Abuya imej Islam sekarang nampak buruk di mata dunia

"Abuya, imej Islam sekarang nampak buruk di mata dunia. Dengan sikap umat Islam sendiri dan musuh Islam yang burukkan Islam tetapi gunakan Islam...macam pengganas yang gunakan Islam walhal dunia pun tahu siapa mereka..."
Abuya Sy.Imam Ashaari Muhammad at-Tamimi ;
1. Allah swt izinkan semua ini berlaku. Dalam proses semua ini akan lahir di kalangan umat Islam golongan yang bertaqwa. Selagi golongan yang bertaqwa tidak ramai maka Allah akan biarkan. Kerana hanya kepada mereka yang bertaqwa sahaja akan diberikan bantuan dan kemenangan.
2. Supaya dunia tahu siapa Islam sebenar dan yang pura-pura. Mereka yang berlakon dan pura-pura tak boleh kekal lama? Kejatuhan empayar Usmaniah hampir 100 tahun. Dan musuh Islam serta mereka yang bertopengkan Islam sudah terserlah. Memang masanya sangat hampir tiba.
3. Allah swt nak perlihatkan kuasa-Nya. Hakikatnya Allah jualah yang membela agama-Nya. Peluang dan masa yang ada diberikan untuk melihat dikalangan hamba-hambaNya siapa yang bersungguh-sungguh ikhlas kerana Allah. Kemenangan yang Allah berikan kepada Rasul dan sahabat pun setelah lahirnya mereka yang bertaqwa dan ikhlas. Boleh sahaja Allah berikan kemenangan kepada Rasul, kepada agama-Nya tanpa tunggu kita. Semua ini hanyalah kerana Allah sayangkan hamba-hambaNya.
08/04/2019

Tinggalkan Balasan

Tên của bạn *
Email *
Cảm nhận *