Arkib 04/2019

Jualan 1 Kepada rakan rakan FB demi menunjukkan support kepada usaha Kerajaan untuk menyelesaikan hutang diperingkat negara aku mengambil langkah yang sama untuk mengurangkan hutang diperingkat keluarga

Jualan #1
————-
Kepada rakan rakan FB, demi menunjukkan support kepada usaha Kerajaan untuk menyelesaikan hutang diperingkat negara, aku mengambil langkah yang sama untuk mengurangkan hutang diperingkat keluarga.
Jadi aku nak jual barang barang yang aku rasa orang lain lebih memerlukannya.
Aku start dengan barang ni dulu.
Huawei P10 64gb (Black)
Complete Original Set (exclude earphone)
Beli dekat Celcom Menara Atlan (guna dah setahun)
Sebab jual : Tukar ke IOS (Kerajaan pun boleh bertukar)
Condition : Calon Warisan (N11 KIULU)
Hantaran : RM1100 (nego nipis)
COD : KLCC/Taman Melati
Pos : Bayar sendiri
Laju.

HĀSYĀ LILLAH INILAH PERTEMUAN TERINDAH 1 Terima kasih kepada mereka yang hadir memeriahkan program Perkampungan Surah Yusuf semalam

HĀSYĀ LILLAH, INILAH PERTEMUAN TERINDAH
1. Terima kasih kepada mereka yang hadir memeriahkan program Perkampungan Surah Yusuf semalam. Kakak-kakak, abang-abang, pakcik-makcik yang datang dari Kulim, Pulau Pinang, Terengganu, Sabah dan Serawak serta serata negeri; menempuh jauhnya jarak dan letihnya raga semata-mata untuk mendengar kupasan Surah Yusuf.
2. Saya harap semua tidak kecewa ketika saya mengatakan tiada riwayat Israeliyyat akan didendangkan. Fokus hanyalah kepada lingual-spiritual semata-mata. Merungkai makna di sebalik pengistilahan dan jambatnya dengan nilai spiritual. Itupun masa sangatlah mencemburui kita. Kita tersekat pada perbincangan ayat 22 ketika jam sudah tertunjuk pada angka 3. Semoga Tuhan merahmati usaha kita bersama.
3. Setiap ayat dalam Surah Yusuf akan berakhir dengan salah satu daripada empat huruf sahaja. Iaitu ن, ل, م dan ر. Ini dipanggil فواصل dalam Bahasa Arab. Dan yang mendominasi fawāsil ini ialah ن. Di dalam ilmu tajwid, kalimah yang berakhir dengan huruf nūn (ن) ialah kalimah yang paling berirama. Maka, ayat-ayat di dalam Surah Yusuf ialah ayat-ayat yang paling berirama. Bukankah Allah mengatakan Surah Yusuf ialah ahsanal qasas?
4. Bukan hanya plotnya yang kita telusuri. Kita yakin bahawa Surah Yusuf dikatakan ahsanal qasas (cerita yang terbaik) juga kerana cara ia disampaikan. Lihat sahaja jawapan kepada mimpi Yusuf ayat ke-3, jawapannya ialah pada ayat ke-100. Ayat pengakhiran cerita (kerana 10 ayat selepasnya ialah kesimpulan cerita). Bererti, kita kena meninjau secara penuh perjalanan seorang Yusuf untuk menjawab persoalan yang ditanyakan oleh Yusuf sendiri, iaitu mimpinya pada awal cerita. Kita seolah-olah diperangkap dengan persoalan awal untuk menjadikan kita setia hingga ke hujung cerita.
6. Setiap kecantikan sangat berharga. Nilainya tinggi. Barang-barang yang cantik dan berkualiti, seperti barang-barang antik atau emas misalnya, sangat sukar dijumpai. Jika ada pun, ia disimpan rapi di muzium atau koleksi peribadi. Jarang sekali ia didedahkan. Paling kurang pun sekali. Begitu jugalah perihalnya Yusuf. Nama Yusuf tidak disebutkan melainkan di dalam tiga surah sahaja: Surah Yusuf, al-An'am dan Ghāfir. Begitulah jarangnya ia disebut. Kerana nilainya, harganya, keindahannya, dan kesempurnaannya.
7. Dialog Yusuf bermula pada ayat 4. Dan kemudian, tiada lagi dialog Yusuf sehinggalah pada ayat 23. Kenapa Yusuf sebagai watak utama tidak dirakamkan dialognya pada penggal cerita? Ketika diusung oleh kumpulan pedagang itupun, Yusuf tidak dirakamkan percakapannya. Kenapa sampai 19 ayat tidak ada langsung dialog Yusuf? Oh, rupa-rupanya, dialog Yusuf bukan sebarang dialog. Kita belajar di sini bahawa Yusuf tidak bercakap hal-hal yang tidak perlu. Yusuf mula dirakamkan dialognya apabila beliau perlu mempertahankan maruah diri (ketika digoda oleh Imra'atul Aziz) dan ketika perlu menyuarakan kebenaran (ketika difitnah oleh Imra'atul Aziz).
8. Mengenali dengan lebih mendalam seorang Yusuf Alaihissalam ialah mengenali dengan lebih mendalam seorang kita. Kita pernah dibuang? Yusuf juga begitu. Kita pernah dikhianati oleh ahli keluarga atau sanak saudara? Yusuf juga begitu. Kita pernah difitnah sehingga tak ada ruang untuk kita memberi penjelasan? Yusuf juga begitu. Kita pernah dipijak, dihina, dimanipulasi? Yusuf juga begitu. Kita pernah terpenjara, menjadi banduan, menjadi hamba, menjadi seseorang yang tak ada pilihan hingga diluah mati anak ditelan mati bapak? Yusuf juga begitu. Siapapun kita, kita kena tahu yang kita tak keseorangan. Seorang Yusuf pernah melalui apa yang kita lalui. Seperit mana pun ia.
9. Surah Yusuf bermula dengan mimpi, dan berakhir dengan realiti. Semoga hidup kita juga begitu. Banyak yang kita impikan seakan mustahil kita lihatnya sekarang. Tetapi percayalah dengan sepenuh-penuh percaya bahawa Tuhan adalah Pengatur Paling Bijaksana. Yang membuatkan Yusuf dan Yaakub alaihimassalam tenang menghadapi ujian hanyalah kerana ada Allah di hati mereka. Setiap masa.
10. Hāsyā Lillah, inilah pertemuan terindah. Semoga kita pulang membawa kalaupun tidaklah semua, tetapi cukup sahaja sejambak kekuatan untuk menempuhi cabaran hidup yang mendatang. Kerana di hati kita ada Yusuf yang sentiasa menenangkan gelisah dan meredakan resah. Jumpa lagi di lain masa Insya-Allah.
Hafizul Faiz
8 Januari 2018
Tribut kepada peserta Perkampungan Surah Yusuf
Xem bản dịch

