Arkib 05/2019

MENYESALKAH MEMBELA MAHATHIR DAHULU aku mula terlibat dalam politik siber pada tahun 2003 Dalam sebuah forum bahana pengaruh Azizul Rozany Abdul Aziz

MENYESALKAH MEMBELA MAHATHIR DAHULU?
aku mula terlibat dalam politik siber pada tahun 2003 - Dalam sebuah forum bahana pengaruh Azizul Rozany Abdul Aziz...
Sebelum tu aku memang berforum jugak, terutamanya dalam bab-bab teknikal komputer atau merepek mengayat awek hehehehe.
Dalam kes politik hari ini, aku suka melihat yang positif berbanding yang negatif. Senario politik hari ini membuktikan bahawa apa yang kita lakukan sejak dahulu iaitu membela Tun Mahathir dan UMNO adalah tidak sia-sia.
Hari ini terbukti segala tuduhan terhadap Tun Mahathir dan UMNO merupakan satu fitnah pembangkang yang hanya mahukan kuasa untuk merealisasikan matlamat dan tujuan politik masing-masing.
Tun Mahathir pernah berkata bahawa Melayu Mudah Lupa - Terbukti benar kini apabila pembangkang sudah lupa semua fitnah mereka ini terhadap Tun dan UMNO:- Mat Sabu sudah tidak lagi mendendangkan fitnah Memali terhadap Tun Mahathir, Lim Kit Siang sudah tidak lagi mencanang fitnah Kerugian Forex, puak-puak Reformasi akhirnya sedar bahawa tindakan polis dan kerajaan membelasah mereka semasa Reformasi adalah kesilapan mereka sendiri yang tidak akur kepada undang-undang, dan paling utama mereka kini sudah menerima dengan tenang bahawa Anwar memang seorang PELIWAT!
Fitnah Pembangkang selama 22 tahun terhadap Tun Mahathir dan UMNO - akhirnya terbukti. Diselesaikan dalam sekelip mata sahaja oleh Tun Mahathir. Tun Mahathir pun sedar bahawa beliau kini sudah dihujung usia. Beliau mahu meninggalkan nama yang baik sebagai satu sejarah dan legasi beliau kepada bangsa dan negara ini.
Apa yang dilakukan oleh segelintir pejuang-pejuang UMNO hari ini bukanlah untuk menghentam Tun Mahathir tetapi lebih kepada mengingatkan pengfitnah-pengfitnah dari Pakatan akan fitnah-fitnah yang pernah mereka lemparkan terhadap Tun Mahathir dan UMNO suatu ketika dahulu...
Sudahkah anda semua memohon ampun dan maaf dari Tun Mahathir terhadap fitnah-fitnah yang pernah anda lemparkan terhadap beliau suatu masa dahulu? - Lakukan segera sementara masih ada waktu ini.... :)

Ni antara senjatapi paling best sapa tau bab senjata api mungkin suka menalah ni atau mungkin suka CZ 805 BREN atau kedua duanya lebih kurang jer kehebatan kedua dua senjata ni

Ni antara senjatapi paling best...sapa tau bab senjata api, mungkin suka menalah ni, atau mungkin suka CZ 805 BREN atau kedua-duanya.. lebih kurang jer kehebatan kedua-dua senjata ni...
Ada satu kisah pasal HK-416 ni berlaku kat aku beberapa tahun lalu.... Ada satu grup ni datang opis member aku duk borak-borak nak propose senjatapi baru untuk tentera... Sesaja aku duk menyempil sambil slow-slow belek draft proposal diorang...
Aku tengok jer gambar dalam proposal diorang, slow-slow aku cakap, TAK SESUAI ni utk supply pada tentera... Ni MP5 ni utk tempur jarak dekat boleh la sebab peluru dia blablabla MP5A2 jarak efektif tembakan hanya 200 meter blablablabla bukan military standard blablabla
Diorang tengok aku atas bawah, sebab aku pakai seluar pendek, t-shirt lusuh... Pastu diorang tanya.. "Apa yang sesuai?"
Aku jawab HK-416 A5 full-sized rifle 505mm...!
Diorang cakap - susah nak dpt liaise ngan Heckler & Koch.. Aku cakap, carik jalan... propose ni pada gomen...
Esoknya diorang datang lagik - Jumpa aku jer tunjuk kat aku 2 gambar saja :- Bushmaster ACR dan FN SCAR.. Aku hanya kata "HK-416!"
Tak puas hati lagik tu.. diorang bawak ntah sapa ntah ada Kolonel (B) dalam bizkad dia - lepak De Palma tu... tunjuk balik Bushmaster AC dan FN SCAR.. Aku tolak ngan jari gambar tu... aku cakap HK-416! - diorang citer pasal ACR dan SCAR tu macamlah aku yg nak kener buat decision nak beli apa hahahahha... Aku bagi cadangan jer..
Ding dong ding dong... beberapa bulan pastu keluar tender untuk membekalkan HK-416 kahkahkahkah... aku dah cakap... PADAN MUKA
Aku ni Pakar Senjata Counter Strike tawww