi tidak lagi relevan. Maka, untuk mengembalikan polemik supaya para 'ostad' kekal relevan dan rasa mendapat tempat dalam masyarakat. Nah.
Aku bagi isu solat jumaat di hari pertama hari raya. Wajib lagi ka bila dah solat sunat raya?
UAI: https://m.youtube.com/watch?v=dVHU71oxWmQ
Dr MAZA: https://m.youtube.com/watch?v=GsSIJjupnU4
Dr RORA: https://m.youtube.com/watch?v=T-tfwR4N44Y
Dr AAM: https://m.youtube.com/watch?v=uf20XvpsLrc
Ustaz Adi: https://m.youtube.com/watch?v=hnBD8RZCK-0
Ustaz Rasul Dahri: https://m.youtube.com/watch?v=VGkfS87MtMU
-----
Kesimpulannya nak ikut mana? Wajib ka tidak?
Ikutlah mana hang nak ikut, yang penting yakin itu yang sohih dan tidak mengecam sehingga berlebih lebihan orang lain yang berbeza pendapat.
Enta sendiri pilih mana?
Pendapat al Albani lah boh. Jumaat tak payah, zuhur pun tak payah. Kita makan ketupat dengan rendang udahlah.

PARA ULAMAK NYATAKAN DENGAN JELAS ADALAH DILARANG UNTUK ORANG KAFIR MASUK KE DALAM MASJID JIKA MASUKNYA ITU DENGAN TUJUAN MENDAPATKAN MILEAGE POLITIK

PARA ULAMAK NYATAKAN DENGAN JELAS ADALAH DILARANG UNTUK ORANG KAFIR MASUK KE DALAM MASJID JIKA MASUKNYA ITU DENGAN TUJUAN MENDAPATKAN MILEAGE POLITIK.
Dengan itu adalah dilarang bagi ahli politik DAP (Hannah Yeoh, Sivarasa, Tony Pua, LGE, dll) untuk memasuki masjid dan adalah DILARANG BAGI KAUM MUSLIMIN MEMBERIKAN KEIZINAN untuk mereka masuk masjid. Perhatian kepada semua khusus ahli Amanah dan PKR, dilarang membawa mereka masuk dalam keadaan kamu tahu orang itu masuk untuk tujuan politik!
Saya kira begitu juga halnya dengan orang kafir menghadiri majlis berbuka puasa kaum muslimin. Jika kehadirannya sebagai helah untuk meraih pengaruh politik, maka ia adalah dilarang. Lagi-lagi ia sudah jelas kedegilannya atau permusuhannya terhadap kedudukan islam.
Saya tidak qiaskan hukum orang kafir menyertai majlis buka puasa dengan hukum orang kafir memasuki masjid. Saya cuma mengambil hukum umum larangan bersedudukan dengan orang kafir yang mahu membawa fitnah (kerosakan) pada agama kaum muslimin dan kedudukan mereka.
Wallahua’lam.
Ust Zaid Zainur Rashid

Fokus gerak kerja kempen Bagi pihak PAS saya harap seluruh jentera parti memberi fokus kepada usaha gerak kerja meningkatkan sokongan kepada parti pada 9hb Mei nanti

Fokus gerak kerja kempen
Bagi pihak PAS, saya harap seluruh jentera parti memberi fokus kepada usaha gerak kerja meningkatkan sokongan kepada parti pada 9hb Mei nanti.
PAS juga berharap rakyat berhati-hati dengan permainan saraf dan berita palsu yang sengaja disebarkan untuk mencuri undi mereka berdasarkan matlumat dan berita palsu.
Dalam situasi media sosial yang terbuka, permainan saraf akan terus menyubur dan digunakan secara dahsyat untuk mencipta fitnah menipu rakyat untuk menolak musuh politik.
Contohnya, tidak mustahil ada musuh yang menyamar penyokong PAS lalu mengeluarkan kenyataan melampau dengan sengaja, tapi sebenarnya bukan dari ahli PAS.
Di dalam isu Nik Omar, bagi PAS, kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Abduh mewakili pihak keluarga beliau, dan tidak perlu ada kenyataan lain. Tindakan beliau bertanding atas tiket Pakatan Harapan adalah urusan dan pilihan beliau sendiri yang tidak perlu diperbesarkan.
PAS ingin tegaskan hanya kenyataan pimpinan utama sahaja adalah kenyataan rasmi parti. Manakala kenyataan lain, PAS tidak bertanggungjawab.
PAS menganggap sebarang kenyataan melampau yang menyerang beliau adalah tindakan yang keterlaluan.
Dalam sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia, seseorang itu bebas untuk memilih mana-mana parti yang diingini. Perkara ini bukan perkara baru dalam politik Malaysia. Terlalu banyak kes yang berlaku semasa atau sebelum ini.
PAS akan meneruskan kerja berkempen untuk meningkatkan sokongan rakyat sejajar dengan akhlak Islam dan Budaya Politik Matang dan Sejahtera untuk Malaysia sejahtera.
Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Timbalan Presiden PAS.
1 Mei 2018

