Betulkah ini Begitu ramai orang Kedah keluar memberi sambutan

Betulkah ini? Begitu ramai orang Kedah keluar memberi sambutan. Kalau betul saya ucapkan setinggi tahniah kepada orang kedah.
Harap beberapa negeri lagi mengambil langkah yang sama agar BN KALAH DALAM PRU14 nanti.
Saya tengok pemimpin UMNO terlalu selesa dan sombong. Bukan sahaja sombong, malah semacam tidak bertanggung jawab kpd negara. Terutama semasa berhujah di Parlimen.
Mungkin mereka jadi demikian kerana selama ini orang Melayu tetap sokong walau apa pun mereka buat (Termaduk saya sejak dulu).
Biarlah kali ini BN kalah. Harap orang yang sependapat dgn saya bersama-sana menyampaikan kepada mereka yang lain. Memberi tahu emak ayah dan keluarga untuk MENOLAK BN KALI INI.
Anda boleh share status saya ini jika bersetuju atau tak setuju. Tidak perlu minta kebenaran.
27/04/2019
30 Komen:
Faisal Abd Rahman
27-04-2019, 02:06:18
Program Pas pra-PRU 13 dulu pun lautan manusia juga.....
Shamyatul Mazua
27-04-2019, 02:06:18
Abe Mohd Amin Abdullah yg menghairankan saya...(menurut berita tidak benar) PH nak lawan BN tetapi PAS yg panas dan beriya2 menolak PH. Berlunak mesra dgn BN dan tidak ambil peduli ttg ketirisan dana negara dll. Entah kenapa agaknya.
Faisal Abd Rahman
28-04-2019, 04:47:01
,benar. Suatu yang menjadi pelik pada penghujung hayat...
Luqman Pon Hensem Yo
28-04-2019, 04:47:01
Tak baca habis ni, cari, Pas bersuara dalam hal ketirisan wang.
Mohd Amin Abdullah
29-04-2019, 04:36:20
saya pun keliru. Macam mana president sering bercanggah kata dgn timbalan. acap kali begitu.
Yaakob Osman
29-04-2019, 04:36:20
Malam tadi Mat Sabu kata ada pemimpin PAS makan duit UMNO.
Ariffin Jaafar
30-04-2019, 04:34:12
Telah di akui oleh Tuang Guru HH...RM90 juta beb....
M Khazin Shams
30-04-2019, 04:34:12
https://www.facebook.com/anatahulah/
Yusri Snatsnungdoi
01-05-2019, 04:25:28
saya ada di situ semalam
Zulkhairi Ghazali
01-05-2019, 04:25:28
Mana tak ramai, kalau orang Peghelih pun pergi. Esok mengundi DUN masing2 ...
Yusri Snatsnungdoi
02-05-2019, 04:27:05
org peghelih 2 org sj
Mohd Subri Md Isa
02-05-2019, 04:27:05
Semua yang datang atas perbelanjaan sendiri, tiada bas. Juga tiada surat arahan jabatan
Shamyatul Mazua
03-05-2019, 04:43:40
Hebat sgt sampai tak nampak di mata !
Mohdamin Mohd Yunus
03-05-2019, 04:43:40
setuju sangat
Mahani Ismail
04-05-2019, 04:28:36
Hihihi... bapak borek anak nyer rintik... pemimpin sekarang di latih dan ikut cara pemimpin terdahulu...xkan awak xingat...
Mohd Amin Abdullah
04-05-2019, 04:28:36
tak juga. kekadang pak penyamun. anak baik. kekadang ayah alim, anak penyangak. tapi memang ada yg baps borek anak rintik.??kita lah yg kena nilai DNA mana diikut.Jenuh juga kena selusur tu....
Mahani Ismail
05-05-2019, 04:22:08
Jgn kita silap pilih sudah lah abe amin... merana anak cucu
Rashid Fikri
05-05-2019, 04:22:08
PRU setiap 5 tahun skali. ..Negara amalkn demokrasi.. why not.. ubah kerajaan.. PH buat hal ubah blek.. supaya masing2 x selesa duduk ats lma2..
E Lamut Musa Zalamuddin
06-05-2019, 04:21:35
Comfirm bn akn menyungkur pru ke 14 kali
Mazlan Ismail
06-05-2019, 04:21:35
repect geng kedah..
Zainu Bin Ali
07-05-2019, 04:19:25
Abe Mohd Amin Abdullah..kalu BN kalah, bukan shj umno shj yg tumbang, MCA, MIC, Gerakan, parti di Sabah, Sarawak pun ikut tumbang.. Ada org kata.. Marahkan sekor nyamuk, kelambu di bakar
Mohd Amin Abdullah
07-05-2019, 04:19:25
betul. dah nk buat lagu mana. nyamuk dok stoko dalam kelambu bro weh. tak tahu hok mano nyamuk tiruk, aidess dll... terpaksa bakar sekali ngan kelambu.pakat hambat tubik nyamuk hok khenak... haa haa haa
Zainu Bin Ali
08-05-2019, 04:19:51
Hok ni menjadikan amo semakin keliru
Mahani Ismail
08-05-2019, 04:19:51
Cikgu Zainu Bin Ali... jgn dok wak keliru la... xlama dah nok mmilih ni...
Mohd Amin Abdullah
09-05-2019, 04:19:30
tak apa.. koho koho lah... tak apa nok sokong hok mana pun. mugo masing2 punya pandangan. kita bincang2. demo kato gitu. kawe kato gini. lepah tu.. nak tukar tempat demo gi dok lektu..pah kawe gi dok lekni pun tak apa...
Zainu Bin Ali
09-05-2019, 04:19:30
Kebimbengei.. Kalu parti Melayu terbesar hilang kuasa.
Mohd Amin Abdullah
10-05-2019, 04:15:29
Betul. Kebimbangan itu berasas. Saya menggunakan argumen yg sama dulu. Ekonomi org pegang. teknologi org pegang. Antara bangsa pun orang lain. Jadi biarlah Politik di kemudi oleh Bansa Melayu. Orang berniaga lagilah mengharapkan kpd BN. Kini saya sudah hilang keyakinan. Makin lama makin terpinggir juga.Saya sanggup berubah. sekurang kurangnya pemimpin yg tidak berminat utk bangsa dan negara dibuang.
Zainu Bin Ali
10-05-2019, 04:15:29
UMNO parti Melayu/Islam tu
Mohd Amin Abdullah
11-05-2019, 04:17:07
betul. tapi ambo tak fikir mereka benar pejuang utk melayu dan praktis islam ..
Ariffin Jaafar
11-05-2019, 04:17:07
Ambo setuju 2.6B %

Tinggalkan Balasan

Tên của bạn *
Email *
Cảm nhận *

Artikel berkaitan