Lebih baik diserahkan saja urusan pentadbiran negara kepada pemimpin negara samada di federal atau negeri

Lebih baik diserahkan saja urusan pentadbiran negara kepada pemimpin negara samada di federal atau negeri. Keputusan mereka yg betul akan diganjari Allah dan jika keputusan mereka salah, moga Allah mengampuni mereka dan mendorong mereka ke jalan yg betul.
Khilaf paling tidak waras di Malaysia hari ini ialah khilaf mazhab politik/kerajaan. Pelbagai kaedah politik pelik akan direka atau hujah "maal faariq" & " faasidul i'tibaar akan digunakan.
Mungkin kerana banyak menghadapi konflik politik yg tidak berhenti, para imam mazhab khususnya Imam Syafie berhenti daripada menjadi pegawai kerajaan di Yaman lalu menumpukan semula kepada pengembangan ilmu...
Saya fikir adalah lebih baik untuk diri ini menceburi ruang FIQH MUALLAF bersama para pendakwah saudara baharu pula... Lama dah minat nak join... Kalau ada khilaf pun, masih harmoni.
*Saya bukan nk letak jawatan kecuali jika dilantik jadi senator saja!

Jemputan dari Tok Mat moh poi open house Hari Rayo Tok mat

Jemputan dari Tok Mat...moh poi open house Hari Rayo Tok mat..
Asalamualaikum & Salam Sejahtera,
Saya serta keluarga menjemput semua rakan-rakan FB untuk bersama sama berhari raya ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri, pada hari Ahad ini, 10 Syawal 1439 H/ 24hb Jun 2018 di rumah kami Kg Tanjung, Rantau, Negeri Sembilan.
Majlis bermula dari jam 10.00am hingga 4.00pm. Maaf saya menjemput melalui FB sahaja.
Tolong panjangkan juga jemputan saya kepada semua rakan-rakan yang lain.
Terima Kasih dan Salam Hormat.

Ambo dan Ustaz Nik Omar UNO dalam perjalan ke Putrajaya

Ambo dan Ustaz Nik Omar (UNO) dalam perjalan ke Putrajaya. UNO diantara penyumbang terbesar kepada kemenangan di Putrajaya. Insyallah jasa UNO tidak akan dilupakan.
Ambo yakin jasa UNO dan Haji Husam Musa yang membawa UNO ke arena politik tidak akan disia-siakan Tun Mahathir dan Pakatan Harapan. Usaha murni Haji Husam Musa sehingga sanggup mengangkat UNO sebagai MB Kelantan tidak akan dilupakan.
Mereka berdua perlu berada dalam posisi penting dalam kabinet kerajaan Malaysia dan menjadi jambatan antara Pakatan Harapan Kelantan dengan Kerajaan Malaysia. Doakan semoga Haji Husam Musa dan UNO akan diletakkan diposisi yang penting dalam kabinet kerajaan perseketuan.
Diharap keluarga besar Nikmatillah juga turut sama berdoa untuk UNO. Insyallah posisi UNO dalam kabinet kerajaan persekutuan akan memberi kebaikkan kepada seluruh rakyat Malaysia. Insyaallah.
Jom kita berlumba-lumba membuat kebajikan!

