Itu pun tak tahu Siapa yang seumur hidup tidak pernah menerima ayat atau dialog seperti diatas

"Itu pun tak tahu?"
.
.
Siapa yang seumur hidup tidak pernah menerima ayat atau dialog seperti diatas ?
Lantas saya bertemu dengan beberapa orang ustaz, pensyarah universiti dan perunding motivasi.
Bertanyakan tentang ayat tersebut.
Soalan saya berbunyi:
Apakah Nabi Muhammad pernah mengucapkan ayat seperti itu ?
Jawapan yang saya terima ialah - TIDAK. Rasulullah TIDAK PERNAH mengucapkan ayat seperti itu.
Jadi, apa yang Nabi buat jika umatnya dalam keadaan jahil, tidak tahu atau kurang ilmu ?
Jawapannya ialah. Nabi akan terus memberikan jawapan atau solusi TANPA MENJATUHKAN MARUAH SESIAPA.
Apabila seseorang bertanya tentang sesuatu perkara. Ada beberapa situasi akan berlaku.
1. Orang yang bertanya tidak tahu.
2. Orang yang ditanya ada kemungkinan tahu tentang apa yang ditanya.
3. Orang yang bertanya menghormati orang yang ditanya.
4. Orang yang ditanya berada dikedudukan lebih mengetahui.
Ini membawa maksud. Orang yang bertanya mengharapkan jawapan dari orang yang ditanya.
Tetapi, sekiranya orang yang ditanya juga tidak mempunyai jawapan. Maka, dengan menjawab - Maaf, saya tak tahu. Adalah jawapan paling bijak.
.
.
Kenapa status saya kali ini sangat berlainan dari semua status saya sebelum ini ?
Beberapa hari lalu, telah berlaku satu dialog yang menyebabkan saya amat-amat tersinggung.
Kejadian berlaku dalam sebuah masjid.
Saya telah bertanyakan kepada seorang ustaz tentang satu hukum, yang saya sendiri tidak pasti.
"Ustaz, apa hukumnya apabila hukum faraid itu tidak dilakukan dalam kadar waktu paling cepat selepas kematian seseorang?"
Jawapan yang saya terima:
"Itu pun awak tak tahu?"
Dan ramai jemaah mentertawakan saya.
YA. Kerana saya tidak tahu maka saya bertanya.
Selepas itu saya mendiamkan diri.
.
.
Kemudian. Berlaku satu lagi peristiwa dimana seorang sahabat saya agak kurang fasih berbahasa Inggeris.
Bila beliau bertutur dalam bahasa Inggeris, terlalu banyak kesilapan berlaku.
Dan, kerana kesilapan itu beliau telah disindir.
Paling menghibakan. Apabila beliau bertanya apakah jawapan atau ayat yang betul ?
Jawapan yang diterima sungguh menghiris kalbu.
"Itu pun you tak tahu?"
.
.
Sekarang. Terbit satu persoalan dalam fikiran saya yang sungguh dhaif, kerana saya sendiri pun banyak yang saya tak tahu.
Apakah jawapan: "Itu pun tak tahu?" Boleh menaikkan darjat orang yang ditanya ?
Dan dalam masa yang sama. Ayat - "Itu pun tak tahu?" Boleh dan berupaya - MEMANDAIKAN BANGSA ?
.
.
Abang Long.
Penjual DADIH yang menulis.
10/04/2019
64 Komen:
Khairulaniza Khairuddin
10-04-2019, 02:08:06
Itu pun tak tahu ...ayat yang akan membunuh keinginan pelajar-pelajar kelas hujung untuk bertanya lagi. Terus jatuh self esteem.
Mohamad Feroz Zaini
10-04-2019, 02:08:06
Benar puan Khairulaniza Khairuddin. Ianya sudah pasti mencederakan emosi penanya, khususnya pelajar yang berkeinginan untuk belajar.
