ISLAMOFOBIA adalah istilah kontroversi yang merujuk kepada prasangka dan diskriminasi pada Islam dan Muslim 1 Istilah itu sendiri sudah digunakan pada tahun 1980 an 2 tetapi menjadi popular selepas serangan 11 September 2001

ISLAMOFOBIA adalah istilah kontroversi yang merujuk kepada prasangka dan diskriminasi pada Islam dan Muslim[1] Istilah itu sendiri sudah digunakan pada tahun 1980-an[2] tetapi menjadi popular selepas serangan 11 September 2001.[3] Pada tahun 1997, Badan Amanah Runnymede mentakrifkan Islamofobia sebagai "rasa takut dan benci terhadap Islam lalu membawa kepada takut dan tidak suka kepada orang Islam," juga menyatakan ia juga merujuk kepada amalan mendiskriminasikan orang Islam dengan mengasingkan mereka dari kegiatan ekonomi, sosial dan kehidupan masyarakat. Islamofobia juga termasuk persepsi bahawa Islam mempunyai nilai yang tidak sama dengan budaya lain, lebih rendah dari nilai barat dan mempunyai ideologi politik yang ganas daripada (dikenali) sebagai satu agama[4].
Sumber: Wikipedia
Hebat gerakan ni. Satu dunia meyakini fitnah yang dibawa. Amat sukar untuk membetulkan persepsi umum walau pelbagai usaha dilakukan. Ramai terjebak kelembah fitnah hingga ke akhir hayat.
Moga Allah mengampuni dosa kita.
Moga Allah mengampuni dosa mereka. Sesungguhnya mereka tidak mengetahui.
Moga kita terpelihara dari segala fitnah akhir zaman.
Moga kita dipelihara dari kemurkaan Allah dan nerakaNya.
Moga kita dikurniakan keredhaan dan syurgaNya.
Aamiin.
Rasanya perlu diperkenalkan satu istilah lagi sekarang:
PASOFOBIA
06/03/2019
5 Komen:
Fatouba LilGhuroba
06-03-2019, 02:02:47
Pasofobia pula apa ustaz?
Saiful Nazli
06-03-2019, 02:02:47
PASofobia.. kena minta pandangan ahli bahasa dulu ni. ?
Al Nur Mardhiah
07-03-2019, 04:26:56
Penyakit akhir zaman Abang Saiful Nazli ..
Maz Padzil
07-03-2019, 04:26:56
Diskriminasi terhadap umat islam d seluruh dunia terutama d US dan Europe telah lama wujud, 9/11 hanya menjadi asbab kepada islamofobia/diskriminasi lebih ketara dan ramai umat islam d Barat bimbang identiti Islam mereka ?
Kinaka Ibn Harun
08-03-2019, 05:08:57
Org kelantan dan terengganu masih mahadofobia sbb tu tak memilih PH.

Tinggalkan Balasan

Tên của bạn *
Email *
Cảm nhận *