Pengundi di Dewan Undangan Negeri DUN Seri Setia dilihat semakin mengenali bendera dan simbol Pakatan Harapan HARAPAN yang digunakan buat pertama kali dalam Pilihan Raya Kecil PRK kawasan itu pada 8 Sept ini

Pengundi di Dewan Undangan Negeri {DUN} Seri Setia dilihat semakin mengenali bendera dan simbol Pakatan Harapan {HARAPAN} yang digunakan buat pertama kali dalam Pilihan Raya Kecil {PRK} kawasan itu pada 8 Sept ini.
Calon HARAPAN bagi PRK itu Halimey Abu Bakar berkata berdasarkan pemerhatian dan maklum balas para pengundi di DUN berkenaan yang ditemuinya sejak hari pertama berkempen sehingga semalam..... ramai dalam kalangan mereka juga telah mengenali beliau sebagai calon HARAPAN.
"Apabila saya turun berkempen.... ramai telah mengenali saya yang bertanding sebagai calon HARAPAN.... kadang kala saya pula segan kerana ramai meminta untuk swafoto..... saya amat berterima kasih kepada pihak media yang banyak membuat liputan ke atas kempen saya dan memperkenalkan saya kepada pengundi.
"Walaupun sudah dikenali.... kita tidak mahu ambil mudah perkara ini dan kami akan terus mempergiat usaha untuk menarik ramai pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada 8 Sept ini " katanya dalam sidang akhbar di Shah Alam hari ini.
Buat pertama kalinya dalam PRK DUN Seri Setia dan Balakong yang berlangsung serentak, bendera serta simbol HARAPAN digunakan sejak gabungan berkenaan yang terdiri daripada PKR, DAP....Parti Amanah Negara {AMANAH} dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia {BERSATU} ditubuhkan.
Keempat empat parti gabungan itu sebelum ini menggunakan logo PKR pada Pilihan Raya Umum ke 14.... berikutan menghadapi masalah dengan Pendaftar Pertubuhan {ROS }
Dalam pada itu.... Halimey berkata sekiranya diberi mandat sebagai anggota Dewan Undangan Negeri pada hari pengundian nanti...beliau berjanji akan menjadi wakil rakyat bagi semua kaum di kawasan berkenaan dan memegang amanat Ketua Umum PKR.... Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa 'anak Melayu anak kita.....anak Cina anak kita dan anak India anak kita’.
Menurut beliau.... adalah menjadi dasar HARAPAN untuk menjaga kebajikan semua kaum dan ia dapat dilihat menerusi barisan kepimpinan kabinet HARAPAN yang ditubuhkan.
"Kepelbagaian kaum dan agama yang ada merupakan aset penting yang menjadi asas kejayaan dan pembangunan negara kita....termasuk Selangor dan Seri Setia.
"Buktinya boleh dilihat pada pelaksanaan Inisiatif Peduli Rakyat di mana dalam programnya seperti Kasih Ibu Smart Selangor....Skim Mesra usia Emas dan Skim Peduli Sihat tiada kuota melibatkan kaum dikenakan sebagai syarat memohon dan kelulusan akan diberi kepada mereka tanpa mengira kau ," katanya.
Tambah Halimey beliau juga akan memberikan sokongan tanpa pilih kasih kepada sambutan keagamaan atau kebudayaan di DUN berkenaan selagi mana ia tidak mendatangkan mudarat kepada keselamatan orang ramai.

2K18 124 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Saya baharu sahaja menziarahi YB Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi

#2K18/124
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Saya baharu sahaja menziarahi YB Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.
Keadaan beliau stabil dan perlu lebih banyak berehat. Pakar yang merawat beliau menasihatkan agar kurangkan menerima tetamu supaya beliau lebih masa untuk mendapatkan rehat yang secukupnya.
Justeru, Saya merayu agar para penyokong dan rakyat dapat memberi kerjasama untuk tidak datang melawat dan memberi masa untuk beliau berehat.
Kerjasama dan doa dari semua saya ucapkan Jazakumullah khairan kathira.
Abdul Fatah Ghani
Pegawai Khas
YB Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi
ADUN Batu Burok