Beliau sempat datang ke rumah terbuka SAMM Hulu Terengganu tempoh hari walaupun beliau agak sibuk dengan kerja kerja kebun yang diusahakannya namun beliau hadir juga untuk meraikan undangan abam abam ada berbicara soal politik dengan beliau biarpun beliau

Beliau sempat datang ke rumah terbuka SAMM Hulu Terengganu tempoh hari walaupun beliau agak sibuk dengan kerja-kerja kebun yang diusahakannya, namun beliau hadir juga untuk meraikan undangan abam, abam ada berbicara soal politik dengan beliau biarpun beliau telah berpindah parti namun itu bukan penghalangannya.
Beliau telah menyatakan apa sebab yang membuatkan beliau berpindah parti, abam tetap setia mendengarnya walaupun abam bukannya arif dalam politik.
Abam mengenali beliau selaku pengarah PilihanRaya PKR Negeri dan sering menghadiri program bersama, yang terakhir abam ke program bersamanya ketika pelancaran Bersatu Negeri Terengganu di Chukai Kemaman itulah program terakhir.
Yang terakhir abam bersembang dengan beliau beberapa bulan lepas, beliau menyatakan untuk tidak aktif lagi dengan potilik dan memberi tumpuan kepada kebunnya, dapat berita semalam beliau telah meninggal kerana serangan jantung agar terkejut kerana sebelum ini tiada reaksi yang berubah.
(Gambar sekadar hiasan)
#INSAFLah

Exco penerangan Terengganu menjelaskan beliau tidak mengulas isu berbikini di negeri itu secara khusus ketika membincangkan soal pelancongan negeri dalam wawancaranya dengan sebuah portal semalam

