7 SAINS KSSM MBINA MINDA SAINS MURID Aku di tengah2 KL di Tingkat 13A Hotel ni tak ada Tingkat 14 Aku nak ucapkan terima kasih kepada 1K shares dan ratusan respon status aku tentang Sains KSSM Ting 1

#7 - SAINS KSSM - MBINA MINDA SAINS MURID !
Aku di tengah2 KL, di Tingkat 13A. Hotel ni tak ada Tingkat 14. Aku nak ucapkan terima kasih kepada > 1K shares dan ratusan respon status aku tentang Sains KSSM Ting. 1. Aku terima semua pendapat utk dibaca, ada 2 respon yang aku deleted kerana ‘bahasa’ yang kurang sesuai. Ada juga aku sanggah sebab lari dari tajuk. Terima kasih kerana anda prihatin, walau apapun pendapat anda.
Sains bukan buku teks !
1. Sains mempunyai konsep yang saling berkaitan dan berkembang, spt maths, maka tanpa asas... maka tiada sains.
2. Murid memang seorang observer semulajadi, sekolah perlu menggunakan advantage ini utk memupuk minat sains... bukan membantutkannya dgn buku teks yg tebal
3. Sains kpd murid2 adalah mempelajari persekitaran mereka sendiri bukan tentang jargon. Ia tentang memupuk curiousity. Contoh soalan "Why do you think this happen ?" adalah pertanyaan asas dalam sains. Murid cuba memberikan ramalan kenapa suatu itu berlaku.. maka ‘sesuatu yang berlaku itu’ perlu diuji dan hasilnya diukur – Inilah hipotesis.
4. Dapatan dari ujikaji / eksperimen boleh membuktikan ramalan murid dan membolehkan dia kemudiannya membuat inference. Dapatan yang sama jika replicated berkali2 akan menghasilkan ‘satu teori’ dan ‘teori’ ini boleh digunakan utk meramal dgn lebih tepat apa yang bakal terjadi dalam situasi akan datang. Inilah asas minda sains.
5. Semua #4 di atas sebaiknya berlaku secara ‘learning by doing’ tanpa perlu pun melibatkan dulu jargon spt hipotesis dan inferens. Malah tak perlukan guna perkataan eksperimen untuk ‘melakukan sains’. Perbanyakkan aktiviti dan dalam masa yang sama berkomunikasi dgn murid sambil mengacukan soalan2 terbuka – what, how dan why? Ini adalah asas membina minda KBAT murid - bukn kecoh reka soalan bbelit2..
6. Sains membenarkan murid membuat kesalahan dalam membuat ramalan apa yang berlaku. Kesalahan adalah kelaziman dalam memahami sains. Biar murid membina kefahaman dia dahulu, maka kewujudan miskonsepsi, alternative conception atau preconception adalah lazim...
7. Aku realistic... pemahaman murid berbeza2, ada yang cepat dan ada yang lambat. Maka, memberi penjelasan tentang sains perlukan masa supaya mengurangkan murid menghafal tanpa memahaminya. Learning by doing akan membantu menjadikan penjelasan yang abstract lebih concrete.
8. Children are passionate about science.. naturally. Maka sudah semestinya sekolah dan guru serta ibubapa menjadi pendorong membangunkan minda sains murid dari naluri ini. Memupuk passionate terhadap sains bukan bermakna semua murid akan terus minat sains dan menjadi saintis.. Ramai jer murid meminati bidang lain – ini suatu yang normal. Yang penting, mereka tidak meninggalkan sains kerana benci disumbat dgn fakta yang banyak sampai terasa benak.
9. Minda sains spt tidak dibentuk… jika persekitaran pembelajaran tidak berorientasikan sains tapi berorientasikan buku teks… menumpu kepada ‘nak jawab exam’ dan mendapat sebanyak mungkin As. Memang senang nak beri komen… tapi kalau tak komen…. ada ratusan ribu anak2 diluar sana yang mendapat kesannya… malah berjuta jika dikira dari Tahun 1 sampai Ting. 3 ! Dont you feel anything ?
10. Aku tahu, semua pihak berusaha sedaya upaya… tetapi pandangan ‘alternatif’ serta keupayaan mbuat ‘reflection’ juga perlu.
Aku tak nak tulis pasal ekonomi sebab itu bukan bidang aku. Aku tak tulis pasal politik, sebab itu juga bukan bidang aku. Aku menulis dalam bidang yang aku ada sedikit pengetahuan dan pengalaman mengenainya.. pendidikan sains !
OT
Xem bản dịch
28/03/2019
4 Komen:
Siti Hafiza
28-03-2019, 02:05:29
Saya baca dan saya rasa sebak.....SAINS ITU SANGAT DEKAT DENGAN KEHIDUPAN KITA..DENGAN PENCIPTA KITA......Saya Mahu semua anak didik saya suka belajar Sains...terima kasih DROT kerana cakna dengan masalah ini....SEBAK
Rosita Zain
28-03-2019, 02:05:29
Indeed tepat sekali kenyataan Dr.. tapi cuba kita kaji balik siapakah yg sebenarnya mengajar guru2 ini utk bergelar seorang guru.. adilkah kita menunding jari kepada mereka sedangkan jadinya mereka sebagai seorang guru hasil daripada ilmu yg di timba di menara gading juga...fikir2 kan lah...
Hjh E Suhartiningsih
29-03-2019, 04:32:47
Tahniah dr ot
Aiza Basri
29-03-2019, 04:32:47
Most people yang tidak digest and internalised the curriculum does not justify the right for some people to melalak di public media. Tgk the quality of some of the agent of change - they are not able bcoz yg mengajar mereka di menara gading pun tk berubah.

Tinggalkan Balasan

Tên của bạn *
Email *
Cảm nhận *