نورول ارهم
11-04-2019, 04:52:34
Bagi saya orang yg bercakap seperti itu macam menunjukan kesombongan pada dirinya Kalau orang bertanya kepada sepatutnya kita jawab soalan kalau tahu dgn soalan yg di tanya, kalau x tau nak bg jawapan lbh baik diam atau berterus terang mengaku tidak tahu Jangan perlekehkan org lain seolah-olah dirinya hebat sgt
Mohamad Feroz Zaini
11-04-2019, 04:52:34
Benar sekali. Kita sepatutnya memberikan jawapan yang boleh memandaikan seseorang. Bukan membodohkan.
Nora Isma Fuad
12-04-2019, 04:44:17
Ayat yg Tak sepatutnya digunakan.
Mohamad Feroz Zaini
12-04-2019, 04:44:17
Ayat yang menghinakan. Kan cikgu Nora Isma Fuad ?
Nora Isma Fuad
13-04-2019, 04:50:28
Betul. Tak semua org tahu, apa yg Kita tahu. Dan Tak semua perkara juga Kita tahu
Hamidah Mahmud
13-04-2019, 04:50:28
Teringat kisah semalam dengar seoramg Ustaz berceramah...ada seorang Arab Badwi membuang air kecil dalam Masjid...semua sahabat Baginda memarahi Arab Badwi tersebut.Rasulullah SAW melarang mereka memarahi Badwi tersebut kerana menurut kata Baginda Badwi tersebut tak tahu dan menjelaskan kepada Badwi tersebut..Itulah akhlak Rasululullah SAW..bukan menyoal semula..kita bertanya sebab kita tak tahu..dan sebagai seorang Daie dia sepatutnya menjawab walaupun mungkin orang lain tahu jawapan tersebut
Mohamad Feroz Zaini
14-04-2019, 04:43:22
Betul tu puan Hamidah Mahmud. Kita sepatutnya memberikan jawapan yang memandaikan seseorang.
Hamidah Mahmud
14-04-2019, 04:43:22
Mudah-mudahan ustaz tersebut sedar kesilapan beliau dan tidak mengulangi lagi..
Mohamad Rizal
15-04-2019, 04:27:17
Wah status ni tiba tiba mengingatkan saya pada satu kes. Ya berlaku kepada saya.Saya bertanya kepada seorang ustaz. Jawapan balas seperti di atas. Itu pun tak tahuTu pun nak nak tanya.Tak pernah belajar ke kat sekolahRajin sikit baca buku.Jangan asyik nak tanya aje
Mohamad Feroz Zaini
15-04-2019, 04:27:17
Memang benar tuan Mohamad Rizal. Sepatutnya kita mendapat jawapan, bukan penghinaan.
Mohamad Rizal
16-04-2019, 04:26:41
Betul Abang Long Mohamad Feroz Zaini marah pun ada sedih pun ada. Last sekali tak dijawap pun soalan saya.
Mohamad Feroz Zaini
16-04-2019, 04:26:41
Mohamad Rizal - nampak tak kesan buruk ayat itu ?
Mohamad Rizal
17-04-2019, 04:25:17
Betul abang long kalau ikut darah muda saya habis ustaz tu hahaha
Ruhana Zaki
17-04-2019, 04:25:17
Ayat yang pernah saya dengar: itupun nak kena ajar?Bagi saya, sangat biadap dan menunjukkan kesombongan diri sedangkan orang yang mengajukan ayat itu ternyata banyak aib yang terserlah. Namun berasa dirinya sangat bagus serba-serbi.
Mohamad Feroz Zaini
18-04-2019, 04:34:17
Kalau ayat itu tidak pernah diucapkan oleh Rasulullah. Maka sebenarnya ayat itu ayat dari siapa ? Mungkin syaitan.
Ida Haryani
18-04-2019, 04:34:17
Ayat tu ayat pembunuh semangat org nak belajar dan memperbaiki diri.