Khamis 19 Apr DUN Sg Rapat Calon Pakatan Harapan N44 Sg Rapat turun ke PDM Desa Pelancongan PDM Desa Pakatan PDM Seri Rahmat dan PDM Sg Rapat bersama team kempen

Khamis 19 Apr - DUN Sg Rapat
Calon Pakatan Harapan N44 Sg Rapat turun ke PDM Desa Pelancongan, PDM Desa Pakatan, PDM Seri Rahmat dan PDM Sg Rapat bersama team kempen.
Bermula dengan minum pagi di Gerai Rosly Desa Pinji seterusnya calon bergerak ke PDM Seri Rahmat menziarahi penduduk kampung yang uzur.
Kemudian, calon melakukan ziarah kebajikan di PDM Desa Pelancongan dan mengedar risalah PH di PDM Desa Pakatan.
Akhir sekali, calon bertemu pengundi di Pasar SPPK di mana peniaga dan pengunjung pasar tersebut majoriti mengundi di Sg Rapat.
Semua yang di temui menyatakan sokongan kepada Pakatan Harapan
#lawantetaplawan
#lawansampaimenang
#pakatanharapantawanperak

PILIHANRAYA UMUM KALI KE 14 Asslamualaikum Dan Salam Sejahtera WATIKAH Alhamdulillah tahniah dan takziah kepada sahabat sahabat yang terpilih menjadi calon pakatan harapan pada pilihanraya umum kali ini

PILIHANRAYA UMUM KALI KE 14
Asslamualaikum Dan Salam Sejahtera
WATIKAH
Alhamdulillah, tahniah dan takziah kepada sahabat-sahabat yang terpilih menjadi calon pakatan harapan pada pilihanraya umum kali ini. Di fahamkan semua calon telah menerima watikah dari parti masing-masing (KEADILAN.) Nasihat dan Pesanan saya, Pikulah amanah rakyat ini dengan sebaiknya Jangan kianati perjuangan dan harapan rakyat kepada anda. Kepada mereka yang tidak terpilih anda semua adalah perjuang yang hebat, teruskan memenangkan pakatan harapan seperti hasrat kita bersama.
PENAMAAN CALON 28 APRIL 2018 (SABTU)
"SEMUA AKAN BANTU TUMBANGKAN UMNO BN"
Esok adalah hari penamaan calon pilihanraya kali ke 14, kebetulan esok adalah hari cuti. Dengan itu datanglah ramai-ramai beri sokongan kepada calon-calon pakatan harapan di seluruh Malaysia. Sudah pasti kita akan berhadapan dengan sahabat kita dari barisan nasional. Tunjuklah akhlak dan sikap yang baik kepada mereka, mudah-mudahan mereka akan menyertai kita selepas hari penamaan calon kerana terkesan dengan sikap kita yang hormati hak demokrasi.
Jagalah kebersihan dan keselamatan masing-masing. Jangan lakukan provokasi yang akhirnya merugikan pakatan harapan. Berilah kerjasama yang baik kepada pihak berkuasa dan petugas pakatan harapan.
KEMPEN
Selepas hari pernamaan calon, maka bermulakan kempen selama 8 hari. Berkempenlah dengan baik dan bijak. Sampaikan penerangan, maklumat dan matlamat pakatan harapan memerintah malaysia kali ini. Elakkan perdebatan di tempat-tempat awam dengan pengundi, penyokong dan ahli parti lawan.Penerangan yang bijak mudah faham akan membuatkan para pengundi akan memilih pakatan harapan kali ini. Yakinkan mereka pakatan harapan akan memerintah Malaysia dengan lebih baik dari barisan nasional.
PACABA= Polling Agent + Counting Agent + Barung Agent
Polling dan caunting adalah barisan terakhir untuk kita menang. Oleh itu mereka yang di pilih dengan tanggungjawab besar ini di minta bersiap sedia pada 9 Mei 2018 nanti. Jangan berikan seinci kemenangan percuma kepada barisan nasional. Walaupun mereka bijak menipu tapi kita lebih bijak untuk menang.
Penipu, pembohong, penyamun takkan selamanya akan menang. Sampai masanya mereka akan tersungkur di tangan rakyat. Rakyat adalah hakim negara, Dengan Izin Allah rakyat akan menghukum mereka kali ini. Amin.
RAKYAT MALAYSIA
Pada 9 Mei 2018 nanti undilah parti KEADILAN untuk Pakatan Harapan. Buatlah perubahan untuk negara tercinta. Hentikan segera derita rakyat demi masa depan anak dan cucu kita.
KITA AKAN MENANG, KITA MESTI MENANG.
27 April 2018
Jumaat
Changkat Jering
Muhamad Nur Ismail