masa sekarang adalh masa memandu politik nilai dan politik idea

" masa sekarang adalh masa memandu politik nilai dan politik idea ,,,
Politik jilat dan ampu agk kurang lagi brkesan kerna jika ia diterima tetapi bakal tdk kekal lama ,,,
Kerna itu kita harus mmbuka ruang minda dan cara kita berfikir dlm mngharungi perjalanan alam sbgai pemerintah ,,,
Pabila ada cendekiawan2, daei2 tersohor, profesor2 yg dilhat bersama kita dalam suatu isu, kita dilihat gembira dan memuji mereka ,,,
Tetapi bila mereka mngutarakan pndapat dan pandangan yg tdk memihak, maka kita jgnlah memilih utk emosi dan bantai mereka semula tanpa hujah !
Kerna mereka2 golongan trsebut kebiasaanya mmbawa pndapat dan kritikkan yg jujur brdasarkan profesi dan ilmu yg mereka punya ,,
Aku mohon agar kita mula berfikir dan bergerak secara matang dan bebas slpas ini ,,,
Tgglkan politik hutan dan politik kuno yg langsung tdk mmbantu akal ! "

Orang pertama Selepas ini jika sesiapa yang keluarkan kenyataan negatif seperti dibawah kita print screen rekod dan buat laporan polis

Orang pertama...
Selepas ini jika sesiapa yang keluarkan kenyataan negatif seperti dibawah kita print screen, rekod dan buat laporan polis.
AMARAN TAN SRI MUHAMMAD SHAFEE ABDULLAH KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA
“Sesiapa saja yang mengulas atau membuat liputan/laporan berkenaan kes Dato Sri Najib ini secara negatif/serong bagi menggambarkan beliau BERSALAH sama ada di dalam media tradisional, media digital mahupun media sosial atau apa bentuk penerbitan sekalipun boleh didakwa MENGHINA MAHKAMAH.
Seperti apa yang dilakukan oleh LGE selama ini yang mengatakan DSN bersalah, 100% bersalah, 1 dunia kata Najib salah dan sebagainya, jika dilakukan lagi kini akan menjadi penghinaan terhadap mahkamah.”
- Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Peguambela Dato Sri Najib Tun Razak.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pengarah dan semua AJK yang telah bekerja keras menjayakan program pelancaran Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan pagi tadi. Bagi saya ia sangat cemerlang hasil dari komitmen tinggi semua pihak. Saya mendapat panggilan talifon dari luar Kelantan mengucapkan tahniah atas pelancaran dan kejayaan cemerlang penganjuran. Mereka mengikuti siaran langsung KelantanTV.
Penghargaan yang setingginya juga kepada semua panel pakar samada yang dapat bersama pagi tadi dan juga yang tidak dapat bersama dengan kita. Sumbangan kalian semua amat besar dalam pembangunan pendidikan bukan sahaja negeri Kelantan tetapi umat Islam. Semoga segalanya mendapat pertimbangan yang khusus dari Allah. Kita juga mengucapkan takziah kepada Pengeri Panel Pakar, Prof. Dato' Dr. Abdul Halim Tamuri atas kehilangan bapa mertua dengan doa semoga rohnya ditempatkan di syurga.
Apa yang kita lakukan adalah sebagai permulaan kepada sebuah agenda yang besar. Sudah tentunya perjalanan kita masih panjang dan berliku. Semoga Allah memimpin kita dalam gerak kerja dan memberikan keupayaan untuk kita menjayakan impian ini InsyaAllah.

