BeraniKeranaBenar KENAPA SAYA TAWAR DIRI UNTUK BERDEBAT DENGAN TUN M DI FORUM NOTHING TO HIDE 2

#BeraniKeranaBenar..
KENAPA SAYA TAWAR DIRI UNTUK BERDEBAT DENGAN TUN M DI FORUM NOTHING TO HIDE 2.0
Oleh: Dr Mohd Puad Zarkashi, MT UMNO
1. Seperti yang dijangkakan ada pihak yang mempersoalkan apa kelayakan saya apabila menawarkan diri untuk berdebat dengan Tun M dalam forum Nothing To Hide 2.0 jika beliau serius mahu mencari kebenaran.
2. Kalau begitu apa kelayakan orang di sebelah sana termasuk Tun M dan TS Muhyiddin yang hanya cut and paste bahan dari sumber meragukan apabila mengkritik isu 1MDB? Kebanyakan mereka ini hanya menggunakan cerita fitnah yang disebarkan oleh Sarawak Report dan ASWJ. Tidak ada sebarang dokumen yang dikemukakan oleh pihak ini apabila menyebarkan fitnah mereka. Apatah lagi hingga ke hari ini tidak ada sebarang perbicaraan di Mahkamah dalam atau luar negara "khusus" terhadap 1MDB sendiri.
3. Pada saya Tun M tidak wajar menolak tawaran saya untuk berdebat kerana saya pun banyak soalan untuk ditanyakan kepada beliau yang membabitkan kes semasa 22 tahun menjadi Perdana Menteri. Apatah lagi forum ini sendiri namanya "Nothing To Hide 2.0".
4. Sebenarnya beliau tidak perlu berdebat dengan Perdana Menteri walaupun mendakwa dia adalah Top Dog yang setaraf dengan DS Najib. Pada saya beliau hanyalah Pengerusi biasa yang tidak ada kuasa berbanding Presiden dan Ketua Umum Pakatan Harapan. Justeru Tun M tidak perlu merasa tarafnya menjadi rendah jika berdebat dengan ahli Majlis Tertinggi UMNO seperti saya.
5. Tetapi saya ragu Tun Mahathir bersedia untuk berdebat dengan saya. Saya yakin Tun Mahathir bukan serius untuk mencari kebenaran tetapi mahu menjadikan debat itu sebagai medan untuk menimbulkan kekecohan yang boleh memalukan Perdana Menteri di khalayak ramai.
6. Inilah yang berlaku di dalam Townhall Nothing To Hide 1.0 di PWTC. Walaupun tidak dijemput dan dinasihatkan jangan datang kerana itu adalah dialog di antara Perdana Menteri dengan rakyat tetapi Tun Mahathir tanpa segan silu hadir juga.
7. Dan apabila dimaklumkan Townhall itu dibatalkan sepatutnya Tun Mahathir pulang. Tetapi Tun Mahathir terus masuk ke dalam Dewan dan pengikutnya merempuh masuk dengan kasar sehingga ada orang ramai yang terjatuh. Motif Tun M datang tanpa dijemput itu terdedah dengan tindakan kasar tersebut.
8. Tanpa kebenaran pihak penganjur Tun Mahathir naik atas pentas dan berucap sehinggalah OCPD Kuala Lumpur menghentikan ucapan Tun.
9. Di situ jelas membuktikan Tun Mahathir bukan mahu berforum tetapi menimbulkan kekecohan untuk memalukan Perdana Menteri.
10. Sekali lagi saya mengajak Tun Mahathir agar mengenepikan egonya mengenai siapa yang layak untuk berdebat dengan beliau. Saya mengajak Tun M sama sama mencipta sejarah, iaitu berlaku perdebatan antara bekas Perdana Menteri selama 22 tahun dengan seorang rakyat yang yakin semua tuduhan terhadap 1MDB hanyalah fitnah dan kambing hitam untuk menjatuhkan Perdana Menteri.
naseronismail:
Jom DEBAT+CariKebenaran.. Fakta vs Auta
Saya nak rakam dan tular..
Editorial:
#SuaraMerdeka
23/04/2019
19 Komen:
Jaidi Kasim
23-04-2019, 02:01:42
Terbaik tuan.
Zahim Ibra
23-04-2019, 02:01:42
Dare to fight. Well done. Nothing to hide.
Naseron Ismail
24-04-2019, 04:41:10
Dont hide.. Reveal everything!
Rahman
24-04-2019, 04:41:10
Xada faedah pun...semua telah dijawab tapi tetap dipolimikkan.klu pi pun jawab ls dgn fakta ,bukti n apa pun depa tetap tolak n xpercaya.ia hanya stratigi politik mahathir....
