Hari ni dapat phone call dari Client wife dia sakit batu dalam hempedu memerlukan pembedahan

Hari ni dapat phone call dari Client wife dia sakit batu dalam hempedu & memerlukan pembedahan. Tapi policy baru ambil. Dalam pada saya tengah menguruskan untuk menyemak data Policy wife dia, pihak hospital 'mencuba nasib' submit juga GL tanpa pengetahuan saya. Ikut pengalaman saya, sebenarnya saya sudah tahu GL akan deline.
Selang beberapa minit pihak hq Call & maklum kan bahawa mereka terpaksa decline GL tersebut disebabkan policy masih baru. At this point agen memang tak dapat nak bantu.
Saya call husband dia terangkan from A to Z. Dia faham... Kemudian saya Call sekali lagi beri personal opinion. Jika guna kaedah pay & claim peluang untuk lulus sangat tipis kerana policy sangat baru.
Jadi ada beberapa perkara yang perlu anda tahu di sini. Tempoh menunggu untuk sesuatu policy itu sama dengan mana mana syarikat takaful kerana semua syarikat di kawal selia seragam. Penyakit yang sedia ada memang tidak akan boleh claim. Penyakit yang ketegori pra wujud juga tidak boleh claim. Tapi bergantung kepada underwriter juga. Cuma jangan berharap sangat untuk lepas claim.
Dan akhir sekali, jangan tangguh jika sudah ada niat untuk ambil takaful. Jangan tunggu mampu baru nak ambil kerana sampai bila pun kita akan rasa tidak mampu. Kita dah lalui baru kita tahu macam mana nak manage. Kepada yang sudah memiliki perlindungan, sayangi policy anda. Jaga policy anda. Kita tidak tahu bila musibah nak timpa.
ps: anggaran kos 15K - 20K mana nak cari?
See Translation
24/02/2019

Tinggalkan Balasan

Tên của bạn *
Email *
Cảm nhận *