Hari ini semoga tiadalah lagi nada saya tidak minat politik

Hari ini, semoga tiadalah lagi nada 'saya tidak minat politik'.
Rakyat perlu cakna politik. Faham demokrasi, faham undang-undang.
Bukan untuk emosional, tapi supaya lebih rasional.
Tidak salah pun untuk anak sekolah tahu dan ikut perkembangan politik. Politik bukan gosip. Politik adalah kepimpinan, pentadbiran.
Yang salah, jika anak-anak diajar memaki, memfitnah dan berprasangka, apatah lagi bersifat perkauman. Itu semua bukan ciri politik matang.
Rakyat perlu cakna politik. Supaya masa depan negara, kekal ditangan rakyat.
01/03/2019
13 Komen:
Syahidatul Munirah
01-03-2019, 02:04:52
Setuju, Anis. Sya tengok dalam konteks pelajar ijazah tinggi pun boleh cakap - aku malas lah cakap pasal politik sebab tak minat dan nanti jadi gaduh atau arghhh malas lah ambil tau sebab serabut. Dalam aspek ini boleh kita lihat dua masalah, satu ketidakmatangan pemikiran, kalau politik kenapa nak kena gaduh? Hati tak kental untuk terima perbezaan dan memang kalau politik kena guna ayat provokasi kah? Yang kedua, betapa ceteknya pemikiran golongan yang sampai dah belajar di peringkat tinggi (MA dan PhD), sedangkan di Indonesia kalau kita lihat, budak sekolah menengah pun tahu dan boleh berbahas segala isu permasalahan dalam negara. Malu, sebab sangat "self centric" kepada bidang kajian, menjadi genius dalam bidang tapi tak seimbang pengetahuan. Maaf Anis, sekadar meluahkan pendapat.
Anis A. Azam
01-03-2019, 02:04:52
Tak perlu minta maaflah Sya. Memang kita sama-sama mahukan suasana bebas berbahas, menerima pendapat secara sihat. Salah faham pada terma 'politik' sebelum ini membuatkan ramai sarjana pada sijil, tapi mindanya terikat dan tersekat. Moga selepas ini, perubahan bermula dari diri kita, masyarakat sendiri, cara kita berfikir dan menerima, dan insya Allah, kepimpinan yang matang akan menyusul. :)
Syahidatul Munirah
02-03-2019, 04:32:31
Anis A. Azam insya Allah, semoga masyarakat kita lebih terbuka menerima hak kemanusiaan dan kepelbagaian bidang ilmu.
Anis A. Azam
02-03-2019, 04:32:31
Reformasi pendidikan dan pemikiran! ;)
Syahidatul Munirah
03-03-2019, 04:29:35
Sejalan, Anis! Yeahhh ??? ?
Zalila Isa
03-03-2019, 04:29:35
Sejak Adli dan Iyad sekolah, kerap mereka mengadu, kawan-kawan cakap Najib Jibby Bodoh. Rosmah puaka. Budak-budak tahu daripada siapa? Saya beritahu anak-anak, belajar baik-baik. Hormat orang tua. Hormat sesiapa sahaja. Jangan membodohkan orang. Dewasa nanti nilailah pemimpin awak.
Anis A. Azam
04-03-2019, 04:24:47
Apa yang mereka dengar, bukan politik. Tapi makian. Betul, mereka boleh diajar menghormati pemimpin. Mereka juga boleh diajar untuk tidak mencontohi sikap pemimpin yang tidak baik, tapi bukan memaki. ?
Shahray Zulkifli
04-03-2019, 04:24:47
dulu pung budok budok bukok paper bukok TV kabor anuwar liwak anuwar liwak...mampuh nok kener expleng liwak tu apo kak budok budok...tu ajarang pemimping mana? Keluo Tv keluo paper...kebebasang suara tak dok....? Hok ni la pemimping mu....baik la sangak....
Anis A. Azam
05-03-2019, 04:23:17
Shahray Zulkifli Rakyat perlu cakna politik, bukan untuk emosional, tapi supaya lebih rasional. Mana yang buruk, tak perlu diikut lagi.
Shahray Zulkifli
05-03-2019, 04:23:17
Anis A. Azam betul tu... skrg baru rasa okey sikit analisis politik yang adil...pembangkang iaitu UMNO BN diberi peluang bercakap di TV ... tak macam dulu... ini baru betul...
Rafi Harumin
06-03-2019, 04:23:23
Politik yang tidak minat saya
Anis A. Azam
06-03-2019, 04:23:23
Ini mesti merajuk sebab tidak tercalon ni. ?
Amiruddin Mohd Rosdi
07-03-2019, 04:16:08
Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS).

Tinggalkan Balasan

Tên của bạn *
Email *
Cảm nhận *