Arkib 03/2019

Kami dah lama kenal di dunia online dari mula mula saya terjebak dengan bisnes

Kami dah lama kenal di dunia online, dari mula-mula saya terjebak dengan bisnes.
Masa saya baru daftar dropship pembekal produk kanak-kanak, beliau dah jadi top agen kat syarikat tu. Memang kagum. Cuba jugak lah nak korek rahsia masa tu, tapi tak berjaya.Hihi.
Jadi kami berkawan ja lah dalam dunia maya. Sampailah tahun lepas saya pilih untuk sertai bisnes yang ada sistem agen. Kebetulan masa tu beliau buka pendaftaran agen Tasneem Naturel di bawah team nya.
Saya pun daftar, dan dari situlah saya mula kenal beliau lebih dekat. Jika dulu saya bayangkan mentor ni seorang yang pandai bercakap, memotivasikan orang di sana sini. Tapi bila kenal beliau sangkaan saya meleset.
Awal-awal berada dalam team beliau, saya rasa hilang punca. Mana bimbingan nya? Rasa macam dok sembang-sembang ja, takda ajar apa-apa pun. Haha.
Tapi saya jalan terus ja la. Sesekali ada masalah saya tanya terus dan beliau akan bimbing apa yang perlu. Dalam hilang punca tu saya terus ja berbisnes dan mendaki dari satu tahap ke satu tahap.
Hanya selepas beberapa bulan saya sedar bagaimana beliau bimbing saya. Bukan melalui kata-kata tapi melalui tindakan.
Saya belajar bagaimana cara beliau uruskan agen, uruskan konflik dan menyusun strategi bisnes. Semua itu hanya akan dikongsi secara tidak formal. Saya sendiri yang kena kenalpasti apa yang perlu saya kutip untuk dijadikan panduan.
Alhamdulillah setelah lebih setahun berada di bawah bimbingan beliau, saya semakin menghayati maksud "Action speak louder than words"
Puan Aminah Binti Hussain, master leader merangkap mentor saya dalam meneroka sistem agen. Dan beliau juga menyebabkan saya 'si procedural' sedang belajar untuk bertindak seperti 'sang options'.
Begitulah uniknya bekerja dengan manusia kan. Kita tak boleh berharap orang lain jadi seperti apa yang kita nak. Tapi kita sendiri kena mencari apa yang kita perlukan dari orang lain. In syaa Allah akan tersingkap 1001 kebaikan yang boleh dikutip dari sesiapa jua yang kita temui.
#TsunamiTasneem
#SakinahamidStory

Kita walau bergelar digelar sebagai ustaz dan yang mengaji agama TIDAK DITILIK pada penulisan dan post serta ucapan yang TIDAK BERADAB

Kita walau bergelar/digelar sebagai ustaz dan yang mengaji agama TIDAK DITILIK pada penulisan dan post serta ucapan yang TIDAK BERADAB.
Ilmu sebesar gunung hancur andai adab sekecil zarah tidak diamalkan dan diutamakan.
Amalan Menghina/Mengkritik/Memfitnah para ulamak dan ahli agamawan serta mendatangkan nas dan bukti serta rujukan yang banyak (memperlihatkan alim dan hebat dalam berhujjah) merupakan TRADISI dan ADAT para pendakwah muda kini.
Tujuannya banyak
Maksudnya berselerak
Akhirnya koyak rabak
Perdebatan (Mujadalah) bagi para pendakwah muda makin rancak kini membincangkan isu AIB MASYAIKH dan CARI GALI KESALAHAN THORIQAH serta PARTI POLITIK NEGARA.
Atas nama kebenaran kononnya
Atas dasar aqidah katanya
Atas tujuan kesatuan agaknya
Masing - masing berdebat dan berbahas membawa dalil masing bahkan mengatakan :
INI PERINTAH GURU KAMI
INI MANHAJ THORIQAH KAMI
INI JALANAN AQIDAH KAMI
INI USAHA KEBENARAN KAMI
UMMAT HARUS FAHAM REALITI
Menyebabkan usaha dakwah dan Maqsud Rasulullah nak menyatukan ummah hancur berkecai dengan tangan - tangan orang muda seperti ini.
Mereka bukan menutup ruang celaan tapi membuka pintu penghinaan
Mereka menambah kejian dan makian agar murid dan masyarakat terus dihambat dosa harian
Kembalilah pada jalanan mahabbah dan ilmu wahai orang muda
Tuntutlah ilmu adab dan Akhlak wahai para ustaz muda
Kumpulkan ilmumu dahulu sebelum matang untuk menyebarkannya
Bukan semua perkara PERLU diulas dan kritik serta berbahas WALAU merasa diri sudah sempurna untuk berdebat

