Kita Banyak masa diguna mencari keperluan hingga tersisa sedikit untuk kewajipan

Kita.
Banyak masa diguna mencari keperluan hingga tersisa sedikit untuk kewajipan.
Keperluan semakin banyak, kewajipan semakin tidak sempurna.
Bertuhan hanya ketika diuji,bersyukur hanya bila kehilangan.
Yang kita suka putih, yang kita benci hitam.Sedangkan, kita masih ada biru,merah,hijau,oren,ungu, kuning dll.
Yang kita pentingkan 'aku', yang sering terabai 'kita'.
Selalu kita meminta, jarang sangat kita memberi .
Yang selalu betul itu kita, yang selalu salah itu mereka.
Yang hebat itu aku, yang lemah itu dia.
Dalam menjadi seorang manusia, sering kita terlupa,kita sebenarnya seorang hamba.
(ulang siar catatan 2 Disember 2014)

Salam ki Nak tanya tukar minyak oil filter viva berapa

Salam ki. Nak tanya tukar minyak + oil filter viva berapa? Lokasi klang.
Waalaikumussalam. Rm170 nunu.
Pakai minyak apa ki? Petrocanada ke mannol?
Yang ni pakai mannol. Kalau nak petrocanada mahal sikit. Sebab botol 4L.
Oh. Kereta aku ni dah lama tak jalan. Ingat nak mintak kau tolong tengokkan sekali.
Yeke. Kereta boleh start tak? Kalau tak boleh start, try cas dulu bateri tu.
Bateri dah kong dah. Dah hantar pegi cas haritu.
Oh. Kalau macam tu, tukar la bateri baru dulu.
Bila nak datang ki? Nak datang sekarang pun boleh.
Okey nunu. Aku datang sekarang.
-------------------
Sampai2, memang condition setahun tak jalan.
Tayar takdak angin.
Dashboard berhabuk.
Coolant dalam radiator kurang.
Tayar belakang tahun 2011.
Yang lain semua okey.
Member puji bagus servis macam ni.
Sebab dia nak hantar kat bengkel takut benda lain yang kena tukar.
Nak pakai kereta ni semula sebab outstation.
Terima kasih owner.
Juga sahabat kresma.

Baru terima mesej ada sahabat FB bertanya

Baru terima mesej, ada sahabat FB bertanya,
Nuna u terima tak kes orang miskin bukan islam?
YES, MESTILAH !
SEMUA BANGSA & AGAMA YANG PATUT DIBANTU KITA MESTI BANTU.
Agama saya suruh tolong semua orang.
I don't care kalau ada orang tak setuju I will try to do my best for everyone ❤️
And semua yang berkongsi rezeki untuk projek2 kecil saya ni pun terdiri daripada pelbagai bangsa & agama.
THANK U ?
I LOVE U ?

Kenali Calon Gagasan Sejahtera Negeri Kedah

Kenali Calon Gagasan Sejahtera Negeri Kedah
Dr Mohd Ali Sulaiman, seorang pakar dalam bidang semikonduktor dan teknologi solar bakal diturunkan selaku calon yang akan membawa mandat Gagasan Sejahtera Negeri Kedah. Saintis genius ini membuktikan PAS tetap menjadi pilihan golongan Professional dan berpendidikan tinggi.
Klik untuk like fb page Dr Haji Mohd Ali
https://www.facebook.com/Dr-Mohd-Ali-Sulaiman-234417800633…/
Di mana beliau bertanding?
Tunggu pengumuman calon GS yang akan diadakan pada 9.00 malam, 19 April ini di Kompleks PAS Kedah.
Jom pakat pi....
#UP
#GagasanSejahtera
#KDH2018
#MembinaNegaraSejahtera

Kalau anda nak tahu hospital hanya menerima 3 cara bayaran untuk setelkan bil hospital