SIRI I DEMOKRASI MENURUT NERACA AL QUR AN DAN AL SUNNAH

[SIRI I] DEMOKRASI MENURUT NERACA AL-QUR’AN DAN AL-SUNNAH
1. DEFINISI:
Demokrasi merupakan suatu sistem pemerintahan yang dasarnya dibentuk oleh suara majoriti, sesuatu bangsa, dalam menetapkan sesuatu keputusan kenegaraaan sama ada pemilihan pemimpin atau bidang legislatif [تشريع], dan pensyari’atan konstitusi. Ia berasal daripada perkataan Yunani iaitu demo yang bermaksud bangsa, atau kaum. Juga perkataan kratos yang bermaksud kuasa, legislative, dan penetapan kuasa autoriti.
[Oxford English Dictionary, Merriam-Webster Dictionary]
Sekalipun berbeza-beza perlaksanaan dan mempunyai pelbagai corak, ada yang mengamalkan demokrasi sepenuhnya secara republik dan demokrasi berperlembagaan; dan dalam kalangan itu, ada yang masih mengamalkan sistem raja berpelembagaan; namun asasnya masih lagi sama sahaja menurut definisi yang dinyatakan di atas, malah tidak membatalkan maknanya sedikitpun.
2. KEBATILAN DEMOKRASI:
2.1. SYIRIK (PENYEKUTUAN TERHADAP ALLĀH)
Demokrasi menuntut suara majoriti yang terdiri dalam kalangan orang-orang tertentu yang dipilih melalui sistem pilihanraya untuk menggubal atau mempersetujui atau menolak sesuatau perkara. Apabila berlakunya hal yang sedemikian, ia memberi hak legislative dan penetapan hukum kepada selain Allah dalam urusan keduniaan, yang seharusnya menurut syari’at dan batas-batasnya, apatahlagi dalam urusan keagamaan yang mana agama ini merupakan milik Allah sahaja secara mutlak, dan bukannya milik kemanusiaan secara rambang.
Dasar ini menyelisihi firman Allah di dalam al-Qur’an:
مَا تَعْبُدُونَ مِن دُونِهِ إِلَّا أَسْمَاءً سَمَّيْتُمُوهَا أَنتُمْ وَآبَاؤُكُم مَّا أَنزَلَ اللَّهُ بِهَا مِن سُلْطَانٍ ۚ إِنِ الْحُكْمُ إِلَّا لِلَّهِ ۚ أَمَرَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
“Tidaklah kalian menyembah yang selain-Nya (Allah) itu, melainkan hanya nama-nama yang kalian sendiri namakan, kalian dan bapa-bapa kalian, tidaklah Allah menurunkannya dari sisi kekuasaan-Nya, Hanyasanya penetapan (hukum) itu milik Allah semata, Dia telah memerintahkan kalian agar tidak kalian menyembah kecuali hanya kepada-Nya semata, demikianlah agama yang lurus, akan tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui.” (Yusuf: 40)
Firman Allah di dalam al-Qur’an:
اتخذوا احبارهم ورهبانهم أربابا من دون الله
“Mereka mengambil orang-orang ‘alim serta para rahib mereka sebagai Tuhan (yang ditaati) selain Allah..” (at-Taubah: 31)
Mereka melantik wakil-wakil, lantas wakil-wakil tersebut mewujudkan konstitusi atau perlembagaan yang bercanggah dengan hukum Allah ta’ala yang pasti, sedangkan hukum & ketetapan, hanyalah milik Allah semata-mata, tiada yang lain bagi-Nya, firman Allah di dalam al-Qur’an:
ولا يشرك في حكمه أحدا
“Dan Dia tidak mengambil seorang pun sebagai sekutu bagi-Nya dalam menetapkan hukum (ketetapan).” (al-Kahf: 26)
Tiada wakil-wakil yang berhak menukar hukum, sama ada dia Perdana Menteri atau apa-apa menteri pun dalam apa-apa parti pun ia. Tiada sekutu bagi Allah dalam ‘ibadah, dan tiada sekutu bagi-Nya dalam penetapan hukum. Firman Allah di dalam al-Quran:
قُلْ إِنِّي عَلَىٰ بَيِّنَةٍ مِّن رَّبِّي وَكَذَّبْتُم بِهِ ۚ مَا عِندِي مَا تَسْتَعْجِلُونَ بِهِ ۚ إِنِ الْحُكْمُ إِلَّا لِلَّهِ ۖ يَقُصُّ الْحَقَّ ۖ وَهُوَ خَيْرُ الْفَاصِلِينَ
“Katakanlah (Wahai Muhammad): Sesungguhnya aku di atas bukti daripada Tuhanku, namun kalian mendustakan terhadapnya. Tiadalah kuasa di sisiku akan apa yang kalian minta segerakan (azab), hanyasanya Hukum (ketetapan) itu hanya milik Allah semata, Dia yang menyatakan kebenaran, dan Dialah sebaik-baik yang menetapkan.”
Demokrasi juga bertentangan dengan firman Allah di dalam al-Qur’an yang menyoal adakah wujud selain Allah yang menetapkan hukum, yang berani mencabar ketetapan Allah secara mutlak dengan majoriti, firman Allah:

أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُم مِّنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَن بِهِ اللَّهُ ۚ وَلَوْلَا كَلِمَةُ الْفَصْلِ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ ۗ وَإِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
“ Adakah bagi mereka sekutu-sekutu (selain Allah) yang mensyari’atkan (membuat hukum) bagi mereka dalam urusan dalam sebahagian urusan agama mereka, yang tidak diizinkan oleh Allah. Kalaulah tidak kerana keputusan penundaan azab dari-Nya maka pasti sudah terlaksana azab ke atas mereka, Sesungguhnya orang-orang zalim itu benar-benar bagi mereka azab yang pedih.”
2.2 UNSUR TARSHĪH
Unsur tarshīh bermaksud pencalonan. Pencalonan merupakan suatu proses permintaan kuasa atau jawatan tertentu, hal ini menyelisihi arahan Nabi sallallahu ‘alayhi wasallam, di dalam hadis ‘Abd al-Rahman bin Samurah, Nabi sallallahu ‘alayhi wasallam bersabda:
لَا تَسْأَلْ الْإِمَارَةَ فَإِنَّكَ إِنْ أُعْطِيتَهَا عَنْ مَسْأَلَةٍ وُكِلْتَ إِلَيْهَا وَإِنْ أُعْطِيتَهَا عَنْ غَيْرِ مَسْأَلَةٍ أُعِنْتَ عَلَيْهَا
“Jangan kau meminta kepimpinan (jawatan), kerana sesungguhnya kau, sekiranya kau, diberikan jawatan dengan permintaanmu disebabkan cita-citamu, maka kau akan diserahkannya tanpa ditolong (menanggung seluruh bebannya). Tetapi, sekiranya engkau diberikan kepimpinan tanpa meminta (ditugaskan tanpa cita-citamu), maka kau akan ditolong (untuk mengatasinya).” (Diriwayatkan dalam al-Sahihayn menerusi hadis Abd al-Rahman bin Samurah)
Adapun yang meminta jawatan dengan berdalilkan firman Allah berkenaan permintaan Nabi Yusuf kepada pemerintah Mesir ketika itu untuk menjadikannya menteri perbendaharaan, untuk membenarkan tindakan meminta jawatan, firman Allah:
قَالَ اجْعَلْنِي عَلَىٰ خَزَائِنِ الْأَرْضِ ۖ إِنِّي حَفِيظٌ عَلِيمٌ
“(Yusuf) telah berkata: Jadikanlah aku bendaharawan negara (Mesir), sesungguhnya aku ialah orang yang pandai menjaga dan berpengetahuan.”
‘Ulama’ menjelaskan kebolehan tersebut dengan syarat bahawa dia yakin kelayakkannya hanya terhad kepada dirinya sahaja hingga sekiranya orang lain memegangnya maka diyakini akan berlakunya kemudharatan yang lebih besar, hal ini kerana Yusuf meyakini bahawa dia seorang yang ahli dalam bidang tersebut, dan hanya dia seorang yang beriman kepada Allah ketika itu. Perbahasan mengenai ini dijelaskan di dalam bab yang lain.
Adapun secara umum dan muhkam, meminta-minta jawatan adalah tidak dianjurkan oleh nas syarak, manakala demokrasi pula melanggar prinsip nubuwwah ini.
Kepimpinan didapati melalui aqidah yang sejahtera dan kesabaran dalam menempuhi jalannya (ilmu dan kepakaran), ‘ulama berkata:
بالصبر واليقين تنال الإمامة في الدين
“Dengan kesabaran & keyakinan, akan tercapailah kepimpinan dalam agama.”
Hal ini dinyatakan oleh Shaikh-ul Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah berdasarkan firman Allah di dalam al-Qur’an:
وجعلنا منهم أئمة يهدون بأمرنا لما صبروا وكانوا بآءياتنا يوقنون
“Dan Kami jadikan dari kalangan mereka pemimpin-pemimpin yang memimpin dengan arahan Kami, selama mana mereka bersabar dan mereka itu, dengan ayat-ayat Kami, merupakan orang-orang yang yakin.” (Sajdah: 24)
Para sahabah ridhwanullah ‘alayhim tidak pernah meminta jawatan, malahan Abu Bakr dibai’at oleh Umar dan Abu ‘Ubaydah, ‘Umar dipilih oleh Abu Bakr, manakala ‘Uthman dipilih oleh beberapa orang sahabat yang dicalonkan oleh ‘Umar dan dipimpin oleh ‘Abd al-Rahman ibn ‘Auf, ‘Ali pula dipilih secara majority sahabat (orang yang berkelayakan) dan pimpinan ahli Hijaz & ‘Iraq.
2.3 PRINSIP KESAMARATAAN HAK
