Arkib 04/2019

BN SIBUK SELESAIKAN TANAH RAKYAT DI SEMPORNA SHAFIE APDAL BUAT APA

⚖ BN SIBUK SELESAIKAN TANAH RAKYAT DI SEMPORNA SHAFIE APDAL BUAT APA??
Shafie Apdal sibuk jelajah ke daerah yang dia tak pernah lawat ketika menjadi Menteri KKLW. Sekarang baru dia sedar. Sibuk jelajah Semporna terabai.
Sejak 2011-2017(tempoh 6 Tahun), kerajaan negeri telah menganugerahkan 89,294.58 ekar iaitu merangkumi 21,408 lot atau geran NT yang melibatkan 21,408 bilangan ketua rumah di 15 daerah seluruh negeri Sabah. Manakala geran komunal pula telah dianugerahkan kepada 10,636 peserta/beneficiaries dengan keluasan 122,048.03 melalui 73 geran di 12 buah daerah di seluruh negeri Sabah.
Ini bererti, dalam tempoh 6 tahun kebelakangan ini, program penganugerahan geran jenis NT dan geran komunal telah lama dilaksanakan oleh kerajaan negeri. Dasar ini telah wujud sejak sebelum kelahiran parti warisan yang berlagak baru sekarang membela tanah rakyat. Malah ada pemimpin Warisan berkata kerana mereka geran berubah dari komunal kepada NT.
Lihat sahaja usaha dilakukan oleh Tan Sri Musa Aman Ketua Menteri Sabah dan juga wakil rakyat DUN Bugaya di Semporna. Bukan sekadar cakap tapi beri. Geran Komunal Mount Pock dan Tanjung Nagos yang menyelesaikan masalah 6,000 tanah Peneroka tanah.
Begitu juga program PANTAS pemilikan tanah anak negeri di Mukim Lihak-lihak dan Mukim Sungai Tuhok yang menyelesaikan masalah pemilikian tanah lebih kurang 6,000 ketua keluarga peserta di Mukim Lihak-lihak dan Mukim Sungai Tuhok.
Tidak cukup itu pengesanan dan pemberian Geran tanah yang tidak dituntut kepada lebih kurang 500 orang pemilik tanah atau Waris pemilik tanah juga telah diadakan pada 9 Mac 2018.
Apa Shafie Apdal lakukan ketika sebagai Menteri Persekutuan untuk Daerah Semporna? Asyik jelajah kawasan sendiri terabai.
http://sabahkini2.com/…/bn-sibuk-selesaikan-tanah-raky…/view

Jom semua Kite bantu siapkan masjid nie Selagi tak cukup selagi tue kite derma Bukan selalu ada peluang derma bina masjid

Jom semua.... Kite bantu siapkan masjid nie
Selagi tak cukup...selagi tue kite derma...
Bukan selalu ada peluang derma bina masjid...
Jangan lepaskan ticket syurga
MOHON SHARE SELUAS2 NYA
====================
السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته. رمضان كريم !!
*RAYUAN DERMA BAGI MENYIAPKAN MASJID MAAHAD TAHFIZ UMMU QURA, MACHANG, KELANTAN*
(NO. KELULUSAN: MAIK D231/PK/105/2017-45)
»» Sumbangkan wang ke akaun :
MASJID MAAHAD UMMU QURA
NO AKAUN : 03-045-010-046-322
BANK ISLAM BERHAD
**sila hantar salinan slip bank Whatsapp
(011-1993 8333) untuk rujukan kami
====================
Terima kasih semua atas bantuan dan sebaran, moga Allah mengurniakan sebaik-baik ganjaran.
====================
Sebarang pertanyaan, hubungi/sms/whatsapp : 01119938333 (Ust Lan)
Untuk perkembangan kemajuan pembinaan, layari :
Facebook: https://www.facebook.com/maahadtahfizummuqura/
Instagram: https://www.instagram.com/maahadtahfizummuqura/
Website: www.ummuqura.com