Anak muda KL jantung hati Irsyad Redzuan Ismail Ibrahim 28 tahun Masuk Irsyad tahun 2003Tingkatan 1 Budak KL Duduk asrama Irsyad Lima tahun jadi warga Irsyad Habis SPM dia terus mewarisi kerja ayahnya berbekam

Anak muda KL ..jantung hati Irsyad
Redzuan Ismail Ibrahim 28 tahun
Masuk Irsyad tahun 2003Tingkatan 1.Budak KL .Duduk asrama Irsyad.Lima tahun jadi warga Irsyad.
Habis SPM dia terus mewarisi kerja ayahnya,berbekam.Tidak ramai anak muda KL minati belah cucuk kepala badan orang keluarkan darah kotor.Tetapi tidak baginya.
Hubungan ku dengannya tidak.putus walaupun dia kembali balik KL.Setiap kali ku jejak kotametropolitan KL,daku akan telefon dia.Sesibuk mana dia,akan sampai trmpat aku musafir.
Pernah aku bersama dua tiga orang guru Irsyad sampai di Pekeliling KL jam 4pagi untuk kursus maka dia datang dengan keretanya 007 membelah dingin kotaraya mengambil.kami untuk dihantar ke Sri Kembangan.
Satu petang sambil.menangis teresak-esak dia maklumkan bahawa ayahnya baru meninggal dunia.Mohon aku mendoakan ayahnya..Arwah ayahnya Hj Ibrahim pernah meraikan daku sekeluarga makan satey Kajang tika tahun 2009.
Satu pagi dia telefon aku mohon datang hari walimahnya di KL.Daku dan keluarga penuhi hajatnya.Kini sudah ada seorang cahayamata.
KL..bertuah kau punya anak muda ini.
Salmah al Farisi Muhamnad 27 tahun
Masuk Irsyad tingkatan 3 tahun 2006.Keluar Irsyad lepas PMR dan masuk semula utk SPM. Duduk di asrama.
Ibu ayahnya lebih dikenali di Langit kurang dikenali di Bumi.Orang tuanya hebat dalam dunia pendidikan,penulisan dan misi kemanusiaan. Jenama Al Ain samada majalah maupun pusat pendidikan sudah wujud era tahun 90an.Semuanya hasil keringat perjuangan orang tuanya.Kemuncak hasil dituai Universiti bakal ditubuhkan di tapak Gambang Water Park sekarang.Tapi tangan kotor politik menidakkan peluang itu.
Selain itu kewujudan Telaga Biru adalah hasil juang mereka berdua di balik tabir.
Daku pernah satu dua malam tidak tidur kerana fikirkan aksi kreativiti anak muda KL ini.Ibu ayahnya pun pernah daku jemput mengadap di Istana Irsyad.
Selepas keluar Irsyad dia kembara ke bumi Mesir.Daku tahu dia jenis buang ke mana dunia dia boleh hidup.Jika buang di Kutub Utara jadilah dia Eskimo.Dia ada seni kreativiti unik.Di Mesir,dikala dia mula kembangkan seni uniknya itu,tiba tiba dia kembali ke Malaya kerana Arab Spring.Barangkali jika dia kekal di bumi Kanaan itu sudah punyai ratusan unta ternakan.
Di Malaya,dia juga mula kembangkan empayarnya.Daku jangka dan doakan dalam masa 5 tahun,dia bakal bergelar jutawan muda.
Kini,sedang berada di bumi Bangladesh bersama bondanya untuk urus misi kemanusiaan Rohingya.Jarang anak muda KL sanggup tinggalkan asap kenderaan hiruk piruk bandaraya untuk bermain selut,menghirup debu dan menyantuni anak yatim Rohingya.
Bertuah kau KL..punya anak muda ini.