Demokrasi mempromosikan prinsip kesamarataan hak dan quota antara semua manusia, seperti hak memilih, hak menentukan juga hak menerima dan menolak. Tanpa pengira sama ada seseorang itu Muslim atau Kafir, mempunyai ‘ilmu atau jahil, berkelayakan dan berkepakaran, atau hanya ikut-ikut, fanatism, semngat kepuakan? Bertambah lagilah bencana ini, apabila demokrasi mempunyai unsur kepartian.
Prinsip ini bertentangan dengan arahan Allah di dalam sekian banyak firman-Nya di dalam al-Qur’an, antaranya firman Allah di dalam al-Qur’an:
هل يستوى الأعمى والبصير أفلا تتفكرون
“Adakah sama keadaan orang yang yang buta (kafir) dengan orang yang celik (mukmin), maka apakah tidak kalian berfikir?” (al-An’am: 50)
Allah menyatakan pemisahan antara kuffar dengan mukminin dalam kehidupan seharian, di dalam negara kaum Muslimin, ahli dhimmah (orang-orang kafir yang duduk dan taat kepada pemerintah kaum Muslimin) tidak diberi hak kepimpinan atasan, kerana telah makruf dalil di dalam al-Qur’an akan larangan menjadikan orang-orang kafir secara umum, sebagai pemimpin dan orang-orang yang dicintai, seperti dalam surah al-Ma’idah, ayat 57.
Adapun melantik mereka untuk menyandang beberapa jawatan yang memberi manfaat kepada kaum Muslimin, maka hal ini dibolehkan selagi kuasa autoriti teragung negara terletak ditangan orang islam.
Firman Allah di dalam al-Qur’an:
أفنجعل المسلمين كالمجرمين. ما لكم كيف تحكمون. أم لكم كتاب فيه تدرسون
“Maka apakah kita hendak menjadikan orang-orang Muslim sama seperti orang-orang yang berbuat dosa (kafir), Apa sudah jadi kepada akal kamu? Bagaimana kamu menetapkan hokum (yang terang-terang salah itu)? Tidakkah kamu mempunyai Kitab (dari Allah) yang kamu pelajari.” (al-Ma’arij: 35-37)
Ayat ini sekali lagi menjelaskan kelebihan hak seorang Muslim berbanding seorang kafir, sekiranya walaupun seseorang kafir itu ahli dhimmah, maka apatahlagi yang selainnya yang tidak mempunyai keahlian yang sepatutnya dalam urusan sebesar kepimpinan dan penetapan hukum?!
Firman Allah di dalam al-Qur’an:
يرفع الله الذين ءامنوا منكم والذين أوتوا العلم درجات
“Allah mengangkat darjat orang-orang beriman dari kalangan kamu; dan juga orang-orang yang diberi ‘ilmu, dengan beberapa darjat.” (al-Mujadalah: 11)
Berdasarkan ayat ini, Allah mejelaskan kedudukan seseorang manusia berbeza-beza menurut iman, ilmu dan taqwa, iman dan taqwa merupakan neraca penilaian di sisi Allah, ilmu merupakan neraca penilaian di sisi manusia untuk dijadikan seseorang itu bermanfaat kepada yang lainnya, serta memimpin yang lain ke jalan maslahah. Tidak semua orang yang mempunyai ilmu yang sama, basirah yang sama, yang dikurniakan Allah untuk melihat beberapa perkara tertentu.
Sekiranya kita menyamaratakan manusia, maka kita telah melakukan kezaliman kerana kezaliman itu ialah meletakkan sesuatu bukan pada tempat dan haknya, manakala keadilan itu ialah meletakkan sesuatu kena pada tempat dan benar pada haknya. Keadilan itu sama sekali bukannya kesamarataan. Kesamarataan itu, bukannya fitrah salimah yang ditetapkan Allah kepada warga kemanusiaan.
2.4 DEMOKRASI MENYEBABKAN PERPECAHAN
Melalui politik kepartian yang diamalkan dalam sistem demokrasi, kewujudan parti-parti dan organisasi-organisasi yang berpecah-belah dan saling memenangkan agenda masing-masing demi merebut kuasa, sambil merancakkan pergaduhan dalam kalangan ummah, hal ini bukanlah perkara yang menepati syari’at Islam dan nilai-nilai kemanusiaan yang sejati dalam persaingan yang sihat. Realiti kini membuktikannya. Merupakan suatu lumrah bahawa politik kepartian dan hizb-hizb tertentu, bahkan menyerupai identiti keagamaan yang bakal membawa semangat individualistik kumpulan dan kelompok, firman Allah di dalam al-Quran:
من الذين فرقوا دينهم وكانوا شيعا كل حزب بما لديهم فرحون
“Iaitu orang-orang yang memecah-belahkan agama mereka (meninggalkan agama Tauhid dan menganut pelbagai kepercayaan menurut keinginan mereka), dan mereka menjadi beberapa golongan, setiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada mereka.” (al-Rum: 32)
