Arkib 02/2019

Hari ini semoga tiadalah lagi nada saya tidak minat politik

Hari ini, semoga tiadalah lagi nada 'saya tidak minat politik'.
Rakyat perlu cakna politik. Faham demokrasi, faham undang-undang.
Bukan untuk emosional, tapi supaya lebih rasional.
Tidak salah pun untuk anak sekolah tahu dan ikut perkembangan politik. Politik bukan gosip. Politik adalah kepimpinan, pentadbiran.
Yang salah, jika anak-anak diajar memaki, memfitnah dan berprasangka, apatah lagi bersifat perkauman. Itu semua bukan ciri politik matang.
Rakyat perlu cakna politik. Supaya masa depan negara, kekal ditangan rakyat.

Politik bukan nak cari siapa betul siapa salah

Politik bukan nak cari siapa betul, siapa salah. Kalau ada berpolitik sebab nak cari siapa betul siapa salah, anda akan kecewa kerana anda akan sering dapati, kumpulan anda melakukan kesalahan yang tidak kecil, dan kumpulan lawan melakukan perkara betul yang juga tidak kecil.
Politik adalah untuk menentukan siapa yang paling sedikit salahnya. Atau yang paling pandai 'cover up' setelah berbuat salah. Atau yang paling pandai memujuk hati pengundi setelah berbuat salah.
Sebab itu, jangan mensucikan politik dan aktor-aktor nya.
See Translation

Ketika zaman kampus dahulu teringat kami pernah berbincang

Ketika zaman kampus dahulu, teringat kami pernah berbincang.
Di dalam politik, yang mana lebih penting;
Kuasa atau pengaruh?
Jawapan:
1. Kuasa
2. Pengaruh
Ya, kita mahu kuasa untuk ubah dunia.
Kita mahu kuasa untuk bercakap di parlimen dan menggubal dasar.
Namun, kita juga perlukan pengaruh untuk mendapat undi daripada rakyat.
.
Kita tidaklah teruk mana berbanding negara yang lebih teruk.
Namun, kita masih jauh ketinggalan berbanding negara maju yang lebih baik sistem pendidikan dan ekonominya.
Yang lebih baik menjaga kebajikan rakyat.
Kita mahu lebih baik.
Kita mahu pertingkatkan diri, keluarga dan masyarakat.
Dan kita mahu Malaysia yang lebih baik.
Insya Allah.
#jomubah
#MalaysiaMemilih
#Gunakanhakanda

FENIN Tantawi dan Nik Abduh tu ketua Dia SURUH undi Lokman BN Dengar pula ketua Amanah Penyokong PAS semestinya tidak lupa bagaimana leburnya berbilion ringgit wang negara setiap tahun seperti didedahkan dalam Laporan Audit Negara ketika Umno BN berkuasa

FENIN
Tantawi dan Nik Abduh tu ketua. Dia SURUH undi Lokman BN
Dengar pula ketua Amanah:
"Penyokong PAS semestinya tidak lupa bagaimana leburnya berbilion ringgit wang negara setiap tahun seperti didedahkan dalam Laporan Audit Negara... ketika Umno-BN berkuasa di Putrajaya sebelum ini," kata Ketua Pemuda AMANAH, Mohd Sany Hamzan dalam suatu kenyataan hari ini.
Mohd Sany mengulas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang meminta anggota PAS mengundi Umno dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis.
JILAKE JEBON ???