Tahu tak apa yang berlaku jika kita melakukan sesuatu pekerjaan tanpa ilmu

Tahu tak apa yang berlaku jika kita melakukan sesuatu pekerjaan tanpa ilmu..?
- Kita akan langgar dinding..
- Kita rasa diri dah betul..
- Rasa diri dah hebat..
- Kita mula akan menemui kegagalan yang berterusan..
- Kejayaan semakin jauh dan semakin sukar untuk digapai..
Disebabkan itulah, kita perlu mengambil langkah untuk menggali dan menuntut ilmu..
Sebelum menuntut ilmu, perlulah berguru..bergurulah dengan mereka yang mempunyai pengalaman dan berjaya..
Alhamdulillah, saya dipertemukan oleh Allah dengan seorang yang hebat di dalam dunia yang sama..beliaulah membuka mata saya, jiwa saya, memberi kefahaman dan kesedaran di dalam perjalanan di dalam dunia bisnes training..
Penangan yang sungguh hebat..setiap ajaran beliau sangat memberi kesan kepada saya dan kawan-kawan yang lain..perubahan demi perubahan yang kami lakukan sentiasa berada pemerhatian beliau, kerana keinginannya melihat perubahan yang positif dari kami..
Sungguh perancangan dan aturan Allah itu cantik dan tiada kecacatan..semoga saya dan sahabat-sahabat training yang lain menemui kejayaan masing-masing..kejayaan di dunia dan akhirat..
Doakan guru dan mentor saya ini menemui dan mencapai kejayaan yang besar buat dirinya dan teamnya..
Amin....
Beliau yang dimaksudkan,
Mohamad Bin Mohshin (Che Mat Tapow A)
- Hafis Ainuddin
- Ikon Kepimpinan Pelajar
#alonginthehouse
#pemimpinsuperb
#standuptc
#sutc

Kelulusan penuh telah diterima InsyaAllah besok 9 00am saya akan blast ke email list Nak La dulu untuk pendaftaran

Kelulusan penuh telah diterima!
InsyaAllah besok 9.00am saya akan blast ke email list Nak La dulu untuk pendaftaran.
Selama 3 hari 2 malam akan berkubu di Hotel Premiera, KL untuk menyerap ilmu dari 5 orang Guru dan saya.
Siapa mereka? Nantikan besok jam 9.00am. Bukan senang nak pujuk depa ni di bawah satu program. Ini peluang korang.
Tempat hanya untuk 40 orang peserta sahaja dan program ini di bawah Pusat Usahawan MARA Wilayah Persekutuan.
Yuran hanya RM212 termasuk kelas, penginapan, makan & minum.
Dah sedia?
Uncle
#SifuApaMacamNi
#HarimauMenangis

KOMPLEKS TAHFIZ AL QUR AN AL QARADHAWI KOMTAQ KERDAU TEMERLOH PAHANG DARUL MAKMUR

KOMPLEKS TAHFIZ AL-QUR'AN AL-QARADHAWI (KOMTAQ), KERDAU, TEMERLOH, PAHANG DARUL MAKMUR
Alhamdulillah. Malam tadi menginap di Pondok Kompleks Tahfiz Al-Qur'an & Anak Yatim Al-Qaradhawi (KOMTAQ) di Kerdau, Temerloh, Pahang Darul Makmur yang diusahakan oleh Al-Fadhil Ustaz Kamal Ashaari.
Semalam berprogram Santai Anak Muda bersama Ustaz Kamal dan Ketua Pemuda, Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Kuala Krau Ustaz Aeriroshairi Roslan di DUN Kerdau. Pagi tadi sempat membuat pelepasan Rentas Desa anjuran KOMTAQ sebelum merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-30 DPPK Kuala Krau.
Alhamdulillah, usaha pendidikan yang dibangunkan oleh Ustaz Kamal Ashaari, Ustazah Nafisah Tahir dan keluarga beliau sangat memotivasikan. Kompleks yang terdiri dari sebuah Masjid, Bangunan Pentadbiran, Bangunan-bangunan Kelas, Rumah Mudir, Asrama, Pondok-Pondok Moden Waqaf serta Sangkar Ikan Patin (KOMTAQ terletak di tepian Sungai Pahang) yang sangat istimewa ini telah mula dibina sejak 2014 dan sudah semakin hampir siap sepenuhnya.
Kali terakhir saya ke sini Jun tahun lepas bagi menghadiri Retreat DPPM Sesi 2017-2019. Pembangunan terkini yang sudah siap ialah Dorm Lelaki, Padang Bola Sepak dan pembinaan Dorm Wanita khusus untuk Lil Banat dan program Akademi Pengajian Siti Aisyah (APSA).
Saya termotivasi untuk meneruskan gerak kerja membina institusi-institusi pendidikan Islam di Sarawak. Semoga hasrat bersama sahabat-sahabat membangun Kompleks Madrasah Tahfiz Wal 'Ulum Darul Hana atau Pusat Pengajian Islam (PPI) Darul Hana di Miri dan Madrasah Islamiyah Bugisiyah di Kampung Muhibbah, Niah, Miri akan dapat direalisasikan suatu hari nanti. Doakan sahabat-sahabat semua. Allahumma Aamiin. ??
#PPIDarulHana
#MaraMenujuCita
#SejahteraBersamaIslam
#TarbiyahDakwahSiyasah
#MembangunInstitusiPendidikanIslam
#BeristiqamahHinggaKemenangan

