Di hadapan lampu trafik sementara menantikan lampu bertukar hijau saya diapit oleh 2 buah motorsikal berkuasa besar

Di hadapan lampu trafik, sementara menantikan lampu bertukar hijau, saya diapit oleh 2 buah motorsikal berkuasa besar.
Terasa kerdilnya diri ini dengan motor kapcai. Apatah lagi saya sedang membawa sekotak dadih.
"Pakcik nak hantar dadih ke mana?"
Tiba-tiba salah seorang penunggang bertanya sambil membuka penutup muka pada topi keledarnya.
Bagaimana dia tahu ada dadih dalam kotak ?
"Hospital. Ada Jurawat order."
Lampu bertukar hijau.
Saya menunggang dengan cermat.
Kedua-dua penunggang berada dibelakang saya.
Tiba-tiba, kedua-duanya bergerak seiring.
Dan kedua-duanya memberikan isyarat supaya saya ketepi.
Motor diberhentikan. Saya musykil.
Kedua-dua penunggang turut sama memberhentikan motor mereka.
Mereka turun dan serentak membuka topi keledar.
Sungguh saya tidak mengenali mereka.
Mereka datang dan kami bersalaman. Mereka mencium tangan saya.
"Tadi pakcik kata pakcik nak hantar ke hospital?" tanya salah seorang dari mereka.
Saya hanya mengangguk.
"Bawa sini, biar kami hantar."
Lagi sekali saya tergamam.
"Tapi ...?"
"Tak pe, kami tolong hantar, lagipun kami memang nak ke sana. Bagi nombor hp penerima."
"Ni sedara ,.. sedara ni siapa ya?"
"Dulu, pakcik pernah hantar dadih ke rumah kami bulan puasa.." serentak itu kotak dadih bertukar motor.
Saya hanya mengangguk.
Tidak berlama. Mereka berdua terus bergerak, berlalu pergi.
"Untungnya kotak dadih. Untung kamu dapat naik motor besar hari ini."
YA ALLAH. Permudahkanlah urusan pemuda tadi.
.
.
Abang Long.
Penjual DADIH yang menulis.
10/04/2019
24 Komen:
NoRita Mohd Yusop
10-04-2019, 02:08:06
Aamiin Ya Rabb.
Mohamad Feroz Zaini
10-04-2019, 02:08:06
Amin.
Sarah Saary
11-04-2019, 04:52:34
Masya'Allah ♥️
Mohamad Feroz Zaini
11-04-2019, 04:52:34
Alhamdulillah.
Afiah Hajar
12-04-2019, 04:44:17
Alhamdulillah. Org yang Abg long bantu sentiasa ingat pada Abg Long. Mereka tidak pernah lupa. Insya Allah.
Mohamad Feroz Zaini
12-04-2019, 04:44:17
Cikpuan Afiah Hajar,, dah tua-tua begini saya kerap terlupa
Ida Abd Rahman
13-04-2019, 04:50:28
Ari ni kotak dadih yg naik moto besa .esok lusa tuan punya kotak pula.
Mohamad Feroz Zaini
13-04-2019, 04:50:28
AMIN. Moga makbul doa cikpun.
Nor Robaniyah Jahron
14-04-2019, 04:43:23
Amin..
Mohamad Feroz Zaini
14-04-2019, 04:43:23
AMIN.
Siti Nurraihan
15-04-2019, 04:27:17
Aamiin..
Mohamad Feroz Zaini
15-04-2019, 04:27:17
AMIN.
Muhyiza Muhyi
16-04-2019, 04:26:42
Aamiin....semoga dipermudahkan segala urusan Tuan...
Mohamad Feroz Zaini
16-04-2019, 04:26:42
AMIN.
Nafis Ishak
17-04-2019, 04:25:18
Walau pon Abg Long Mohamad Feroz Zaini motor kecil tapi berjiwa besar...
Mohamad Feroz Zaini
17-04-2019, 04:25:18
ALLAHU AKBAR.
Nafis Ishak
18-04-2019, 04:34:17
TF Dah sampai Abg Long Mohamad Feroz Zaini?
Khaira MN
18-04-2019, 04:34:17
Allahu?
Mohamad Feroz Zaini
19-04-2019, 04:26:35
DIA yang Maha Merancang.
Hasimah Nordin
19-04-2019, 04:26:35
Salam abg long..Sy nak bertanya dgn tuan.. ttang peniaggan ini.. tp sy pm x boleh.. boleh pm sy??
Mohamad Feroz Zaini
20-04-2019, 04:17:13
Cikpuan boleh terus whatsApp saya - 0192254910 Hasimah Nordin
Juliana Mohd Rashid
20-04-2019, 04:17:13
Hehe....unung ko dadih...dpt naik mtor besar
Mohamad Feroz Zaini
21-04-2019, 04:20:44
Kan cikpuan Juliana Mohd Rashid
Ryn Rasidi
21-04-2019, 04:20:44
Untungnya abang long dapat pahala berterusan

Tinggalkan Balasan

Tên của bạn *
Email *
Cảm nhận *