Bila Alam Buana menyampaikan pesan Dikesempatan aku bertafakur aku dibisikkan sesuatu

Bila Alam Buana menyampaikan pesan.
Dikesempatan aku bertafakur aku dibisikkan sesuatu...
"Malaiu, empat unsur bersatu menjadi kamu.
Alam Buana itu adalah kamu.
Maka di kesempatan yang ada, pergilah kamu
ketempat yg punyai empat unsur tersebut.
Di mana, disitu ada Tanahnya, disitu ada Airnya, disitu ada Anginnya dan disitu ada Apinya, bergabunglah ia dengan Langit Bapanya dan Bumi Ibunya."
"Cari dan pergilah ketempat tempat tersebut.
Bertafakurlah dalam sejenak, dengarlah bisikan alam mu."
"Malaiu, kamu telah bangkit, bukan di Tanah Jawi sahaja namun di seluruh Nusantara, namun jangan kamu serlahkan kebangkitan kamu itu, jangan dipamerkan kehebatan kamu, jangan ditunjukkan kekuatan kamu, jangan dijaja penempatan kamu kerna semua itu kelak akan menjadi senjata kepada musuh2 kamu untuk mengalahkan kamu."
"Musuh2 kamu sedang memerhatikan kamu, mereka sedang mengkaji perihal kekuatan kamu, mereka sedang menilai sudut kelemahan kamu, lalu mereka ujudkan pesta2 dan majlis2 keraian untuk kamu, agar kamu keluar dan mempamerkan diri kamu lalu mereka berbuat baik dengan kamu, memuji muji, kamu berpura pura menyokong kamu sedangkan disebalik sokongan mereka itu punyai agenda tersembunyi yang akan meruntuhkan dan merosakkan peradaban bangsa Malaiu."
"Ingat, aturan mereka sengaja mencari kemarahan kamu, sengaja mengujudkan rasa ketidak puasan hati kamu kepada bangsa kamu sendiri, mereka juga akan meracuni fikiran anak2 muda bangsa kamu terutama yang perempuan. Mereka membela orang2 suruhan mereka terdiri dari bangsa kamu juga untuk menghasut kamu."
"Awasilah gerakan kamu, jangan berasa gah, jangan merasa riak, usah keluarkan segala ilmu kegagahan kamu untuk dipertontonkan."
"Ingatlah wahai Malaiu, musuh kamu kini sedang bergerak mengatur langkah mencari peluang untuk mengalahkan kamu, gerakan mereka seumpama seekor semut hitam yang berjalan di atas tanah yang hitam di malam yang sangat gelap. Sehinggakan kamu tidak sedar akan kehadirannya."
Begitulah bisikan Alam Buana kepada ku sang musafir.
Terima Kasih Ya Allah.
Sembunyilah aku dalam terang agar aku dapat dilihat namun tidak dapat dikenali.
25/03/2019
6 Komen:
Sahruddin Esa
25-03-2019, 02:06:19
Bila Melayu menyatu alam buana menjadi SATU..
Tj Ariff
25-03-2019, 02:06:19
ya.. itulah dia
Irwan Bin Rosli
26-03-2019, 04:32:58
Alam Dan Manusia kan??????
Bentara Alam
26-03-2019, 04:32:58
Alhamdulillah...menyatu bersatu dalam satu kesatuan malaiu. Kerana malaiu itu sendiri adalah alam.
شهرول عفيفي
27-03-2019, 04:28:29
Syeikh Ahmad al-Fathani : Apa Itu Melayu?
Tok Aki Sahak
27-03-2019, 04:28:29
Benar lagi membenarkan.

Tinggalkan Balasan

Tên của bạn *
Email *
Cảm nhận *