Assalamu Alaykum wa Rahmatullah wa Barakatuh

Assalamu Alaykum wa Rahmatullah wa Barakatuh...
Hari ini, (Khamis) atas permintaan saya, dua orang penggawa dalam DUN saya iaitu Penggawa Panyit, Nik Othseman Mohamad dan Penggawa Pkl. Meleret, Suhami Ismail telah bertemu dan menziarahi keluarga Pak Yusuf untuk bertanya khabar.
Saya telah jelaskan tindakan yang telah pihak kami lakukan iaitu membina rumah khusus bagi membantu keluarga ini dalam status saya sebelum ini. Keluarga ini telah menjadi perhatian apabila keadaan kediamannya yang uzur menjadi viral di laman sosial dan mendapat komen yang pelbagai. Ada yang menyalahkan pihak-pihak tertentu tanpa mendapat maklumat yang betul terlebih dahulu.
Saya telah dimaklumkan dalam pertemuan tersebut Pak Yusuf dengan tulus hati memohon agar kehidupan beliau dan keluarganya tidak diperbesarkan. Cukuplah sekadar apa yang telah berlaku. Beliau tidak menyangka sedikitpun perihal keluarganya telah menjadi viral dan kesal dengan apa yang berlaku.
Beliau meminta supaya disampaikan kepada semua bahawa beliau lebih selesa tinggal dengan keluarganya dalam keadaan begitu. Beliau menolak untuk berpindah ke rumah yang telah kami bina kira-kira hampir dua tahun lalu khusus untuknya walaupun diperingkat awalnya beliau sudah bersetuju. Malah pendaftaran elektrik pun dibuat atas nama isteri beliau. Tapi atas alasan-alasan tertentu akhirnya beliau memutuskan untuk terus mendiami rumah asal walaupun keadaannya agak dhaif. Keputusan ini juga dibuat atas rela hati sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.
Pak Yusuf menyara keluarga dengan melakukan kerja-kerja kampung. Untuk makluman, keluarga beliau juga menerima bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atas nama anak beliau.
Bagi menghormati permintaan Pak Yusuf saya mengharapkan agar perihal keluarganya ini tidak lagi diperpanjangkan. Semua pihak telah memainkan peranan berusaha membantunya. Beliau dan keluarganya lebih selesa hidup sebegitu dan mohon tidak diganggu. Jika ada yang ingin membantu boleh salurkan bantuan terus atau melalui kaedah yang sesuai. Sebagai wakil rakyat di sini, saya akan terus berusaha membantunya dalam kemampuan yang ada.
Terima kasih

Banyak orang salah kaprah tentang mukmin yang kuat yang dicintai Allah

Banyak orang salah kaprah tentang mukmin yang kuat yang dicintai Allah. Banyak orang berfikir kuat dari ekonomi, padahal bukan. Maksud kuat itu adalah kuat atas amal ma'ruf nahi munkar. Berapa banyak coba orang yang di hadapannya disampingnya di belakangnya di sekitarnya yang dia tahu bahkan melihat kemaksiatan yang sudah, yang sedang atau yang akan terjadi tetapi ia tidak bisa mencegah dan tidak bisa berbuat apa apa (ini orang yang lemah) dan orang yang bisa mencegah kemungkaran itu (ini salah satu orang yang kuat) dan orang yang merasa susah akan takdirnya (ini orang yang lemah) dan orang yang menerima takdirnya dan tetap menjalankan ibadah kepada Allah (ini orang yang kuat). Orang-orang yang kuat itu sangat sedikit, makanya Allah mencintainya. Jadi jangan salah kaprah ya. Lemah kuat bukan terletak pada miskin dan kaya dan bukan pula terletak pada otot bahu; tangan dan kakimu.
Love you all.
Sumber:
Hadis nabi:
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu , beliau berkata, Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allâh Azza wa Jalla daripada Mukmin yang lemah; dan pada keduanya ada kebaikan. Bersungguh-sungguhlah untuk mendapatkan apa yang bermanfaat bagimu dan mintalah pertolongan kepada Allâh (dalam segala urusanmu) serta janganlah sekali-kali engkau merasa lemah. Apabila engkau tertimpa musibah, janganlah engkau berkata, Seandainya aku berbuat demikian, tentu tidak akan begini dan begitu, tetapi katakanlah, Ini telah ditakdirkan Allâh, dan Allâh berbuat apa saja yang Dia kehendaki, karena ucapan seandainya akan membuka (pintu) perbuatan syaitan.

Salam takziah saya kepada semua keluarga mangsa kemalangan di Pitas Sabah

Salam takziah saya kepada semua keluarga mangsa kemalangan di Pitas Sabah. Semoga tabah menghadapi dugaan. Sabah kehilangan aset modal insan masa hadapan disebabkan oleh kelemahan kerajaan menyediakan infrastruktur awam yang baik di Sabah.
(Tolong jangan khutbahkan kepada saya soal takdir. Kita bercakap soal perkara yang boleh dielakkan jika kita lakukan perkara betul).
Boleh dikatakan semua jalan utama di Sabah mempunyai lubang yang sangat membahayakan pengguna jalanraya. Sudahlah di Sabah kempunan keretapi laju seperti di Malaya, jalanraya pun daif. Malang sungguh!
See Translation

PENDEKATAN BIJAKSANA TGHH TGHH hidupnya untuk Islam dan ummah Walaupon dibenci oleh sebilangan manusia yang tidak senang dengan PAS dan kebangkitan Islam itu tidak menghalang untuk manusia lain mendekati susuk tubuh hebat ini

