Arkib 03/2019

Saya fikir ustaz ustaz yang ada sekarang ni yang masih bermimpi mimpi bidadari syurga sedangkan jelas kelihatan kaum muslimin sedang di perangi secara halus dah boleh pergi makan batu

Saya fikir ustaz-ustaz yang ada sekarang ni yang masih bermimpi-mimpi bidadari syurga sedangkan jelas kelihatan kaum muslimin sedang di perangi secara halus dah boleh pergi makan batu.
Benar Rasulullah menganjurkan berdakwah. Tetapi Rasulullah juga berkorban darah untuk mempertahankan kaum muslimin.
Jika rasa asyik nak bersifat apologetik dah boleh join sekali mereka yang cintakan dunia dan takut mati.
"Umat Islam kena berlemah lembut." - kata pak ustaz.
Alahai pak ustaz! Umar Al Khattab penghuni syurga bila ada seorang pencerca menyindir Rasulullah pun angkat pedang la oi!
Engkau?
Terus sembang! Sembang pasal seks, poligami, pasal hantaran kawin, rezeki itu ini. Anak-anak muda kau ajar kenal Tuhan dengan harapan mereka akan sokong kau punya parti politik, yang akan jadi kau punya yes man yes man.
Allah kata, diwajibkan berperang ketika kamu diperangi.
Kaum muslimin sedang diperangi melalui demokrasi kafir dan fitnah. Engkau pula masih fikir perang itu adalah dengan angkat parang, angkat pedang, angkat kapak!
Ustaz apa kebenda macam tu? Ingat kalian saja yang tahu agama? Orang lain semua jahil murakkab, wahabi, muzabzib?
Sama je perangai kamu dengan kelompok intelektualite. Term nak pakai yang gah-gah. Istilah-istilah nak pakai yang power-power yang kurang di faham oleh orang banyak.
Supaya senang nak bagi nampak cerdik dan mudah kelirukan orang lain. Betul kan?
.
-MZI-
See Translation

Saya bukan ahli mana mana parti politik Bukan Pas bukan Umno bukan Amanah atau PKR

Saya bukan ahli mana-mana parti politik. Bukan Pas, bukan Umno, bukan Amanah atau PKR.
Cuma nak bagitahu,
PM tu baru je angkat sumpah semalam. Kabinet pun belum dibentuk lagi.
Kita dah mendesak nak minta tunaikan semua manifesto yang dijanjikan. Mengata, bergaduh, berdebat dan tuduh macam-macam.
Kita sendiri pun kadang-kadang bila isteri minta duit belanja pun berfikir-fikir. Lambat nak buat keputusan. Tu baru sorang bini. Kalau dua? Kalau tiga?
Yang ni cerita mengurus negara kot. Urusan yang besar dan perlukan masa untuk ditadbir. Jadi, sabar-sabarlah. Doakan yang baik-baik utk kerajaan yang baru.
p/s: Jadilah seorang pembangkang yang baik dan rajin berdoa. ?
See Translation

PAS TERUS MARA MEMPERSADA ISLAM KE ARAH MALAYSIA SEJAHTERA

PAS TERUS MARA MEMPERSADA ISLAM KE ARAH MALAYSIA SEJAHTERA
Alhamdulillah. Pelbagai program-program Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di sana sini di seluruh negara di semua peringkat Cawangan, Kawasan, Dewan dan Pusat. Alhamdulillah, semuanya terus mendapat sambutan.
Berikut merupakan program-program utama yang berlangsung serentak hari ini:
1. Terengganu Darul Iman: Nadwah 'Ulamak PAS Terengganu di Kompleks Tarbiyah At-Taqwa, Kuala Nerus.
2. Kelantan Darul Naim: Liqa Penerangan PAS Kelantan di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK), Kota Bharu.
3. Wilayah Persekutuan Putrajaya: Konvensyen Usahawan Haraki (KoUsaHa) anjuran Lajnah Ekonomi, Pengurusan Hartanah & Pembangunan Usahawan PAS Pusat di Hotel Everly Putrajaya.
4. Pahang Darul Makmur: Pelancaran NGO GENERASI di bawah Lajnah Tanah dan Peneroka PAS Pusat di Kompleks Al-Makmur, Kerdau.
Semoga kita semua terus beristiqamah. Semoga Allah sentiasa memberikan taufiq dan hidayahNya dalam perjuangan memartabatkan Islam di Malaysia melalui wasilah PAS.
Sama-samalah kita berdoa, "Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah imanku, hatiku agar tetap dalam perjuangan Islam melalui wadah PAS ini". Allahumma Aamiin.
#MembinaMalaysiaSejahtera
#MempersiapGenerasiKemenangan
#BeristiqamahHinggaKemenangab