ORANG CINA MENGAKU ORANG MELAYU BANYAK BERI TOLAK ANSUR SEHINGGA ORANG MELAYU TERSUNGKUR

ORANG CINA MENGAKU ORANG MELAYU BANYAK BERI TOLAK ANSUR SEHINGGA ORANG MELAYU "TERSUNGKUR"....
Ustaz Ridhuan Tee hari ini menyelar pemimpin PKR beragama Islam kerana menolak undang- undang hudud, sebaliknya berharap UMNO dapat memperbanyakkan pemimpin seperti Ketua Pembangkang DUN Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad.
“Mungkin ada yang sinis dengan berkata, ini semua strategi politik Umno. Tetapi pada saya, bukan mudah untuk pemimpin Umno bersetuju dengan hudud. Jika bukan Allah yang mengatur segalanya.
“Bukan seperti PKR. Mengaku Islam, tetapi menolak hukum hudud dengan pelbagai alasan, seperti masih belum lengkap, belum dibincang, tidak sesuai, kemiskinan masih berleluasa dan macam-macam lagi.
“Biarlah orang kafir sahaja yang beranggapan sedemikian. Sebagai umat Islam, kita bersangka baik dahulu. Jika ada yang tidak kena, sama-samalah kita perbaiki. Sampai bila kita harus menunggu dan memberikan alasan, kemiskinan dan keadilan harus diberikan keutamaan,” katanya dalam tulisan terbaru di akhbar Sinar Harian, hari ini.
Beliau dengan lantang turut membidas ultra kiasu sama ada yang berada dalam Barisan Nasional (BN) atau pakatan rakyat (PR).
“Jangan jadi seperti parti Gerakan, MCA (BN) dan ultra kiasu (PR). Awal-awal lagi sudah mengugut untuk keluar parti, jika ada parti Melayu yang menyokong hudud. Silakanlah berbuat demikian jika berani.
“Adapun Gerakan dan MCA, tidak menguntungkan UMNO. Malah UMNO terpaksa mengorbankan kerusi majoriti kawasan Melayu untuk memberikan laluan kepada mereka. Siapa untung, siapa rugi?
“Pendek kata, kemenangan Gerakan dan MCA, adalah kerana ihsan undi Melayu. Parti ini ternyata gagal memenangi hati Cina, kerana majoriti Cina mengundi ultra kiasu.
“Namun, Gerakan dan MCA terus mendapat kerusi menteri dan timbalan, walaupun tidak layak. Inilah kelebihan muafakat BN. Sanggup korban Melayu, meski Melayu telah lama terkorban.
“Sama ada ultra kiasu berada dalam BN atau PR, ultra kiasu tetap menang dan untung. Ultra kiasu tetap menang. Bersatu dalam senyap. Kita sahaja yang tertipu. Kalau tak percaya, cuba usik SJKC, seperti untuk tambah pembelajaran BM, melompatlah mereka semuanya. Inikan pula hudud.
“Sepatutnya ultra kiasu tidak perlu bising pun kerana tiada kaitan dengan mereka. Hudud adalah untuk orang Islam. Ultra kiasu berterima kasih kepada Islam, kerana dengan hikmah Islamlah, mereka dapat membina empayar hingga menjadi kaya-raya, sehingga Melayu ada yang merempat. Kenapa tidak bersyukur?,” katanya.
#hudud
#PR
#BN
#Melayu
#Cina

RUGI Rugi itu tidak semestinya rugi duit Masa terbuang hati sakit perpecahan berlaku nama parti tercalar nama Islam jadi tak elok pun satu kerugian juga

- RUGI -
Rugi itu tidak semestinya rugi duit.
Masa terbuang, hati sakit, perpecahan berlaku, nama parti tercalar, nama Islam jadi tak elok pun satu kerugian juga.
Ditipu juga satu kerugian. Kalau kita ditipu dan kita bawa kes ke Mahkamah, kita boleh tuntut gantirugi akibat dari kerugian yang kita tanggung kerana ditipu tersebut.
PAS dah jelas kena tipu dengan UMNO pasal RUU355 ini. Bukan sekali, tapi dah banyak kali. Nik Abduh pun dulu pernah mengaku PAS dah banyak kali ditipu UMNO. Itupun YB Ust Idris Ahmad masih kata PAS tidak rugi.......Ermm
See Translation

Manusia takkan puas mencari silap sesama manusia

Manusia takkan puas mencari silap sesama manusia. Suka menghakimi dari menilai.
Segala apa Che ra lakukan adalah untuk keselesaan my little princess. Bukan untuk bermegah dengan kesenangan yang ada. Che ra bukan asal dari family yang senang, pelbagai dugaan yang dah ditempuhi. Segala dugaan mematangkan diri ini untuk kuat & bangkit.
Time senang ramai mengaku kawan atau saudara, time susah sukar mencari yang setia.
I don't care what people say but i care what i do. Just be myself ?
See Translation