Naseron Ismail
25-04-2019, 04:42:55
Kita kilas dan bilas.. usah berdiam diri... keep on attacking back by using their own weakness.. The Art of War
Adnan Kasa
25-04-2019, 04:42:55
Nothing to hide...??Ha ha ha...Cerita dekat orang dungu boleh lah. Bukannya orang tak tahu... Dulu boleh la. Orang lain duduk diam saja. Bila dia mula serang PM Najib, dia kena lah hadap, bila orang serang dia semula. Masa dia jadi PM, boleh buat macam macam. Cakap banyak sikit, kena tangkap, ISA.... Sekarang ni, orang lain pulak yang akan bongkar satu persatu. Yang aku tahu, Madey kutty tu, yang sebenarnya ada SOMETHING to hide...Ha ha ha....
Naseron Ismail
26-04-2019, 04:46:50
Kita kilas dan bilas.. usah berdiam diri... keep on attacking back by using their own weakness.. The Art of War
Zahim Ibra
26-04-2019, 04:46:50
One thousand one of secrets have been trying out for pre-existing, mostly because Kutty. As you know what you need anything from them.
Naseron Ismail
27-04-2019, 04:36:26
Apa kita patut buat? Sumbat mulut Mahathir dengan tuala wanita kerana memfitnah!? Atau biarkan sahaja? Tak ada ker cara untuk refrain Tok Ki tua nyanyok nih dari terus menghasut dan berbuat fitnah!? Rakyat semakin panas dan berpecah!
Zahim Ibra
27-04-2019, 04:36:26
Meninggal pulak.? nanti. Horrible double trouble.
Maimunah Kinjawan
28-04-2019, 04:34:44
Saya setuju dan sokong 100% ayat ini Tun M walau pun pengerusi tapi Tun M tak ada kerusi dalam Parlimen juga tiada jawatan setakat tumpang sekaki untuk lepaskan dendam opps...
Naseron Ismail
28-04-2019, 04:34:44
Saya ada risik kawan2 lama yg kini protun... mereka merasa amat tergugat dengan cabaran Dr Puad ini.. yes. Diteruskan lagi
Muzamuddin Ahmad
29-04-2019, 04:27:31
Mahathir boleh ingat ke semua fakta yang didebatkan nanti. Sedangkan copy dan paste bukanlah fakta tapi fitnah. Bolehkah fitnah didebatkan? Jika tak silaplah selama 22tahun pernahkah ada debat diantara PM dengan pemimpin pembangkang?
Maimunah Kinjawan
29-04-2019, 04:27:31
Tun M pernah kata " Jika saya DS Najib pun saya tak akan layan ajakan pembangkang untuk berdebat buang masa saja " itu kata Tun M sebelum ini so bila masa pula Tun M berdebat dengan pembangkang....Sekarang Tun M sudah dalam pembangkang minat pula nak berdebat dengan PM haha...Pak Tun M lucu semcam dah sesat di padang lalang kot....
Muzamuddin Ahmad
30-04-2019, 04:25:43
Mahathir yang masih hangat lagi berkata, dia boleh berubah mengikut keadaan semasa. Patutlah Mahathir masuk keluar masuk Umno tiga kali. Sekarang rakyat mula sedar 22 tahun bersama Umno kerana keadaan tak berubah kerana Umno ikut kehendak dia.
Maimunah Kinjawan
30-04-2019, 04:25:43
Sedangkan pantai lagi berubah inikan pula hati Tun M yang keciwa wawasan dirancang atas namanya GAGAL dilaksana kekekkk....
Muzamuddin Ahmad
01-05-2019, 04:19:29
Oleh kerana Umno sudah tidak mahu lagi mengikut kehendak Mahathir, Mahathir sanggup menggadaikan maruahnya bersama pembangkang untuk menjatuhkan DSN. Debat bukanlah budaya politik Malaysia yang sekadar propaganda politik pembangkang.
Maimunah Kinjawan
01-05-2019, 04:19:29
Paling hina bila Tun M sanggup menjadi orang bawahan DS Anwar orang yang pernah Tun M buang ke longkang busuk...
Mohamed Razlan Ismail
02-05-2019, 04:20:18
Jgn time tu betri madey lemah nanti doktor tak benar pulak

Tinggalkan Balasan

Tên của bạn *
Email *
Cảm nhận *