Bismillahirahmanirahim Saya kongsikan tausiyah dari Imam Besar Masjid Al Aqsa iaitu Sheikh Ikrima buat semua wanita khususnya buat ibu ibu di seluruh dunia

Bismillahirahmanirahim...
Saya kongsikan tausiyah dari Imam Besar Masjid Al-Aqsa’ iaitu Sheikh Ikrima buat semua wanita khususnya buat ibu-ibu di seluruh dunia. Semoga dapat dijadikan motivasi dalam kehidupan utk membina keluarga Mawaddah wa Rahmah. InshaAllah.
“Ganjaran) Ibu yg menjaga anak2nya ni seperti (ganjaran) berjihad dalam bab pahala.. Oleh kerana itulah para ibu tidak dituntut untuk keluar berjihad di medan perang. Kerana pada ibu ini tanggungjawab untuk menjaga dan mendidik mujahid2 dakwah di jalan Allah..
Pendidikan ini (mendidik generasi mujahid dakwah) penting kerana anak-anak dapat hidup membesar dengan tumbesaran yang benar dan baik ketika mana seorang ibu menjalankan tanggungjawab mendidik mujahid dakwah iaitu anak-anaknya.. Ibu ini membahagiakan mereka dan mementingkan mereka..
Kita memohon kepada Allah semoga para ibu yang mendidik para mujahid dakwah ini diberi taufiq daripada Allah, InshaAllah”.
(Diterjemah oleh Saudari Fadhilah, exco Abim Pusat)
14/03/2019
1 Komen:
Naseeba Jaffree
14-03-2019, 02:04:29
Mohon share. ??

Tinggalkan Balasan

Tên của bạn *
Email *
Cảm nhận *