Kalau anda nak tahu hospital hanya menerima 3 cara bayaran untuk setelkan bil hospital.
1. Tunai
2. GL dari kompeni insurans/takaful
3. Kredit kad
Selain dari 3 cara di atas, barangan berharga lain tidak diterima
1. Geran tanah
2. Jam audemars piguet royal oak
3. Rantai/gelang emas
4. Kereta mewah
Sekiranya masih belum ada perlindungan takaful, cepat-cepatlah sediakan. 4 benda di atas tadi tu bukannya boleh dicairkan cepat melainkan jual pada harga yang murah. ?
Nurul Mukminah

Sejujurnya saya sudah terlalu letih dengan budaya politik persepsi di Malaysia ini

Sejujurnya saya sudah terlalu letih dengan budaya politik persepsi di Malaysia ini !
Saya sudah buat satu keputusan!
Tunggu pilhanraya nanti..
Sebagai ahli PAS..
Kalau betul PAS tidak bertanding lawan BN...saya akan keluar Parti!
Sebab jelas PAS NAK SELAMATKAN BN!
Kalau PAS lawan BN pertandingan 2 penjuru..saya akan UNDI PAS!
Kalau berlaku pertandingan 3 penjuru lawan BN..saya akan pilih Parti yang punyai Cawangan yang banyak dan Jentera yang kukuh di DUN dan Parlimen saya ini...sebab bagi saya mereka serius nak tumbangkan BN..yang lain sebenarnya nak bantu pecah undi bagi kemenangan utk BN.
Sifir saya mudah! Tunggu pilihanraya nanti!
Banyak lagi kerja saya nak buat sementara pilihanraya ni..kekadang sentimen politik ini amat menyesakkan minda!
Statement Politik terakhir saya sebelum pilihanraya...
Sayang sume ;-)

BERAS UNTUK ANAK ANAK MADRASAH AD DHUHA KEMBOJA UNTUK KALI YANG KE 7

BERAS UNTUK ANAK ANAK MADRASAH AD DHUHA, KEMBOJA UNTUK KALI YANG KE 7
Syukur alhamdulillah sumbangan beras untuk kali 6 telah selamat di terima oleh anak abak madrasah ad Dhuha,
Untuk penghantaran sumbangan yang ke 7 ni bermula dari 15/12/2017 hingga 15/1/2018 sebyk 1100 kilo untuk 160 orang pelajar,
Alhamdulillah 95 peratus usaha yg berkat ni dari team sadaka ( Veil Magnifique) semoga untuk sumbangan yg ke7 ini ummi akan mendapat kerjasama dari wanita hebat ini.
Foto bawah:
Beras yg sahabat sponsor tu dihantar ke pondok ad Dhuha dan utk pengetahuan sahabat orang kampong selalu pinjam beras madrasah ni bila beras di rumah kehabisan, mereka akan ganti bila dapat duit.

Alhamdulillah setelah mendarat di lapangan terbang Phnon Phen ummi disambut oleh 9 orang wakil dari kampong kampong yg ummi nak agihkan kurma tu dan bila ummi tanya ustaz hasan ketua rombongan tu ustaz kita ni naik apa ye sbb kotak kurma ada 18 kotak

Alhamdulillah, setelah mendarat di lapangan terbang Phnon Phen ummi disambut oleh 9 orang wakil dari kampong kampong yg ummi nak agihkan kurma tu dan bila ummi tanya ustaz hasan ketua rombongan tu " ustaz kita ni naik apa ye sbb kotak kurma ada 18 kotak
Besar " kita bawak naik tut tut " kata ustaz Hasan, ya Allah mengambil masa sejam pulak bergaduh dgn beberapa buah tut tut yg berebut nak ambik kami naik tut tut diorang, akhirnya kami sewa sewa 5 tut tut bwk rombongan dari kampong campor dgn kami 8 orang dgn kurma 350 kilo, terharu ummi tengok cara diorang susun kotak ini tiada ruang yg tak terisi, akhirnya dari airport mengambil masa 1 jam untuk sampai ke Bangkak iaitu tempat untuk kami bermalam dulu mlm ni dan waktu berbuka dah hampir, maka kami tinggal lah disebuah hotel yg biasa biasa saja dan satu bilik untuk 2 orang kami duduk 6 orang, alhamdulillah,
Selepas sahur jam 4 pagi rombongan dari kampong Strung Treang balik menbawa 320 kilo kurma nak agihkan untuk 645 keluarga disana dan 30 kilo lagi untuk madrasah di Kg Saum,
InsyaAllah tambang dari Phnon Phen ke Kg Strung Treng untuk sebuah van RM450 dan insyaAllah jam 10 pagi ni sampai.