Exco penerangan Terengganu menjelaskan beliau tidak mengulas isu berbikini di negeri itu secara khusus ketika membincangkan soal pelancongan negeri dalam wawancaranya dengan sebuah portal semalam.
Sebaliknya.... kata Mohamad Nor Hamzah berkata.... beliau ingin menegaskan kerajaan baru PAS di negeri itu tidak tergopah gapah melaksanakan peratusan baru dan akan menyelesaikan masalah secara berperingkat.
“Contohnya.... Islam tidak pernah memaksa wanita bukan Islam bertudung....tetapi pastinya mereka tidak boleh sewenang wenangnya berpakaian yang tidak senonoh di tempat awam.
“Dalam temuramah.... saya tidak menyebut isu berbikini secara khusus.... mungkin wartawan terkhilaf ” katanya.
Free Malaysia Today semalam melaporkan Terengganu tidak menghalang pelancong bukan Islam melakukan aktiviti pelancongan.... termasuk “berbikini” di pulau dan pantai negeri itu.
Portal itu memetik Mohamad Nor Hamzah sebagai berkata kerajaan menghormati hak bukan Islam “berbikini”.... walaupun asas perjuangan parti itu untuk memartabatkan agenda Islam.
“Setakat ini kita kekal dengan peraturan sedia ada....sebab pelancong ada hak mereka yang tersendiri khususnya bukan Islam {untuk berbikini }
“Kita bersikap toleransi dalam mengurus keadaan yang ada secara harmoni dan kasih sayang..... kebebasan diberi kepada pelancong bukan Islam dengan syarat ia tidak melampaui batas dan setakat ini keadaan di pulau pelancongan terkawal dan pemantauan dibuat ” katanya.
Dalam kenyataan dalam Harakahdaily hari ini....Mohamad Nor juga berkata.... kerajaan Terengganu juga sedang menyiapkan dasar pelancongan yang tidak drastik atau menekan pelancong bukan Islam.
Ia.... katanya.... bakal memberikan ruang yang secukupnya kepada mereka menikmati keindahan semula jadi Terengganu tanpa bimbang.
“Saya berharap isu ini difahami oleh dua golongan iaitu golongan yang gopoh untuk melihat perubahan dalam sekelip mata agar jangan menganggap kerajaan Terengganu akan mengabaikan peraturan dan keindahan adab dan golongan kedua yang mahu memburukkan kerajaan negeri supaya bertindak seperti kerajaan ala Taliban.
“Kerajaan negeri akan mendahului sikap toleransi dan dialog.
“Kerajaan akan bergerak dengan dakwah dan pembangunan insan akan diteruskan ” kata exco pembangunan insan.... dakwah dan penerangan negeri terengganu itu.

BeraniKeranaBenar KENAPA SAYA TAWAR DIRI UNTUK BERDEBAT DENGAN TUN M DI FORUM NOTHING TO HIDE 2

#BeraniKeranaBenar..
KENAPA SAYA TAWAR DIRI UNTUK BERDEBAT DENGAN TUN M DI FORUM NOTHING TO HIDE 2.0
Oleh: Dr Mohd Puad Zarkashi, MT UMNO
1. Seperti yang dijangkakan ada pihak yang mempersoalkan apa kelayakan saya apabila menawarkan diri untuk berdebat dengan Tun M dalam forum Nothing To Hide 2.0 jika beliau serius mahu mencari kebenaran.
2. Kalau begitu apa kelayakan orang di sebelah sana termasuk Tun M dan TS Muhyiddin yang hanya cut and paste bahan dari sumber meragukan apabila mengkritik isu 1MDB? Kebanyakan mereka ini hanya menggunakan cerita fitnah yang disebarkan oleh Sarawak Report dan ASWJ. Tidak ada sebarang dokumen yang dikemukakan oleh pihak ini apabila menyebarkan fitnah mereka. Apatah lagi hingga ke hari ini tidak ada sebarang perbicaraan di Mahkamah dalam atau luar negara "khusus" terhadap 1MDB sendiri.
3. Pada saya Tun M tidak wajar menolak tawaran saya untuk berdebat kerana saya pun banyak soalan untuk ditanyakan kepada beliau yang membabitkan kes semasa 22 tahun menjadi Perdana Menteri. Apatah lagi forum ini sendiri namanya "Nothing To Hide 2.0".
4. Sebenarnya beliau tidak perlu berdebat dengan Perdana Menteri walaupun mendakwa dia adalah Top Dog yang setaraf dengan DS Najib. Pada saya beliau hanyalah Pengerusi biasa yang tidak ada kuasa berbanding Presiden dan Ketua Umum Pakatan Harapan. Justeru Tun M tidak perlu merasa tarafnya menjadi rendah jika berdebat dengan ahli Majlis Tertinggi UMNO seperti saya.
5. Tetapi saya ragu Tun Mahathir bersedia untuk berdebat dengan saya. Saya yakin Tun Mahathir bukan serius untuk mencari kebenaran tetapi mahu menjadikan debat itu sebagai medan untuk menimbulkan kekecohan yang boleh memalukan Perdana Menteri di khalayak ramai.
6. Inilah yang berlaku di dalam Townhall Nothing To Hide 1.0 di PWTC. Walaupun tidak dijemput dan dinasihatkan jangan datang kerana itu adalah dialog di antara Perdana Menteri dengan rakyat tetapi Tun Mahathir tanpa segan silu hadir juga.
7. Dan apabila dimaklumkan Townhall itu dibatalkan sepatutnya Tun Mahathir pulang. Tetapi Tun Mahathir terus masuk ke dalam Dewan dan pengikutnya merempuh masuk dengan kasar sehingga ada orang ramai yang terjatuh. Motif Tun M datang tanpa dijemput itu terdedah dengan tindakan kasar tersebut.
8. Tanpa kebenaran pihak penganjur Tun Mahathir naik atas pentas dan berucap sehinggalah OCPD Kuala Lumpur menghentikan ucapan Tun.
9. Di situ jelas membuktikan Tun Mahathir bukan mahu berforum tetapi menimbulkan kekecohan untuk memalukan Perdana Menteri.
10. Sekali lagi saya mengajak Tun Mahathir agar mengenepikan egonya mengenai siapa yang layak untuk berdebat dengan beliau. Saya mengajak Tun M sama sama mencipta sejarah, iaitu berlaku perdebatan antara bekas Perdana Menteri selama 22 tahun dengan seorang rakyat yang yakin semua tuduhan terhadap 1MDB hanyalah fitnah dan kambing hitam untuk menjatuhkan Perdana Menteri.
naseronismail:
Jom DEBAT+CariKebenaran.. Fakta vs Auta
Saya nak rakam dan tular..
Editorial:
#SuaraMerdeka

