Anak muda KL jantung hati Irsyad Redzuan Ismail Ibrahim 28 tahun Masuk Irsyad tahun 2003Tingkatan 1 Budak KL Duduk asrama Irsyad Lima tahun jadi warga Irsyad Habis SPM dia terus mewarisi kerja ayahnya berbekam

Anak muda KL ..jantung hati Irsyad
Redzuan Ismail Ibrahim 28 tahun
Masuk Irsyad tahun 2003Tingkatan 1.Budak KL .Duduk asrama Irsyad.Lima tahun jadi warga Irsyad.
Habis SPM dia terus mewarisi kerja ayahnya,berbekam.Tidak ramai anak muda KL minati belah cucuk kepala badan orang keluarkan darah kotor.Tetapi tidak baginya.
Hubungan ku dengannya tidak.putus walaupun dia kembali balik KL.Setiap kali ku jejak kotametropolitan KL,daku akan telefon dia.Sesibuk mana dia,akan sampai trmpat aku musafir.
Pernah aku bersama dua tiga orang guru Irsyad sampai di Pekeliling KL jam 4pagi untuk kursus maka dia datang dengan keretanya 007 membelah dingin kotaraya mengambil.kami untuk dihantar ke Sri Kembangan.
Satu petang sambil.menangis teresak-esak dia maklumkan bahawa ayahnya baru meninggal dunia.Mohon aku mendoakan ayahnya..Arwah ayahnya Hj Ibrahim pernah meraikan daku sekeluarga makan satey Kajang tika tahun 2009.
Satu pagi dia telefon aku mohon datang hari walimahnya di KL.Daku dan keluarga penuhi hajatnya.Kini sudah ada seorang cahayamata.
KL..bertuah kau punya anak muda ini.
Salmah al Farisi Muhamnad 27 tahun
Masuk Irsyad tingkatan 3 tahun 2006.Keluar Irsyad lepas PMR dan masuk semula utk SPM. Duduk di asrama.
Ibu ayahnya lebih dikenali di Langit kurang dikenali di Bumi.Orang tuanya hebat dalam dunia pendidikan,penulisan dan misi kemanusiaan. Jenama Al Ain samada majalah maupun pusat pendidikan sudah wujud era tahun 90an.Semuanya hasil keringat perjuangan orang tuanya.Kemuncak hasil dituai Universiti bakal ditubuhkan di tapak Gambang Water Park sekarang.Tapi tangan kotor politik menidakkan peluang itu.
Selain itu kewujudan Telaga Biru adalah hasil juang mereka berdua di balik tabir.
Daku pernah satu dua malam tidak tidur kerana fikirkan aksi kreativiti anak muda KL ini.Ibu ayahnya pun pernah daku jemput mengadap di Istana Irsyad.
Selepas keluar Irsyad dia kembara ke bumi Mesir.Daku tahu dia jenis buang ke mana dunia dia boleh hidup.Jika buang di Kutub Utara jadilah dia Eskimo.Dia ada seni kreativiti unik.Di Mesir,dikala dia mula kembangkan seni uniknya itu,tiba tiba dia kembali ke Malaya kerana Arab Spring.Barangkali jika dia kekal di bumi Kanaan itu sudah punyai ratusan unta ternakan.
Di Malaya,dia juga mula kembangkan empayarnya.Daku jangka dan doakan dalam masa 5 tahun,dia bakal bergelar jutawan muda.
Kini,sedang berada di bumi Bangladesh bersama bondanya untuk urus misi kemanusiaan Rohingya.Jarang anak muda KL sanggup tinggalkan asap kenderaan hiruk piruk bandaraya untuk bermain selut,menghirup debu dan menyantuni anak yatim Rohingya.
Bertuah kau KL..punya anak muda ini.
23/03/2019
9 Komen:
Ruziah Ahmad
23-03-2019, 02:04:56
Alhamdulillah
Abu Naflah
23-03-2019, 02:04:56
Salman Al Farisi Muhammad dah berapa bulan?
Salman Al Farisi Muhammad
24-03-2019, 04:35:13
Hmm.. 3 bulan
Redzuan Ismail
24-03-2019, 04:35:13
Alhamdulillah terima kasih ayahanda muallim Dhomdhom Dasuki.... semoga dipanjangkan umur untuk terus berbakti dibumi irsyad
Solehah Muhammad
25-03-2019, 04:28:50
Posting ni tersiratnya bermaksud "hai anak muda, kembalilah kamu ke irsyad"?
Muallimah Faridah
25-03-2019, 04:28:50
Mlm Dasuki rindukan murid mcm Maìl n Salman tu..bbdk kreatif tp tahu hormat guru..
Remaja Timur
26-03-2019, 04:25:06
Beruntunglah dirimu ditinta oleh guru nahu mu....mail n salman?
Rusnah Abu Samah
26-03-2019, 04:25:06
Hebat hubungan muallim dgn anakmuridnya, bertuah Irsyad ada insan spt muallim.
Haji Muhammad Zakaria
27-03-2019, 04:22:26
Aku menangis membaca post ini jam 5.00 pagi. Aku mengesat air mata tapi ia tetus menitis dinihari tahajud ibu kota...

Tinggalkan Balasan

Tên của bạn *
Email *
Cảm nhận *