Dalam akaun saya ada RM350 sumbangan daripada kawan kawan untuk bantuan kepada penulis yang memerlukan

Dalam akaun saya ada RM350 sumbangan daripada kawan-kawan untuk bantuan kepada penulis yang memerlukan. Kalau ada sesiapa yang mahu menyumbangkan duit silakan berbuat demikian sebelum 10 Jun ya. Saya tidak mahu menyimpan duit lama-lama. Ramai juga yang minta nombor akaun tapi setakat ini hanya tiga orang tampil menyampaikan sumbangan. Saya menunggu wakil rakyat atau menteri atau ahli korporat juga. Kalau tak ada tak apa. Kalau sedikit sangat macam tak tahu nak bagi kepada siapa pula duit ini.
Semasa kutipan pusingan pertama dengan Rozlan kami berjaya menyampaikan sumbangan kepada 10 anak yatim dengan nilai RM670 setiap orang, dan RM160 lagi saya sampaikan kepada Imam tarawih di PENA tempoh hari untuk anak yatim di tempatnya. Dia nak pungut sumbangan pada malam itu tapi segan. Selain itu, kepada dua penulis yang sedang dalam kesukaran saya sampaikan RM500 dan RM1200 mengikut kesesuaian. Ada pertimbangannya di sini.
Sekian berita tengah hari.
06/03/2019
5 Komen:
Ramlee Wahab
06-03-2019, 02:02:47
Maklum..
Pyanhabib Rahman
06-03-2019, 02:02:47
Berita tengah hari ni bunyi macam orang lapar nasi.
Siti Sara Salwana
07-03-2019, 04:26:56
Terima kasih atas susah payah. Moga mendapat ganjaran pahala berlipat ganda di bulan mulia ini.
Mohamed Nasser
07-03-2019, 04:26:56
Alhamdulillah...
Kas Hasanuddin Md Isa
08-03-2019, 05:08:56
Usaha itu diberi ganjaran berganda

Tinggalkan Balasan

Tên của bạn *
Email *
Cảm nhận *