SAMA CAKNA SAMA RASA dari MARHAEN untuk MARHAEN

[ SAMA CAKNA SAMA RASA...dari MARHAEN untuk MARHAEN ]
Usai Kuliah Ilmu di Masjid, saya didatangi seorang kakak hulurkn bbrp helai duit RM1... "..buat bantu anak-anak miskin..".
Terkedu & terharu rasanya.. walaupun kakak ini bukan orang senang, ibu tunggal dengan anak2 yang semuanya masih di universiti. Tapi keinginan dia untuk infaq tetap ada..
Hal2 beginilah yang sentiasa jd sumber insiprasi & penguat semangat bagi team SanggarSuri. Sokongan & kepercayaan sahabat2 diganding pula dengan harapan tinggi orang yang memerlukan, menguatkan semangat kami.
Mana2 tempat kami turun padang, akan dimaklumkan pada penerima bahawa kami bukan siapa2, bukan ahli politik, bukan orang ada2.. tapi kami bawa amanah dari MARHAEN untuk MARHAEN..
Kami mohon penerima sumbangan tolong doakan sahabat2 kami ini..
Dana kami terkumpul drp sumbangan rakyat marhean...serendah RM2, RM5 pun ada. Bukan dari kabel2 besar...bukan..
Kabel kami hanyalah ALLAH swt...
Sebab itu, saya selalu berpesan pada anak2 buah SanggarSuri. Jangan sedih & risau kalau dana kita sedikit, sebab yg sedikit itu kita salurkan pada yg benar2 memerlukan..bukan sekadar tangkap muat.
Yang penting..Allah sentiasa hantar bantuannya melalui INSAN2 BERHATI MULIA & IKHLAS... Itulah yang MANISnya..
Sebuah Usaha dari MARHAEN untuk MARHAEN...
Terima kasih atas Sokongan & Kepercayaan..
Sama Cakna, Sama Rasa...
#darimarhaenuntukmarhaen
#SanggarSuri
See Translation

DFKL dua edisi terdahulu dimenangi oleh pasangan adik beradik Raja Muhammad Afiq DFKL 2016 dan kemudian abangnya Raja Aidzal Hakim DFKL 2017

DFKL dua edisi terdahulu dimenangi oleh pasangan adik-beradik Raja Muhammad Afiq (DFKL 2016) dan kemudian abangnya, Raja Aidzal Hakim (DFKL 2017).
Untuk penganjuran DFKL 2018, adakah Harith Iman dan Fadhul Addie akan mencatat sejarah sebagai pasangan beradik pertama memenangi kelompok finalis terbaik lelaki secara serentak?
Segalanya akan dijawab pada pertengahan April ini sewaktu berlangsungnya #DFKL2018.
Recap pemenang:
#DFKL2016
1. Raja Afiq
2. Amirul Faqeem
3. Syazuwan Hassan
#DFKL2017
1. Raja Hakim
2. Adam Shadan
3. Hafiz Nolan
4. Saufi Ramli
See Translation

SubhanAllah Alhamdulillah Allahuakbar PERINGATAN KERAS SYEKH ABDUL QADIR Al JAILANI