Funny lah tgk org yg KONONNYA berpaksikan agama Islam tapi dari penulisannya mengutuk mengejek perli semua tu tak ada lambang2 menegakkann Islam pun

Funny lah tgk org yg KONONNYA berpaksikan agama Islam tapi dari penulisannya mengutuk, mengejek, perli semua tu tak ada lambang2 menegakkann Islam pun. Bukan lah nak mengata dekat org yg berkopiah dan bertudung labuh ni, tapi jaga sikit lah adab tu sbb selalu bila hampa buat mulut longkang, tudung tu yg org sebut dulu.
Islam ni tak susah pun, tak menyusahkan sesiapa pun. Nak perjuangkan Islam pun tak semestinya nak kena ikut parti politik mana. Tak payah cakap lebih, sbb cakap cakap saja tu macam tin kosong lah. Pong pang sana sini tapi takdak hasil. Jadi silakan tunjuk bukti by your action dan tunjuk contoh yg baik yer ?.
If you want to follow our prophet s.a.w. way, then you better do it right. Kerana niat tak menghalalkan cara, so belajar lah kawal sikit diri tu.
Mekasih.

Pengundi di Dewan Undangan Negeri DUN Seri Setia dilihat semakin mengenali bendera dan simbol Pakatan Harapan HARAPAN yang digunakan buat pertama kali dalam Pilihan Raya Kecil PRK kawasan itu pada 8 Sept ini

Pengundi di Dewan Undangan Negeri {DUN} Seri Setia dilihat semakin mengenali bendera dan simbol Pakatan Harapan {HARAPAN} yang digunakan buat pertama kali dalam Pilihan Raya Kecil {PRK} kawasan itu pada 8 Sept ini.
Calon HARAPAN bagi PRK itu Halimey Abu Bakar berkata berdasarkan pemerhatian dan maklum balas para pengundi di DUN berkenaan yang ditemuinya sejak hari pertama berkempen sehingga semalam..... ramai dalam kalangan mereka juga telah mengenali beliau sebagai calon HARAPAN.
"Apabila saya turun berkempen.... ramai telah mengenali saya yang bertanding sebagai calon HARAPAN.... kadang kala saya pula segan kerana ramai meminta untuk swafoto..... saya amat berterima kasih kepada pihak media yang banyak membuat liputan ke atas kempen saya dan memperkenalkan saya kepada pengundi.
"Walaupun sudah dikenali.... kita tidak mahu ambil mudah perkara ini dan kami akan terus mempergiat usaha untuk menarik ramai pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada 8 Sept ini " katanya dalam sidang akhbar di Shah Alam hari ini.
Buat pertama kalinya dalam PRK DUN Seri Setia dan Balakong yang berlangsung serentak, bendera serta simbol HARAPAN digunakan sejak gabungan berkenaan yang terdiri daripada PKR, DAP....Parti Amanah Negara {AMANAH} dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia {BERSATU} ditubuhkan.
Keempat empat parti gabungan itu sebelum ini menggunakan logo PKR pada Pilihan Raya Umum ke 14.... berikutan menghadapi masalah dengan Pendaftar Pertubuhan {ROS }
Dalam pada itu.... Halimey berkata sekiranya diberi mandat sebagai anggota Dewan Undangan Negeri pada hari pengundian nanti...beliau berjanji akan menjadi wakil rakyat bagi semua kaum di kawasan berkenaan dan memegang amanat Ketua Umum PKR.... Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa 'anak Melayu anak kita.....anak Cina anak kita dan anak India anak kita’.
Menurut beliau.... adalah menjadi dasar HARAPAN untuk menjaga kebajikan semua kaum dan ia dapat dilihat menerusi barisan kepimpinan kabinet HARAPAN yang ditubuhkan.
"Kepelbagaian kaum dan agama yang ada merupakan aset penting yang menjadi asas kejayaan dan pembangunan negara kita....termasuk Selangor dan Seri Setia.
"Buktinya boleh dilihat pada pelaksanaan Inisiatif Peduli Rakyat di mana dalam programnya seperti Kasih Ibu Smart Selangor....Skim Mesra usia Emas dan Skim Peduli Sihat tiada kuota melibatkan kaum dikenakan sebagai syarat memohon dan kelulusan akan diberi kepada mereka tanpa mengira kau ," katanya.
Tambah Halimey beliau juga akan memberikan sokongan tanpa pilih kasih kepada sambutan keagamaan atau kebudayaan di DUN berkenaan selagi mana ia tidak mendatangkan mudarat kepada keselamatan orang ramai.

