Dalam mana mana group media sosial isu politik akan jadi isu yang menjadikan sesuatu kumpulan sering bergaduh

Dalam mana-mana group media sosial, isu politik akan jadi isu yang menjadikan sesuatu kumpulan sering bergaduh.
Aku rasa ‘propaganda’ atau ‘debat’ tak pernah berjaya menjadikan ahli kumpulan dalam media sosial kita untuk bersetuju dengan pandangan politik individu, jauh sekali menjadi sebab masuk parti individu berkenaan.
Kesannya hanya satu: ego kita akan bertambah besar sekiranya orang tak dapat jawab hujah kita. Dan tidak ada mana-mana golongan pun yang akan suka dengan keadaan ego kita bertambah besar kecuali satu.
Kalau kita pandai guna ‘PM tepi’ dalam hal politik seperti kita pandai guna ‘PM tepi’ dalam hal berniaga, mungkin kita dapat mengurangkan jalan membesarkan ego kita, sekaligus menjadikan group media sosial kita lebih harmoni.
06/05/2019
12 Komen:
Muhammad Lutfi Ishak
06-05-2019, 02:06:37
Selalunya sembang kencang politik dalam group media sosial ni bermula dengan gula-gula, "takpa, kita terbuka dengan semua pandangan," sebelum panas dengan perli-memerli dan berakhir dengan left group. Seeloknya hal politik ni buatlah satu group khas untuk sembang kencang politik. Siapa yang benar-benar rasa nak sembang politik saja dilibatkan.
Nazmi Yaakub
06-05-2019, 02:06:37
Terbuka dlm tertutup
Shukri Abdullah
07-05-2019, 04:41:25
Mat Lut.. kat Venezuela ada umno ka?!?
Nazmi Yaakub
07-05-2019, 04:41:25
Parti pemerintah Venezuela sama aliran dgn DAP dok?
Muhammad Lutfi Ishak
08-05-2019, 04:41:54
Kat venezuela ada yang lebih menarik dari dap dan umno
Nazmi Yaakub
08-05-2019, 04:41:54
Muhammad Lutfi Ishak bagusssss
Syed Mohd Zakir
09-05-2019, 04:38:05
Sembang deraih
Nazmi Yaakub
09-05-2019, 04:38:05
Ada beras, semua deraih
Mohd Hilmi Othman
10-05-2019, 04:30:28
Yang tak bestnya akhir sekali mendatangkan dosa. Negara dan rakyat duk lagu tu jugak.
Nazmi Yaakub
10-05-2019, 04:30:28
Kiralah negara dan juga rakyaf
Mohd Hanif Bin Ismail
11-05-2019, 04:35:40
kat sini haji L meluahkan emosi ye...kiki:)
Abu Mundzir
11-05-2019, 04:35:40
Takpe... tak left dah.

Tinggalkan Balasan

Tên của bạn *
Email *
Cảm nhận *