Hal ini akan membawa kepada perpecahan, perselisihan dan persengketaan sesama umat manusia terutamanya kaum Muslimin, apabila virus demokrasi merebak di kalangan mereka. Hal ini bertentangan dengan firman Allah yang mewajibkan kesatuan di atas aqidah Tauhid dan pengikutan terhadap al-Quran sebagai satu ummah, firman Allah:
واعتصموا بحبل الله جميعا ولا تفرقوا واذكروا نعمت الله عليكم إذ كنتم اعدآء فألف بين قلوبكم فأصحتم بنعمته إخوانا
“Dan berpegang teguhlah dengan tali Allah (agama-Nya) dan janganlah berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Tuhanmu terhadapmu ketika kamu dulu (ketika jahiliah) bermusuhan, lalu Allah menyatukan hatimu sehingga dengan nikmatnya (agama-Nya) kamu menjadi saudara.” (Ali ‘Imran: 103)
Allah juga mengarahkan agar manusia bersatu di bawah agama-Nya dan menyembah satu Tuhan sahaja, Tuhan itulah yang mencipta, berhak disembah, dan diserahkan kepada-Nya segala ketetapan, firman Allah di dalam al-Quran:
وإن هذه أمتكم أمة واحدة وأنا ربكم فاتقون. فتقطعوا أمرهم بينهم زبرا كل حزب بما لديهم فرحون.
“Sesungguhnya (agama Tauhid) inilah agama kamu, (agama yang satu), dan Aku adalah Tuhanmu, maka bertaqwalah kepada-Ku”, kemudian mereka terpecah-belah dalam urusan agamanya menjadi beberapa golongan, setiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada mereka (masing-masing).”(al-Mu’minun: 52-53)
Selepas Allah mengarahkan agar bersatu dan tidak berpecah, lantas manusia berpaling dari arahan-Nya dan berpecah-belah dengan pelbagai identiti yang berlainan dari idenditi agama Tauhid lantas mereka saling berbalah-balahan sesama mereka. Begitulah intinya demokrasi, sudahkan berbalah dan merosakkan komuniti dengan manifesto yang ditabur janji, merebut kuasa dan kepimpinan dari tangan yang berhak dan wakil-wakil yang murni (ahl al hall wa-l ‘aqd), hatta berani mencabar hak veto Allah dalam penetapan hukum dan suruhan serta larangan, dengan hanya undian majoriti yang juga merupakan suara makhluk yang terhasil dari titisan air mani.
Perpecahan seperti itu dilarang oleh Allah sama sekali, manakala demokrasi memarakkan larangan Allah ini agar dipraktikkan dalam kalangan manusia, dengan melapikkan atas alasan “persaingan sihat”, atau “demokrasi terpimpin” dan sebagainya di kalangan syi’ar jahiliyah mereka.
2.5 KUASA MAJORITI
Demokrasi mempunyai jiwa, dan jiwa bagi demokrasi ialah majoriti sepertimana bangsa dan rakyat ialah anggota badannya yang melaksanakan sistem ini. Mengambil kira status majority merupakan salah satu tuntutan syarak, namun menjadi suatu kebatilan apabila kita memberikannya kepada bukan ahlinya, malah secara rambang dan rawak kepada sekelompok besar manusia yang sudah pasti cenderung kepada hawa nafsunya. Berilah beribu alasan, siapa yang lebih mengenali manusia daripada Penciptanya?! Firman Allah di dalam al-Quran:
وإن تطع أكثر من في الأرض يضلوك عن سبيل الله إن يتبعون إلا الظن وإن هم إلا يخرصون
“Dan jika kamu mengikuti kebanyakkan manusia di atas muka bumi ini, pasti mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah, tidaklah yang mereka ikuti itu hanyalah sekadar sangkaan dan hanyalah melakukan pembohongan.” (al-An’am: 116)
‘Uthman dilantik menjadi Khalifah hasil daripada majoriti!
Namun, ianya majoriti ahli Shura yang berautoriti membincangkan perkara sedemikian di dalam satu sesi khusus tertentu. Seperti yang dijalankan oleh ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf, atas arahan dan wasiat ‘Umar ibn al-Khattab.