Realiti FAKTA VS AUTA Forwarded by naseronismail https penyusakti wordpress com rata rata anak muda dek

Realiti... FAKTA VS AUTA
Forwarded by naseronismail: https://penyusakti.wordpress.com/…/rata-rata-anak-muda-dek…/
Forwarded by naseronismail: http://catatanzabidi.blogspot.my/…/sepetang-di-sepiring.htm…
Salam #NegarakuMalaysia
Bahawa semenjak fb ini diwujudkan ia telah memainkan peranan (penting) sebagai pengumpul dan penyibar maklumat yang berguna bukan sahaja sesama rakan ahli (followers) bahkan untuk masyarakat di luar sana juga.
Alhamdulillah. Terima kasih kawan-kawan kerana berjaya menyatukan hati kita semua di dalam satu wadah, berjuang untuk menegakkan kebenaran dan keadilan di bumi bertuah Tanah Melayu (Malaysia), mempertahan kedaulatan dan status-quo demi kesucian agama, bangsa dan tanah air.
Meskipun kita berbeza pendapat kerana berlainan fahaman, kepentingan dan ideologi politik namun kita akan tetap bersatu di dalam satu wadah politik (BN) dan sebagai umat Islam dalam satu ikatan akidah ahlus-sunnah waljamaah yang padu.
Alhamdulillah. AllahuAkhbar!
- Jom #KekalBN pada PRU14 yang akan datang.
#SuaraMerdeka
#KeyboardWarriors
#SahabatUlulAmri

I have to admit saya ada low self esteem apabila berkaitan hal rumah tangga

I have to admit, saya ada low self esteem apabila berkaitan hal rumah tangga. Tak boleh tidak, saya kuat blame diri sendiri atas failure sebelum ni. Malah siap menyesal sebab apalah saya kahwin dulu.
Haha.
Maka, saya tak boleh elak daripada rasa sentap apabila makcik pakcik bawang kat kampung bertanya hal peribadi. Tambah tambah pulak apabila saya tahu kat belakang saya mengata ya ampun kemain lagi.
Maaflah. Raya kali ni mak ayah pergi umrah, saya tak balik sua muka berkunjung di rumah kalian dan tersengih sengih macam kerang busuk tadah telinga nak dengar sindiran korang.
Saya raya kat rumah je lah. Rai dengan anak anak dan jadi tuan rumah kat Alor Setar aja.
Maaf ya. Baik jaga hati sendiri sebab tak ada orang pun nak jaga hati saya bila mulut meluncur laju bab nak bertanya dan mengata.