Kita sangat prihatin dengan nasib umat di palestina

*Kita sangat prihatin dengan nasib umat di palestina.Mereka diteror,dibantai,diboikot,dsb..oleh kafir zionist Israel.
Namun mereka masih ada kekuatan yang patut mereka banggakan,yaitu iman dan taqwa mereka masih tetap teguh dan kukuh.Akhlak mereka tetap terjaga dengan syari'at islam yang mulia.
Hakikatnya mereka hanya dihantam dari luar saja.
Bagaikan anggota badan yang sakit,hanyanlah badan mereka saja..
*Namun sebenarnya yang perlu lebih diprihatinkan ialah negara kita yang dilanda kemewahan dan serba kemudahan.Yang pada hakikatnya dihantam langsung dari dalam oleh musuh-musuh islam,tetaph kita tidak menyadari.Bagaikan anggota badan,yang sakit adalah jantung,yang hanya menunggu masa untuk berhenti berdetak.
Kita dihantam langsung melalui budaya,yang ianya merupakan bagian dari keperibadian akhlak kita sehari-hari.Musuh datang namun kita sambut sebagai kawan.Siapa mereka..?,mereka ialah:hiburan & feisyen.Kita melihat bagaimana umat kita diperbodohkan oleh kedua hal ini.
Keculi..
Mereka yang tidak buta dan sentiasa membuka matanya,yaitu hatinya..

Ramai orang membicarakan pasal harga rumah yang tinggi hari ini

Ramai orang membicarakan pasal harga rumah yang tinggi hari ini. Ramai antara kita yang menyatakan bahawa dengan harga rumah hari ini, hanya warga asing yang mampu membelinya - rakyat hanya mampu melihat.
Seorang kawan aku - melayu Islam, telah membayar lebih 1 juta TUNAI untuk membeli 2 biji rumah di Zetapark tahun lepas dan kelmarin berhasrat melabur membeli 2 rumah lain bernilai lebih 1 juta lagi.
Kita menilai kemampuan rakyat keseluruhan dengan duit dalam poket kita dan kemampuan kita semata-mata. Walhalnya sebahagian besar rumah-rumah mewah yang diiklankan telah habis terjual rata-rata kepada rakyat Malaysia sahaja.
Bukan semua warga asing BOLEH membeli rumah di Malaysia, sebagai contohnya hanya hartanah bernilai RM1 juta seunit boleh dibeli oleh warga negara asing di Kuala Lumpur, manakala hartanah di Selangor pula hanya yang bernilai RM2 juta boleh dijual dan dimiliki oleh warga asing dan jika dengan status Malaysia My Second Home, hartanah bernilai RM1 juta keatas sahaja boleh dimiliki oleh warga asing dalam Zon 3 di Selangor, manakala Kawasan Utama di Zon 1 dan 2 bernilai minima RM2 juta.
Bagi Warga negara asing dengan status Malaysia My Second Home, margin pembiayaan bank adalah sehingga 80% dan tanpa MM2H, hanya 70% margin pembiayaan bank.
Dan tanpa kita sedari, banyak syarikat-syarikat melabur dalam industri hartanah seperti membeli bangunan komersil atau perumahan untuk dijadikan aset yang boleh dicairkan sekiranya diperlukan.
Malahan, banyak syarikat membeli rumah untuk dijadikan kediaman expatriate warga asing yang berkhidmat untuk syarikat mereka. Lebih menguntungkan berbanding menyewa rumah kerana hartanah adalah aset.
Aset-aset ini dengan mudah boleh dicagarkan untuk mendapatkan kemudahan bank seperti bank guarantee, overdraft malahan pinjaman tunai untuk membantu perniagaan.
Sesetengah orang mengetawakan pembelian kondo bernilai 10 juta oleh NFC, tetapi mereka tidak tahu bahawa dengan aset tersebut, perniagaan kita mampu memperolehi sehingga 3 kali ganda nilaian kemudahan bank untuk melancarkan lagi perniagaan.
Mungkin ramai rakyat yang tidak mampu membeli rumah mewah, tapi tanpa kita sedari, ramai rakyat yang diam-diam dah beli rumah mewah tersebut. Jangan pandang rendah rakyat Malaysia....

PERTEMUAN RINGKAS YDP MPPUM DAN SAUDARA DANIEL

PERTEMUAN RINGKAS YDP MPPUM DAN SAUDARA DANIEL
Seperti yang disahut, pertemuan antara saya dan sdr. Daniel Mizan Qayyum baru sahaja selesai.
Pendirian saya mudah. TN50 masih dalam proses pengumpulan data, maklumat dan aspirasi anak muda. Sebagai mahasiswa, adalah penting untuk kita menyumbang kepada hasil dokumen akhir TN50 ini.
Memegang kapasiti YDP MPPUM, akan saya pastikan lebih banyak diskusi mengenai TN50 diadakan bagi memberi pemahaman yang jelas kepada sahabat-sahabat mahasiswa khususnya di UM.
Terima kasih sdr. Daniel atas kesepakatan yang dicapai. Saya hargai penerimaan saudara untuk menyahut saranan saya agar semua mahasiswa terlibat dalam proses awal TN50 demi kelangsungan negara.