Tidak pernah Rasulullah dan para Sahabah mengajak manusia untuk mengundi, memilih sesiapa atau apa-apa keputusan menurut majoriti secara rawak, bahkan mesyuarat Shura akhirnya akan dibincangkan oleh badan berautoriti yang tertinggi untuk ditetapkan sebagai keputusan negara. Itupun terkait dengan wahyu, daripada Kitabullah dan al-Sunnah.
Jelaslah, majoriti rawak merupakan suatu prinsip yang menyelisihi neraca keadilan yang ditunjukkan oleh Islam, kerana umum manusia tidak berpegang pada agama Allah sekalipun mereka Muslim secara dhahir, Allah berfirman di dalam al-Quran:
وقليل من عبادي الشكور
“Dan amat sedikit sekali hamba-Ku yang bersyukur.” (Saba’: 13)
2.6 MEMPERTIKAI HUKUM AGAMA YANG JELAS
Demokrasi kini meletakkan perlaksanaan hukum-hakam agama yang jelas secara qath’i di takuk perbincangan, sama ada relevan atau tidak perlaksanaannya di dalam negara sivil yang melaksanakan demokrasi tersebut. Hal ini amat bertentangan dengan hukum Allah yang menganjurkan shura itu berlaku dalam kalangan umat Islam, tentang perkara yang berkaitan dengan mereka sahaja tanpa mengganggu ketetapan agama Allah. Firman Allah di dalam al-Quran:
والذين استجابوا لربهم وأقاموا الصلاة وأمرهم شورى بينهم ومما رزقنهم ينفقون
“Dan bagi orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhan mereka, dan mereka mendirikan salat, sedangkan urusan mereka diputuskan dengan musyawarah di antara mereka dan mereka menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepadanya.” (Shura: 38)
Jika diperhatikan dengan teliti, maka akan terzahirlah keindahan bahasa yang digunakan oleh Allah di dalam al-Quran.Dalam ayat yang di atas, Allah menggunakan menyebut وأمرهم dengan dhamir هم dengan khitab yang ditujukan kepada manusia, dan bukannya وأمرنا yang dhamirnya kembali kepada Allah, menunjukkan bahawa perkara yang dibincangkan hanyalah perkara yang bukan qat’i, bahkan perkara-perkara dhanni & ijtihadi dalam masalah mu’amalah sesama manusia.
Sekiranya seseorang mengatakan politik merupakan salah satu cabang mu’amalah yang bersifat ijtihadi, dia benar. Namun, cara perlantikan pemimpin sudah menyelisihi aturan agama, apatahlagi mencabar ketetapan-ketetapan agama, atas dasar ini sistem ini tertolak bukan kerana nama atau dhahirnya, namun kerana sifatnya dan intinya. Bahkan, bukan sebegini politik yang dituntut oleh syarak. Eksperimen dunia membuktikan kezaliman sejagat yang berlaku sepanjang perlaksanaan demokrasi dan pemerasannya ke atas negara-negara tertentu.
Memang benar, politik dan kepimpinan ialah ruang faraghat (kosong) yang harus diisi dengan kekreatifan manusia sejagat, namun apabila ia menghalang perlaksanaan agama Allah dan maslahat yang qat’i, (sudah pasti aspek penjagaan tertinggi dalam perkara yang 5 ialah hifz al-din, iaitu penjagaan terhadap agama), sekiranya sesuatu sistem menghalang perlaksanaan agama Allah, sepertimana agamanya Rasulullah dan para Sahabah, maka sistem itu tertolak serta-merta.
Lainlah, jika kita tidak punya agama, tidak punya al-Kitab yang memimpin, dan tidak punya aturan dan batasan agama, lantas bisa mencipta itu dan ini, menghalalkan itu dan ini, mengharamkan itu dan ini, tanpa sedar menjadikan hawa nafsu sebagai Tuhan selain Allah dalam keta’atan, selain golongan ahli parlimen yang dijadikan arbāb (Tuhan-Tuhan) dalam pensyari’atan. Jika kita tidak punya agama Tauhid, maka, demokrasi menjadi pembela buat agama baru songsang kita itu, yang memelihara syirik atas dasar kebebasan hak asasi manusia, mensyariatkan kekufuran atas dasar adat kebiasaan dan hak golongan-golongan tertentu; lantas menggunakan pelbagai kaedah-kaedah fiqh untuk membenarkan tindakan kekufuran yang jelek lagi keji itu. Alhamdulillah atas rahmat dan kasih sayang Allah terhadap hamba-hambaNya, Allah menyediakan Al Quran dan al-Sunnah sebagai pembimbing hamba-hambaNya menuju ke jalan yang benar.
Team al-Muwahhidūn.
Xem bản dịch