share Cadangan Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos untuk mencalonkan Ketua Wanita UMNO Malaysia Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil bertanding di Parlimen Sungai Besar sama sekali mendapat sokongan cawangan cawangan di parlimen itu

#share Cadangan Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos untuk mencalonkan Ketua Wanita UMNO Malaysia, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil bertanding di Parlimen Sungai Besar sama sekali mendapat sokongan cawangan-cawangan di parlimen itu.
Ketua-ketua cawangan yang mewakili rakyat dibawah memanjangkan hasrat penduduk yang memberi kepercayaan kepada pilihan yang dibuat Jamal selaku ketua mereka.
Bagaimanapun, rakyat di parlimen Sungai Besar mengharapkan calon yang sentiasa bersama rakyat dan bersedia untuk membantu kemajuan rakyat dan pembanggunan di Sungai Besar.
http://watan-online.com/p093-untuk-shahrizat-kami-percaya-…/

Yeayyyy Selesai sudah komitmen hari ini di SK PERMATANG BULOH KOTA SARANG SEMUT KEDAH dalam Program Kepimpinan Super Duper Leader

Yeayyyy! Selesai sudah komitmen hari ini di SK PERMATANG BULOH, KOTA SARANG SEMUT, KEDAH dalam Program Kepimpinan Super Duper Leader. Seramai 72 orang pelajar terlibat dalam program hari ini.
Alhamdulillah ini masuk kali ketiga saya ke sekolah ini dan mereka antara pelajar yang nampak diam tapi apabila masa semakin bertambah mereka mula aktif dan energetik!
Terima kasih kepada diatas jemputan yang sangat bermakna ini. Insya Allah bulan April akan ke sini lagi untuk motivasi pelajar Tahun 6 ;)
Jaga diri ya adik-adik! Goodluck!
#farhaanrahmat
#abangan
#motivasimalaysia
#ceramahmotivasisekolah
#yesbebeh
#selamatdatangkebumi
#superduperstudi
#henshindaie

Hidayat ya Allah Alhamdulillah Dengan Izin Allah mesyuarat dengan Mufti Pahang berjalan lancar Tarikh Rehlah Islahiyah Bicara Mufti dan seluruh penduduk Pahang 15hb sehingga 18hb Mac di Masjid Sultan Ahmad shah Sg Isab InshaAllah

Hidayat ya Allah..
Alhamdulillah..Dengan Izin Allah mesyuarat dengan Mufti Pahang berjalan lancar..Tarikh Rehlah Islahiyah & Bicara Mufti dan seluruh penduduk Pahang 15hb sehingga 18hb Mac di Masjid Sultan Ahmad shah Sg Isab...InshaAllah...
Pintu sedang terbuka untuk keluar dijalan Allah.Jom islahkan diri,usaha atas iman dan amal serta belajar² amalkan sunnah Nabi Muhammad swt..Dakwah Ilallah...
Semoga jadi asbab kebaikan dan hidayat seluruh alam.. Amin..
Allah maha baik..
#IkramMuslimin
#Khususi
#Taskel
#DakwahMaksudHidup

Buku yang menarik seandainya mahu mengerti apa yang dikatakan usaha dakwah

Buku yang menarik seandainya mahu mengerti apa yang dikatakan usaha dakwah.
Lapangan ini bukan medan dihamparkan permaidani merah. Jerih payah, onak liku cabaran dan pelbagai rintangan yang dialami termasuk yang hadir di kalangan saudara seagama sendiri bahkan yang turut bergelar pendakwah. Segalanya dikisahkan dengan laras penyampaian yang santai.
Naskah ini menceritakan usaha Ustaz Mohd Fadli Yusof sekeluarga dalam menyebarkan risalah islam di pendalaman Sabah. Pahit getir perjuangan mereka dikongsikan agar menjadi panduan serta iktibar kita semua.
Pada saya ada kira-kira 20 naskah buku ini beserta tandatangan penulisnya. Hanya RM 20 senaskah tidak termasuk pos.
Saya jamin ianya sangat bermanfaat dan bernilai dibaca!
Ahmad Fairoz Daud