SubhanAllah...
Alhamdulillah...
Allahuakbar...
PERINGATAN KERAS SYEKH ABDUL QADIR Al-JAILANI
Syekh Abdul Qadir Al-Jailani mengatakan:
“Wahai anakku, engkau berharap kepada Allah SWT dengan ibadahmu, tetapi disertai dengan kelalaian, riya dan kemunafikan. Engkau mencari berkah-Nya dan bergaul dengan orang-orang yang shaleh, tetapi disertai dengan kerusakan diri dan kerusakan hartamu, bagaimana engkau berharap sedangkan mereka selalu berdzikir dan engkau mengaku mengenal mereka. Wahai orang yang melarikan diri! Wahai orang yang tersesat, wahai orang yang keluar dari golongan orang yang ikhlas dan bertauhid, ingat-ingatlah nasihatku ini!
Menangislah hingga Dia juga ikut menangis bersamamu, Duduklah dalam musibah yang menimpamu dan pakailah pakaian bencana agar Dia juga ikut duduk bersamamu. Sebab, engkau adalah orang yang terhijab namun kau tak menyadarinya.
Pikir-pikirkanlah apa yang ada dalam kalbumu! Apa yang sedang kau pikirkan? Kepada siapa engkau mengadu? Kepada siapa engkau meminta bantuan? Jika engkau terjerumus dalam kesulitan, siapa yang akan percaya? Maka, ceritakanlah kepada-Nya, sebab Dialah yang paling tahu kebohongan dan kemunafikanmu.
Ingatlah bahwa dunia itu akan hilang, kehidupan ini akan rusak dan akhirat itu begitu dekat dari diri kita! Seringkali kita tidak memiliki tujuan untuk akhirat dan tujuan kita hanya untuk dunia semata. Kita sering kali mengingkari nikmat Allah SWT. Apabila kita mendapat keburukan sering kali kita menampakkannya di depan orang-orang, sementara ketika mendapat kenikmatan kita menyembunyikannya dan tak mensyukurinya.
Wahai anakku, ingatlah tentang hal ini. Rasulullah SAW pernah bersabda, “Apabila Allah SWT memberi kenikmatan kepada hamba-Nya, Dia lebih suka jika nikmat itu diperlihatkan kepada-Nya.
Mahasuci Dzat Yang Mahamulia, Yang Mahasabar dan Maha Pemberi anugerah. Semuanya berada di bawah kelembutan dan karunia-Nya. Seandainya Dia tidak bersifat lembut atau ramah, pasti kita akan binasa, Seandainya kita semua melawan perbuatan-Nya, pasti kita semua telah musnah karena-Nya.”

--Syekh Abdul Qadir Al-Jailani dalam kitab Fath Ar-Rabbani

Hari ini semoga tiadalah lagi nada saya tidak minat politik

Hari ini, semoga tiadalah lagi nada 'saya tidak minat politik'.
Rakyat perlu cakna politik. Faham demokrasi, faham undang-undang.
Bukan untuk emosional, tapi supaya lebih rasional.
Tidak salah pun untuk anak sekolah tahu dan ikut perkembangan politik. Politik bukan gosip. Politik adalah kepimpinan, pentadbiran.
Yang salah, jika anak-anak diajar memaki, memfitnah dan berprasangka, apatah lagi bersifat perkauman. Itu semua bukan ciri politik matang.
Rakyat perlu cakna politik. Supaya masa depan negara, kekal ditangan rakyat.

Politik bukan nak cari siapa betul siapa salah

Politik bukan nak cari siapa betul, siapa salah. Kalau ada berpolitik sebab nak cari siapa betul siapa salah, anda akan kecewa kerana anda akan sering dapati, kumpulan anda melakukan kesalahan yang tidak kecil, dan kumpulan lawan melakukan perkara betul yang juga tidak kecil.
Politik adalah untuk menentukan siapa yang paling sedikit salahnya. Atau yang paling pandai 'cover up' setelah berbuat salah. Atau yang paling pandai memujuk hati pengundi setelah berbuat salah.
Sebab itu, jangan mensucikan politik dan aktor-aktor nya.
See Translation