di satu pesta buku dulu saya berbual dengan seorang lelaki tentang novel

di satu pesta buku dulu, saya berbual dengan seorang lelaki tentang novel. Saya beritahu dia, kelebihan novel, di tangan pengarang yang baik dan ada wawasan ialah novel boleh sampai ke tempat Ustaz Azhar Idrus (saya sebut nama UAI sebab masa tu UAI sangat popular) tak boleh masuk. Orang yang pi dengar Ustaz Azhar tu sebab memang dia nak dengar, tapi yang tak mahu tak akan pergi dengar, tapi novel boleh sampai pada orang itu. Berdasarkan reaksi dia, saya rasa dia tak setuju, tapi mungkin dia tak mahu berdebat saja. Dan saya pun, kalau hari tu dia ajak berdebat fasal tu, saya pun tak mahu.
03/05/2019

Tinggalkan Balasan

Tên của bạn *
Email *
Cảm nhận *