Ayuh kita bantu saudara kita di Pulau Omadal pula

Ayuh kita bantu saudara kita di Pulau Omadal pula. Misi pertama MediCOM ke sana untuk melihat lebih dekat nasib mereka yang jauh ketinggalan dari segi dakwah dan pembangunan. Difahamkan lebih dhoif daripada Pulau Mabul.
Semoga Allah permudahkan segala urusan dan berakhir dengan baik.
Kepada yang ingin menyumbang sila salurkan terus ke akaun berikut:
Maybank
5624-7816-7234
MediCOM Malaysia
Sila maklum setiap sumbangan kepada Bendahari Ishak Dollah melalui whatsApp atau SMS di talian 013-403 9760
Semoga Allah memberkati setiap sen yang disumbangkan untuk tujuan dakwah dan digantikan dengan rezeki yang lebih baik.

Hj Idris Haji Ahmad Naib Presiden PAS 3 5 18 Keputusan Di London Orang Malaysia Pula Resah

Hj Idris Haji Ahmad
Naib Presiden PAS
3/5/18
Keputusan Di London, Orang Malaysia Pula Resah.
Apabila keputusan mahkamah Tinggi London arah Sarawak Report bayar £41,400 ((RM240,120) kepada TG Haji Abd Hadi. Nampaknya skrip kempen untuk hentam PAS di dalam PRU 14, tidak menjadi. Terpaksa mencari idea lain pula. Biarkan mereka mencipta berjuta fitnah, kita tidak gentar dan takut. Kerana kita dipihak yang benar.
Kita minta pertolongan dengan Allah, puak fitnah minta tolong kepada makhluk. Kita yakin, golongan yang benar akan menang, walau pun nampak lemah. Puak pemfitnah, nampak kuat, tetapi mereka lemah. Tidak ada kekuatan dan jati diri. Makanan mereka nafsu dan sumber haram sebab itu mereka tidak ada perasaan takut kepada azab Allah.
Kalau yang fitnah itu bukan Islam, padanlan dengan mereka. Tetapi amat malang, ada yang membawa fitnah ini ialah orang Islam. Ada yang dahulu, cakap soal tarbiah dan dakwah, sekarang menjadi penyambung lidah fitnah kononnya PAS dapat wang RM90 juta daripada Umno. Sudah hilang adab dan akhlak.
Benarlah Firman Allah SWT bermaksud “ Berusaha merancangkan rancangan jahat, sedangkan rancangan jahat itu tidak menimpa melainkan kepada tuan yang merancang jahat” (Fatir :43.)
InsyAllah, rancangan jahat fitnah mereka akan memporak poranda kumpulan mereka sendiri. PAS terus mara dan mekar melangkah gagah dengan ahli yang istiqamah dengan Islam. Musuh PAS bertambah cemburu, apabila fitnah tidak menjadi.

