Hadir ke majlis rumah terbuka Akademi Sains Malaysia semalam aku jumpa ramai tokoh tokoh hebat STI negara

Hadir ke majlis rumah terbuka Akademi Sains Malaysia semalam, aku jumpa ramai tokoh-tokoh hebat STI negara.
Antara yang sempat berborak sekejap ialah dengan Tan Sri Dr Omar Abdul Rahman. Beliau terkenal sebagai penasihat sains Tun M dan pelbagai jawatan penting dalam kerajaan dulu.
https://en.m.wikipedia.org/wiki/Omar_Abdul_Rahman_(academic)
Di dalam lif, aku sempat memperkenalkan diri dan mempromosi MajalahSains.
Dia terus jawab,
“Oh, yang Tan Sri Dzulkifli Razak menulis tu ya?”
“Nanti saya hantar satu naskhah ke alamat Tan Sri, “ aku jawab.
Kemudian dia mengulas sedikit tentang dasar sains Tun M dan Najib.
Selain itu, yang menarik juga ialah ucapan bekas menteri Datuk Seri Panglima Madius Tangau. Beliau masih terkejut dengan perubahan drastik yang berlaku dalam negara.
Walau apapun yang berlaku, aku sangat berterima kasih dengan beliau yang banyak menyokong usaha MajalahSains sehingga dilantik sebagai rakan media program NICE17’ dan MingguSainsNegara2018.
Lain-lain ramai jugalah. Prof Datuk Mazlan, Prof Datuk Rahmah (MQA), Prof Dato Asma’, dll.
Leka sangat berborak, sampai lupa apa benda aku makan semalam.
21/02/2019
5 Komen:
Salehuddin Arifen
21-02-2019, 02:05:35
(Y)
Abdul Fatah Abu Hanipah
21-02-2019, 02:05:35
Fuh. Nama sotkoba petri dish.
Fathi Aris Omar
22-02-2019, 04:22:30
Tanya, projek makmal komputer sekolah macam mana?
Muhammad Asyraf
22-02-2019, 04:22:30
Fuh... geng MPN abang MS kita ni rupanya... member Profesor negara.?
Shahrul Kadri
23-02-2019, 04:22:07
Bahasa rasmi majlis bahasa apa, tuan?

Tinggalkan Balasan

Tên của bạn *
Email *
Cảm nhận *