2K18 124 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Saya baharu sahaja menziarahi YB Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi

#2K18/124
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Saya baharu sahaja menziarahi YB Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.
Keadaan beliau stabil dan perlu lebih banyak berehat. Pakar yang merawat beliau menasihatkan agar kurangkan menerima tetamu supaya beliau lebih masa untuk mendapatkan rehat yang secukupnya.
Justeru, Saya merayu agar para penyokong dan rakyat dapat memberi kerjasama untuk tidak datang melawat dan memberi masa untuk beliau berehat.
Kerjasama dan doa dari semua saya ucapkan Jazakumullah khairan kathira.
Abdul Fatah Ghani
Pegawai Khas
YB Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi
ADUN Batu Burok

masa sekarang adalh masa memandu politik nilai dan politik idea

" masa sekarang adalh masa memandu politik nilai dan politik idea ,,,
Politik jilat dan ampu agk kurang lagi brkesan kerna jika ia diterima tetapi bakal tdk kekal lama ,,,
Kerna itu kita harus mmbuka ruang minda dan cara kita berfikir dlm mngharungi perjalanan alam sbgai pemerintah ,,,
Pabila ada cendekiawan2, daei2 tersohor, profesor2 yg dilhat bersama kita dalam suatu isu, kita dilihat gembira dan memuji mereka ,,,
Tetapi bila mereka mngutarakan pndapat dan pandangan yg tdk memihak, maka kita jgnlah memilih utk emosi dan bantai mereka semula tanpa hujah !
Kerna mereka2 golongan trsebut kebiasaanya mmbawa pndapat dan kritikkan yg jujur brdasarkan profesi dan ilmu yg mereka punya ,,
Aku mohon agar kita mula berfikir dan bergerak secara matang dan bebas slpas ini ,,,
Tgglkan politik hutan dan politik kuno yg langsung tdk mmbantu akal ! "

Orang pertama Selepas ini jika sesiapa yang keluarkan kenyataan negatif seperti dibawah kita print screen rekod dan buat laporan polis