[PENDEKATAN BIJAKSANA TGHH]
TGHH hidupnya untuk Islam dan ummah.Walaupon dibenci oleh sebilangan manusia yang tidak senang dengan PAS dan kebangkitan Islam itu tidak menghalang untuk manusia lain mendekati susuk tubuh hebat ini.
Siapa sangka Zainal Abidin Rawop boleh bersama TGHH.Mempengerusikan kuliah maghrib TGHH pula tu.Orang yang pernah berkhidmat di stesen TV RTM milik kerajaan UMNO Malaysia , Media Prima yang didalamnya ada TV3 dan sekarang bertugas di syarikat penyiaran terkemuka Astro.Wajahnya akan keluar sewaktu membicarakan rancangan Formasi dan menjadi pengulas untuk mana-mana acara sukan di Astro Arena.
Hari ini daku agak terkejut melihat beliau bersama dengan TGHH.Inilah kebijaksanaan PAS merencana strategi baru Politik Matang dan Sejahtera.Langkah baru ini bakal meruntuhkan tembok kekebalan UMNO pabila orang seperti Zainal Abidin Rawop kini mula jinak bersama PAS.
Jangan disangka hanya beliau seorang.Diluar sana ramai lagi selebriti , artis , insan berpengaruh yang lain yang sedang menanti untuk bersama PAS.Tunggu masa sahaja lagi.Mereka dan pengikut mereka sedang asyik memerhati langkahan PAS menyelamatkan negara.
Orang mungkin selalu berkata politik tidak boleh dilibatkan dengan sukan.Namun bagi diriku politik Islam harus masuk kedalam sukan untuk merubah segala kegiatan politik sukan yang tidak mesra syariah.Buktinya hari ini seantero Malaysia kecoh disebabkan penyelewengan RM 100 Juta oleh pegawai dalam Kementerian Belia Dan Sukan.Itulah bahana bila sukan dijauhkan dari syariat dan politiknya.
Menanti Hafizal Hamad pula untuk mendekati PAS.
Tulisan : Ibrahim Ani
See Translation

Tarbiah Imaniyah aqidah itu berlaku dgn ilmu amal jihad dan ujian secara serentak

" Tarbiah Imaniyah (aqidah) itu berlaku dgn ilmu, amal, jihad, dan ujian secara serentak. Adalah tidak benar mereka yang menangguhkan masanya untuk melibatkan diri dengan perjuangan Islam kerana ingin mencari ilmu, harta dan menguatkan iman terlebih dahulu."
-Tuan Guru Datuk Seri Hj Hadi Awang dlm Tarbiah Islamiyah Harakiyah Aplikasi dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS)
#######
Ada orang kata ayat ni pendek akal sebab memahami mencari ilmu, harta dan menguatkan iman bukan sebahagian perjuangan Islam.
Kamu tu yang kurang taammul!
Perkataan yang hampir maknanya, jika berkumpul dalam satu ayat memberi makna berlainan, namun jika hanya satu perkataan dari kolektif tersebut digunakan maka selalunya ia membawa semua makna-makna yang berkait dengannya.
Maka kena jelas, bila disebut bertangguh untuk melibatkan diri dengan perjuangan Islam kerana ingin mencari ilmu, harta dan menguatkan iman terlebih dahulu, bukan bermaksud menafikan ketiga-tiga aspek ini dari perjuangan Islam.
Adakah orang yang belajar kewajipan menunaikan haji, rukun-rukunnya dan manasiknya bermaksud dia telah melaksanakan haji seluruhnya? Betul belajar itu sebahagian dari amal, tapi perlu sedar amal sebenar ialah menunaikan hak-hak apa yang dipelajari.
Dan antara yang dipelajari ialah wajib buat semua yang Allah perintah dan wajib tinggal semua yang Allah larang.
Maka dalam ayat di atas jelas menyatakan tidak dikira menegakkan Islam, jika hanya kerjanya mengumpulkan ilmu memikul di atas belakang bak himar (rujuk ayat 5 surah al-Jumu'ah) tidak melaksanakan hak-hak ilmu yang terpikul itu, tidak berusaha supaya semua perintah Allah dilaksanakan dan supaya larangan Allah ditinggalkan, maka amalan ini masih tidak dikira perjuangan Islam.
Titik!
#UP
#MalaysiaSejahtera
#Jombalikmengundi
See Translation