Majlis Penutup PTA Negeri Selangor 2017 Tahniah dan terima kasih buat semua 400 lebih peserta Urusetia PTA Negeri Selangor dan juga Tuan Rumah JAM Kawasan Kuala Langat yang sama2 telah menjayakan PTA Negeri tahun ini

Majlis Penutup PTA Negeri Selangor 2017
Tahniah dan terima kasih buat semua 400 lebih peserta, Urusetia PTA Negeri Selangor dan juga Tuan Rumah JAM Kawasan Kuala Langat yang sama2 telah menjayakan PTA Negeri tahun ini.
Sekali lagi Pantai Kelanang menjadi sejarah setelah 2 kali PTA atau sebelum ini dikenali sebagai Jambori Amal diadakan di tempat yang sama, dan kali ini kita mencipta sejarah lagi dengan kehadiran peserta tertinggi yang pernah direkodkan di peringkat Negeri setakat ini, tahniah sekali lagi buat semua yang terlibat.
Tahniah dan Syabas buat Anjung Selatan (Hulu Langat, Serdang, Sepang dan Puchong) yang menjuarai pasukan terbaik PTA 2017 dengan meraih 5 Emas yang dikuti rapat Naib Juara PTA Anjung Timur dengan 4 Emas. Syabas juga buat anjung Barat, Tengah dan Utara yang memiliki semangat kesukanan tinggi dan tetap memberi saingan hebat dalam setiap acara.
Alhamdulillah, kehadiran adik2 Briged Amal sedikit sebanyak memeriahkan lagi suasana PTA kita kali ini, dan ini membuktikan kita serius dalam mencari pelapis baru yang bakal menerajui pasukan sukarelawan beruniform ini. Tahniah diucapkan buat pengurusan sekolah-sekolah yang terlibat.
Setinggi penghargaan buat Tuan rumah, Pas Kawasan dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Langat, juga pihak jawatankuasa Masjid Al Azim dan seluruh penduduk Kampung Kelanang yang sudi menerima kehadiran kami malah menyambut kami dengan baik dan sangat meriah.
Tidak ketinggalan ucapan penghargaan kami kepada semua Exco Pemuda Kawasan bersama Ketua Pemuda mereka Ustaz Muhammad Labib Abd Jalil, Ustaz Azim, Ustaz Hanafi Dahlan Albanjari, Ustaz Ashrul, Ustaz Hanif, Ustaz Shukri, Tuan Zukri, juga beberapa Pimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri yang hadir pada TPA kali ini untuk terus memberi komitmen dan sokongan kepada Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor.
Terima kasih tidak terhingga atas sumbangan YB Zaidy Talib, YB Ustaz Dato Dr Ahmad Yunus, YB Dato Iskandar A Samad, YB Ustaz Shafie Ngah, YB Razali dan YB Ustaz Sallehen Mukhyi PJ BPPNS yang turut hadir merasmikan Majlis Penutupan PTA kami bersama Ketua Pemuda DPPNS, Ustaz Syarhan Humaizi Halim, dan Ustaz Rizuan Rahmat Ketua Dewan Ulama Pas Negeri Selangor, beserta Sdr Damanhuri. Turut hadir memberi ucapan ialah Tuan Zurk Ahmad TKPT bagi pihak Jabatan Amal Malaysia.
Mewakili seluruh saf urusetia program dan ALP Negeri Selangor, kami sekali lagi memohon kemaafan diatas segala kelemahan dan kekurangan kami sepanjang program ini, mana yang baik itu sudah pastinya dari Allah, Semoga kita semua peroleh manfaat atas setiap kerja buat kita sepanjang program berlangsung dan seterusnya memperolehi keredhaanNya, moga2 PTA kali ini menjadi kenangan terindah buat semua sahabat.
Insya Allah ketemu kita di program seterusnya, minggu hadapan.. Seeru ala barakatillah...
#BersiagaMenujuFathu
Shehdi Hazrik
Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor
20 Ogos 2017