Terima Kasih Selesai sudah Jaulah batch kami dua hari lepas Jazakumullah khairan kathira kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak

(Terima Kasih ^ ^ )
Selesai sudah Jaulah batch kami dua hari lepas, Jazakumullah khairan kathira kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak. Daripada pemerhatian, inilah penglibatan teramai ahli batch dalam program yang dianjurkan. Semoga semangat sebegini akan kekal untuk program batch yang seterusnya tak kira program gabung atau asing. :)
Walaupun ada yang terpaksa batalkan pada saat-saat akhir kerana masalah kesihatan, moga Allah menghapuskan dosa-dosa atas ujian itu. Tidak lupa juga titipkan doa buat ibu bapa beberapa orang akhowat yang kini mendapat rawatan yang serius di hospital. Hati mana tidak sedih melihat ibu bapa sakit kan? semoga anak-anak solehah ini dapat kuatkan semangat dan dimudahkan segala urusan. :(
Sementara itu, suka lah saya nak mengajak kawan-kawan untuk menerima beberapa teguran dari beberapa pihak yang mengambil berat. Dengan hati yang terbuka, batasan aurat dan ikhtilat memang perlu kita lebih jaga. Bukan kerana kita pelajar syariah atau timur tengah semata, tapi kita muslim di mana Allah mahu kita sentiasa berada dalam ketaatan.
Pada hari kejadian memang telah diingatkan beberapa perkara berkaitan hal tersebut esp kepada ajk program tapi mungkin mudah terlupa. Saya sendiri yang tahu hukum dan masih ada sensitiviti mengaku tidak mampu mengawal keadaan. (ini juga boleh menjadi teguran kepada beberapa orang sahabat yang menarik diri dari jaulah ini kerana sudah mengetahui akan wujudnya keterbukaan dalam ikhtilat, agar bersama-sama dalam program untuk saling mengingatkan)
Apa pon, berseronok sudah, berkenal-kenalan juga sudah. Istighfar? Yuk gandakan. ;)
Bimbang ada dosa tidak kita sedari. Terima kasih buat yang menegur, Kepada batch-batch lain, bolehlah ambil yang jernih dan buang yang keruh. Doakan kami tetap berada atas jalan yang benar. Saya tetap sayang kawan-kawan saya. <3
Yang lemah,
Shahirah sulong,
Pemantau Jaulah Grandeur.
#astaghfirullah
#iamgrandeur
#Ramadhaniscoming

Selesai pertemuan ringkas dengan rakan politik

Selesai pertemuan ringkas dengan rakan politik. Banyak point yang kami analisis untuk politik Kelantan kali ini.
.
Nampak bersungguh betul BN nak tawan Kelantan kali ini. Namun itu hanya apabila dilihat pada aspek pelaburan.
1. Hospital Kuala Krai.
2. Lebuhraya sambungan merapoh.
3. Ucaptama pemuka² BN bersekali dengan jamuan makan & sumbangan.
4. Jalan² Bentong - Gua Musang sedang giat dibaiki.
.
Namun jika dilihat pada barisan calon pula, nampaknya seolah BN sekadar mahu tingkatkan majoriti sahaja.
.
Menarik politik Kelantan. Yang pertama kalinya tanpa TGNA.

Puasa kali ni kurang meriah dengan polemik solat tarawikh

Puasa kali ni kurang meriah dengan polemik solat tarawikh. 8 rakaat ke 20 rakaat? Patut ke tak surau tu depa siap selang lagi dengan tazkirah, amalan mana ni? Tak ka bidaah?
Mungkin salah satu sebabnya, masyarakat masih rancak dengan bicara politik. Fenomenanya luar biasa. Bulan ramadan tak dirasai.
Ustaz ustaz jadi tidak lagi relevan. Maka, untuk mengembalikan polemik supaya para 'ostad' kekal relevan dan rasa mendapat tempat dalam masyarakat. Nah.
Aku bagi isu solat jumaat di hari pertama hari raya. Wajib lagi ka bila dah solat sunat raya?
UAI: https://m.youtube.com/watch?v=dVHU71oxWmQ
Dr MAZA: https://m.youtube.com/watch?v=GsSIJjupnU4
Dr RORA: https://m.youtube.com/watch?v=T-tfwR4N44Y
Dr AAM: https://m.youtube.com/watch?v=uf20XvpsLrc
Ustaz Adi: https://m.youtube.com/watch?v=hnBD8RZCK-0
Ustaz Rasul Dahri: https://m.youtube.com/watch?v=VGkfS87MtMU
-----
Kesimpulannya nak ikut mana? Wajib ka tidak?
Ikutlah mana hang nak ikut, yang penting yakin itu yang sohih dan tidak mengecam sehingga berlebih lebihan orang lain yang berbeza pendapat.
Enta sendiri pilih mana?
Pendapat al Albani lah boh. Jumaat tak payah, zuhur pun tak payah. Kita makan ketupat dengan rendang udahlah.