Arkib 02/2019

Kita Banyak masa diguna mencari keperluan hingga tersisa sedikit untuk kewajipan

Kita.
Banyak masa diguna mencari keperluan hingga tersisa sedikit untuk kewajipan.
Keperluan semakin banyak, kewajipan semakin tidak sempurna.
Bertuhan hanya ketika diuji,bersyukur hanya bila kehilangan.
Yang kita suka putih, yang kita benci hitam.Sedangkan, kita masih ada biru,merah,hijau,oren,ungu, kuning dll.
Yang kita pentingkan 'aku', yang sering terabai 'kita'.
Selalu kita meminta, jarang sangat kita memberi .
Yang selalu betul itu kita, yang selalu salah itu mereka.
Yang hebat itu aku, yang lemah itu dia.
Dalam menjadi seorang manusia, sering kita terlupa,kita sebenarnya seorang hamba.
(ulang siar catatan 2 Disember 2014)

Salam ki Nak tanya tukar minyak oil filter viva berapa

Salam ki. Nak tanya tukar minyak + oil filter viva berapa? Lokasi klang.
Waalaikumussalam. Rm170 nunu.
Pakai minyak apa ki? Petrocanada ke mannol?
Yang ni pakai mannol. Kalau nak petrocanada mahal sikit. Sebab botol 4L.
Oh. Kereta aku ni dah lama tak jalan. Ingat nak mintak kau tolong tengokkan sekali.
Yeke. Kereta boleh start tak? Kalau tak boleh start, try cas dulu bateri tu.
Bateri dah kong dah. Dah hantar pegi cas haritu.
Oh. Kalau macam tu, tukar la bateri baru dulu.
Bila nak datang ki? Nak datang sekarang pun boleh.
Okey nunu. Aku datang sekarang.
-------------------
Sampai2, memang condition setahun tak jalan.
Tayar takdak angin.
Dashboard berhabuk.
Coolant dalam radiator kurang.
Tayar belakang tahun 2011.
Yang lain semua okey.
Member puji bagus servis macam ni.
Sebab dia nak hantar kat bengkel takut benda lain yang kena tukar.
Nak pakai kereta ni semula sebab outstation.
Terima kasih owner.
Juga sahabat kresma.