Mohamad Feroz Zaini
19-04-2019, 04:26:35
Betul.
Haitun Kamarazaman
19-04-2019, 04:26:35
Saya sendiri.pernah dimalukan seorang ustazah di surau sambil tergelak2..sebabnya saya bertanya ttg ssuatu hukum.
Mohamad Feroz Zaini
20-04-2019, 04:17:13
Sebab kita tak tahu, maka kita bertanya, kan cikpuan Haitun Kamarazaman
Haitun Kamarazaman
20-04-2019, 04:17:13
Yer..saya rasa terhina..tapi rasa terhina tu buat saya nekad belajar. Alhamdulillah ada orang lain yg baik Allah hantar utk terangkan kpd saya. Saya rasa ustaz ustazah begini akn myebabkan orang jahil mjauhi agama. Sebab mereka dimalukan.
Mohamad Feroz Zaini
21-04-2019, 04:20:43
Haitun Kamarazaman - Betul. Tak ikut cara nabi.
Ady Mohamad
21-04-2019, 04:20:43
F
Salomaa Chalok
22-04-2019, 04:16:29
Ayat seperti itu menjatuhkan maruah orang yang bertanya. Sekaligus ayat seperti itu menunjukkan kesombongan. Merendah-rendahkan orang yang bertanya.
Mohamad Feroz Zaini
22-04-2019, 04:16:29
Benar cikpuan Salomaa Chalok, ianya menjatuhkan maruah seseorang.
Fasehah Abd Malek
23-04-2019, 04:15:11
betul abang long.. sebab kite tak tahu kita bertanya.. bak kate orang malu bertanya sesat jalan..
Mohamad Feroz Zaini
23-04-2019, 04:15:11
Kan cikpuan Fasehah Abd Malek
Anie Alja
24-04-2019, 04:16:54
Melayu dengan soalan, macam minyak dan api.Sama saja, bila kita soal nampak jahat. Yang menjawab pun kadang-kadang bukan nak leraikan persoalan, gigih menunjuk dia tahu macam-macam. Soalan pendek kita tak berjawab pun.Tuan, tak perlu tersinggung. Ada juga peel dia soal, kita jawab. Nak ucap terima kasih pun kedekut adab. Lagi cakap kencang nak naik ke bulan.Beem thru all that. Akhlak kita memang sadis.
Azim Samsudin
24-04-2019, 04:16:54
Abang Long berkongsi perasaan dengan saya. Saya pun pernah terkena.
Waad Abu Imann
25-04-2019, 04:18:55
Ustaz tu tak cukup motivasi
Eman Dhani
25-04-2019, 04:18:55
Dan ianya amat pedih didengar apabila kata-kata itu keluar daripada orang yang kita hormati. Mohon share.
Utin Mardiana
26-04-2019, 04:21:20
ya.. sgt sedih.
Hajariah Shaarani
26-04-2019, 04:21:20
Saya share abg long
Isah Daimon
27-04-2019, 04:15:20
Cantik hantaran ini...terima kasih
Tiny Azleen Yahaya
27-04-2019, 04:15:20
Selalu suka menyakat anak-anak dan cakap macam tu kat anak-anak... huhuhu... takmau buat dah.
Utin Mardiana
28-04-2019, 04:16:01
nnt anak2 pun akan buat begitu kat org lain. terbukti depan mata saya anak saya cakap mcm tu kat adik dia. huhuhu
Ummi Yahaya
28-04-2019, 04:16:01
Begitulah manusia akhir zaman. Mereka jadi hilang sensitiviti, hormat dan adab kerana mereka semakin hilang empati dan emosi kasih sayang. Penting diri dan tertekan. Tak apa abang Long. Sebenarnya orang gini lebih banyak tak tahu.
Erniefaizal Siti
29-04-2019, 04:13:01
Saya pun tak suka bila keluar ayat tu. Kalau pun dia akan bagitau kemudian, keinginan untuk mendengar pun dah tak ada. Serius tak suka!
