ABAH BUKAN USTAZ TAPI ABAH BERKATA BAIK Abah Hanan pilih sekolah Sains tadi Cikgu suruh pilih Hanan nak sekolah macam akak sekolah Agama tapi kelas Sains

ABAH BUKAN USTAZ, TAPI ABAH BERKATA BAIK
"Abah, Hanan pilih sekolah Sains tadi. Cikgu suruh pilih, Hanan nak sekolah macam akak, sekolah Agama tapi kelas Sains. Tapi tak ada pun, hanan pilihlah Sains. Tak apa ke abah?"
.
"Hanan, Hanan kena pilih Sekolah Agama, nanti sana ada kelas aliran Sains. Atau pilih Sekolah Agama Sains. Sebab sekolah Sains, tak ada aliran Agama"
.
"Habis dah pilih. Macam mana abah? Hanan minat Sains. Abah marah tak?"
.
"Tak apalah. Nan, kat luar sana ramai orang yang FAHAM AGAMA tu ialah orang Sains. Sebab mereka belajar dan nampak keagungan Allah tu semasa belajar, lagi praktikal. Betul dah tu Hanan pilih ?"
========================
Perbualan ni kaknan lalui semasa pilih sekolah menengah. Bijaknya abah berkata baik bila kaknan pilih sekolah bukan agama. Sedangkan, mestilah orang aliran Agama yang lagi pandai Agama kan?
Bila abah kata orang Sains ramai faham Agama di luar sana, kaknan jadi bersemangat nak faham Agama. Semangat cari Allah dalam keajaiban Sains. Cuba kalau abah marah dan kata kaknan tak pandai pilih, mesti lain kan?
Benarlah anjuran ISLAM untuk berkata baik?❤
.
Kefahaman agama itu, suatu hal asas untuk semua anak-anak. Bagaimana kita 'encourage' dan memberi kefahaman itu, yang menentukan anak-anak bawa Islam dengan indah atau sebaliknya.
Pentingnya peranan bapa dalam pembentukan emosi dan cara fikir anak-anak?❤
#kaknankongsi
#pembentukanemosisihat
29/09/2019
1 Komen:
Nur 'Atiqah Sulaiman
29-09-2019, 22:42:21
Masa sekolah rendah cikgu zainab tanya nak sekolah apa. Kita jawab sekolah sains aliran agama. Sebab tu kita terpisah ngn korang semua

Tinggalkan Balasan

Tên của bạn *
Email *
Cảm nhận *