Orang pertama...
Selepas ini jika sesiapa yang keluarkan kenyataan negatif seperti dibawah kita print screen, rekod dan buat laporan polis.
AMARAN TAN SRI MUHAMMAD SHAFEE ABDULLAH KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA
“Sesiapa saja yang mengulas atau membuat liputan/laporan berkenaan kes Dato Sri Najib ini secara negatif/serong bagi menggambarkan beliau BERSALAH sama ada di dalam media tradisional, media digital mahupun media sosial atau apa bentuk penerbitan sekalipun boleh didakwa MENGHINA MAHKAMAH.
Seperti apa yang dilakukan oleh LGE selama ini yang mengatakan DSN bersalah, 100% bersalah, 1 dunia kata Najib salah dan sebagainya, jika dilakukan lagi kini akan menjadi penghinaan terhadap mahkamah.”
- Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Peguambela Dato Sri Najib Tun Razak.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pengarah dan semua AJK yang telah bekerja keras menjayakan program pelancaran Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan pagi tadi. Bagi saya ia sangat cemerlang hasil dari komitmen tinggi semua pihak. Saya mendapat panggilan talifon dari luar Kelantan mengucapkan tahniah atas pelancaran dan kejayaan cemerlang penganjuran. Mereka mengikuti siaran langsung KelantanTV.
Penghargaan yang setingginya juga kepada semua panel pakar samada yang dapat bersama pagi tadi dan juga yang tidak dapat bersama dengan kita. Sumbangan kalian semua amat besar dalam pembangunan pendidikan bukan sahaja negeri Kelantan tetapi umat Islam. Semoga segalanya mendapat pertimbangan yang khusus dari Allah. Kita juga mengucapkan takziah kepada Pengeri Panel Pakar, Prof. Dato' Dr. Abdul Halim Tamuri atas kehilangan bapa mertua dengan doa semoga rohnya ditempatkan di syurga.
Apa yang kita lakukan adalah sebagai permulaan kepada sebuah agenda yang besar. Sudah tentunya perjalanan kita masih panjang dan berliku. Semoga Allah memimpin kita dalam gerak kerja dan memberikan keupayaan untuk kita menjayakan impian ini InsyaAllah.

Assalamu Alaykum wa Rahmatullah wa Barakatuh

Assalamu Alaykum wa Rahmatullah wa Barakatuh...
Hari ini, (Khamis) atas permintaan saya, dua orang penggawa dalam DUN saya iaitu Penggawa Panyit, Nik Othseman Mohamad dan Penggawa Pkl. Meleret, Suhami Ismail telah bertemu dan menziarahi keluarga Pak Yusuf untuk bertanya khabar.
Saya telah jelaskan tindakan yang telah pihak kami lakukan iaitu membina rumah khusus bagi membantu keluarga ini dalam status saya sebelum ini. Keluarga ini telah menjadi perhatian apabila keadaan kediamannya yang uzur menjadi viral di laman sosial dan mendapat komen yang pelbagai. Ada yang menyalahkan pihak-pihak tertentu tanpa mendapat maklumat yang betul terlebih dahulu.
Saya telah dimaklumkan dalam pertemuan tersebut Pak Yusuf dengan tulus hati memohon agar kehidupan beliau dan keluarganya tidak diperbesarkan. Cukuplah sekadar apa yang telah berlaku. Beliau tidak menyangka sedikitpun perihal keluarganya telah menjadi viral dan kesal dengan apa yang berlaku.
Beliau meminta supaya disampaikan kepada semua bahawa beliau lebih selesa tinggal dengan keluarganya dalam keadaan begitu. Beliau menolak untuk berpindah ke rumah yang telah kami bina kira-kira hampir dua tahun lalu khusus untuknya walaupun diperingkat awalnya beliau sudah bersetuju. Malah pendaftaran elektrik pun dibuat atas nama isteri beliau. Tapi atas alasan-alasan tertentu akhirnya beliau memutuskan untuk terus mendiami rumah asal walaupun keadaannya agak dhaif. Keputusan ini juga dibuat atas rela hati sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.
Pak Yusuf menyara keluarga dengan melakukan kerja-kerja kampung. Untuk makluman, keluarga beliau juga menerima bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atas nama anak beliau.
Bagi menghormati permintaan Pak Yusuf saya mengharapkan agar perihal keluarganya ini tidak lagi diperpanjangkan. Semua pihak telah memainkan peranan berusaha membantunya. Beliau dan keluarganya lebih selesa hidup sebegitu dan mohon tidak diganggu. Jika ada yang ingin membantu boleh salurkan bantuan terus atau melalui kaedah yang sesuai. Sebagai wakil rakyat di sini, saya akan terus berusaha membantunya dalam kemampuan yang ada.
Terima kasih