Keputusan SPM NS dan kemenjadian murid 458 calon cemerlang semua A dari 15 829 calon spt dilaporkan oleh pautan dibawah

Keputusan SPM NS dan kemenjadian murid.
458 calon cemerlang (semua A) dari 15,829 calon spt dilaporkan oleh pautan dibawah.
1. Akupun capai hp dan kira. Ini bersamaan 2.89%. Aku tak faham kenapa hanya ini sahaja yang dilaporkan dan hanya ini yang ditonjolkan angkanya. Aku jangka majoriti calon bertuah tersebut pun dari sekolah elitas berikut
Kolej Tunku Kurshiah
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi
Sekolah Menengah Datuk Abdul Razak
Sekolah Menengah Sains Rembau
Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar
Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir
Sekolah Menengah Agama Persekutuan
2. Kalaulah 90 % dari semua As tersebut datang dari sekolah elitas di atas, apa jadi dengan ribuan calon SPM yang lain disekolah harian ? Aku lebih berminat utk mengetahui kelompok majoriti ini, bukan mengharapkan mereka dapat semua As juga, tetapi sejauh mana sistem pendidikan telah meningkatkan potensi diri majoriti murid2 ini spt yang termaktub dalam falsafah pendidikan negara, sebelum kita dgn mudah menyebut KBAT, PAK21, TS25, STEM dll istilah yang tidak mendatangkan banyak makna jika polar 'piramid' inilah yang diperolehi selama ini... dgn dasarnya terhuni majoriti murid yang gagal akademik dan sekaligus terkait dengan potensi diri yang tidak menjadi.
3. Saya hanya menduga, polar ini mungkin satu indicator kita masih jauh dalam aspek kemenjadian murid... bukan untuk menjadi cemerlang dgn semua As.. tetapi menjadi insan yang terbina potensi diri mereka... menjadi warga yang 'baik' serta menjadi 'aset' masa depan kemajuan negara, bangsa dan agama dlm pebagai bidang.
4. Bilangan As tidak penting (apatah lagi dgn % yang kecil) jika % bilangan yang gagal jauh lebih besar... yang terkait dengan motivasi yang rendah, sikap yang negatif thdp pembelajaran dll yang dibimbangi tidak berbaloi dgn pelaboran besar yang telah dicurahkan... apatah lagi nak dikaitkan dengan apa yang disebut dalam TS25... 'melahirkan modal insan unggul'... aku nak menaipnyer pun tersipu2.
5. Mohon teliti perkara ini dari sukatan hinggalah aspek membina motivasi serta self-esteem murid. Wpun ini tugas semua pihak termasuk ibu bapa namun sistem lah yang akhirnya menjadi pengadun menghasilkan apa yang kita perolehi sekarang ini...
OT
Sumber:
http://www.kosmo.com.my/…/458-calon-spm-2017-negeri-sembila…

Paling penting kena konsisten Artikel ni pun cakap at least ambil masa 6 bulan untuk makanan tambahan untuk menunjukkan kesan

Paling penting kena konsisten. Artikel ni pun cakap at least ambil masa 6 bulan untuk makanan tambahan untuk menunjukkan kesan.
Dan terbukti KKM pun sokong dengan pemilihan makanan tambahan yang BIJAK mampu merendahkan risiko penyakit kronik.
Macam mana nak jadi bijak dalam memilih makanan tambahan? Semak dengan teknik ini:
✅ Dibangunkan oleh saintis yang bertauliah, Bukan takat Doktor/Profesor yang sendiri bagi gelaran doktor tau
✅ Dibuktikan dengan kajian klinikal. Lebih baik jika dapat pengesahan pihak ketiga supaya kajian tersebut benar-benar terbukti
✅ Memiliki Landmark Study yang benar-benar membuktikan kesan baik jika digunakan untuk jangka masa panjang