Kita Banyak masa diguna mencari keperluan hingga tersisa sedikit untuk kewajipan

Kita.
Banyak masa diguna mencari keperluan hingga tersisa sedikit untuk kewajipan.
Keperluan semakin banyak, kewajipan semakin tidak sempurna.
Bertuhan hanya ketika diuji,bersyukur hanya bila kehilangan.
Yang kita suka putih, yang kita benci hitam.Sedangkan, kita masih ada biru,merah,hijau,oren,ungu, kuning dll.
Yang kita pentingkan 'aku', yang sering terabai 'kita'.
Selalu kita meminta, jarang sangat kita memberi .
Yang selalu betul itu kita, yang selalu salah itu mereka.
Yang hebat itu aku, yang lemah itu dia.
Dalam menjadi seorang manusia, sering kita terlupa,kita sebenarnya seorang hamba.
(ulang siar catatan 2 Disember 2014)

Salam ki Nak tanya tukar minyak oil filter viva berapa

Salam ki. Nak tanya tukar minyak + oil filter viva berapa? Lokasi klang.
Waalaikumussalam. Rm170 nunu.
Pakai minyak apa ki? Petrocanada ke mannol?
Yang ni pakai mannol. Kalau nak petrocanada mahal sikit. Sebab botol 4L.
Oh. Kereta aku ni dah lama tak jalan. Ingat nak mintak kau tolong tengokkan sekali.
Yeke. Kereta boleh start tak? Kalau tak boleh start, try cas dulu bateri tu.
Bateri dah kong dah. Dah hantar pegi cas haritu.
Oh. Kalau macam tu, tukar la bateri baru dulu.
Bila nak datang ki? Nak datang sekarang pun boleh.
Okey nunu. Aku datang sekarang.
-------------------
Sampai2, memang condition setahun tak jalan.
Tayar takdak angin.
Dashboard berhabuk.
Coolant dalam radiator kurang.
Tayar belakang tahun 2011.
Yang lain semua okey.
Member puji bagus servis macam ni.
Sebab dia nak hantar kat bengkel takut benda lain yang kena tukar.
Nak pakai kereta ni semula sebab outstation.
Terima kasih owner.
Juga sahabat kresma.

Baru terima mesej ada sahabat FB bertanya

Baru terima mesej, ada sahabat FB bertanya,
Nuna u terima tak kes orang miskin bukan islam?
YES, MESTILAH !
SEMUA BANGSA & AGAMA YANG PATUT DIBANTU KITA MESTI BANTU.
Agama saya suruh tolong semua orang.
I don't care kalau ada orang tak setuju I will try to do my best for everyone ❤️
And semua yang berkongsi rezeki untuk projek2 kecil saya ni pun terdiri daripada pelbagai bangsa & agama.
THANK U ?
I LOVE U ?

Kenali Calon Gagasan Sejahtera Negeri Kedah

Kenali Calon Gagasan Sejahtera Negeri Kedah
Dr Mohd Ali Sulaiman, seorang pakar dalam bidang semikonduktor dan teknologi solar bakal diturunkan selaku calon yang akan membawa mandat Gagasan Sejahtera Negeri Kedah. Saintis genius ini membuktikan PAS tetap menjadi pilihan golongan Professional dan berpendidikan tinggi.
Klik untuk like fb page Dr Haji Mohd Ali
https://www.facebook.com/Dr-Mohd-Ali-Sulaiman-234417800633…/
Di mana beliau bertanding?
Tunggu pengumuman calon GS yang akan diadakan pada 9.00 malam, 19 April ini di Kompleks PAS Kedah.
Jom pakat pi....
#UP
#GagasanSejahtera
#KDH2018
#MembinaNegaraSejahtera