Roshanisah Shamsuddin
29-04-2019, 04:13:01
tanya dia balik? ustaz tahu buat dadihkah?
Umie Safa
30-04-2019, 04:11:00
yg mennjawp telah bersifat sombong dgn ilmu pengetahuannya...
Shahreen Hazaline
30-04-2019, 04:11:00
kalau dah tahu, org takkan bertanya.
Jamilah Karim Khan
01-05-2019, 04:09:48
Jawap saja sambil gelak-gelak: Ya. Sebab tak tahulah saya tanya. Kalau dah tahu, buat apa saya tanya...Pernah seorang pensyarah marah apabila saya bertanya.Terus saja saya jawab, " tadi, encik suruh tanya, kalau ada yg tak faham. Tapi, bila saya tanya, kenapa encik marah? Lain kali, tak mahu tanya dah." Sambil senyum2 dia jawab, ok...ok... Bagus juga, lepas tu, dia tak marah dah bila saya bertanya... Mungkin dia tak perasan kesilapannya sebab ayat tu dah lali dengan dia...
Mohd Saidi Ibrahim
01-05-2019, 04:09:48
Ramai xsuka bertanya sebab tak mahu orang tahu taraf keilmuannya..... Jangan malu tanya.... Itu permulaan belajar yg baru...
Jamilah Karim Khan
02-05-2019, 04:09:57
Saya sebenarnya suka bertanya, terutamanya kalau mesyuarat untuk melaksanakan sesuatu tugas. Bukan apa, inginkan penjelasan lanjut supaya apabila kita membuat tugasan tersebut, semuanya berjalan dengan lancar...
Syakireen Akhlakkeen
02-05-2019, 04:09:57
itupun tidak tahu...? menunjukkan seseorang itu sudah dikuasai oleh sifat sombong dan takabbur. Berasa bagus dgn sedikit ilmu yg dipinjamkan. pernah terkana,dgn ayat spt tuan ini dulu.
Ismi Sara Hanbaly
03-05-2019, 04:20:58
Izin share abang long..Peringatan untuk semua. #Deep sangat..
Asfaizul Osman
03-05-2019, 04:20:58
Maka pak google lah menjadi rujukan....☺
Zariena Ramli
04-05-2019, 04:11:53
ape2 yg bermula dgn perasaan sombong xkn kemana..
Hartini Rosli
04-05-2019, 04:11:53
Saya paham sgt perasaan “tersinggung” tuan Mohamad Feroz Zaini. Sebab itu saya selalu menerangkan pd kawan2 tiada istilah “soalan bodoh” dlm kehidupan. Sebab kita tidak pernah berhenti belajar & ilmu yg Allah beri pada setiap manusia tahap pengetahuan nya lain2. Jgn pernah berhenti bertanya, jgn pernah berhenti belajar & jgn pernah memandang rendah pd tahap pengetahuan org lain.
مق بوندا
05-05-2019, 04:10:18
Ya tuan, hanya segelintir sahaja yang macam tu, sebenarnya ramai lagi yang dapat munafaat dari soalan tersebut cuma segan nak bertanya... Tak apa...Allah Maha tahu.
Nadia Farhana
05-05-2019, 04:10:18
Abang long saya minta share yer..
Noorlela Yaacob
06-05-2019, 04:09:46
deep
Norli Zakaria
06-05-2019, 04:09:46
Sombong sungguh...
Cikgu Ib
07-05-2019, 04:09:38
Saya juga pernah mengalaminya dan memberikan kesan yang amat mendalam kepada persepsi.
Nurul Wahiba
07-05-2019, 04:09:38
Pernah fikir perkara yang sama
Iryana Ahmad Bonyanin
08-05-2019, 04:09:11
Ini budaya yang sememangnya harus dikikis. Tulisan tuan mengingatkan kembali zaman kecil saya dan orang sekeliling saya. Dengan pemerhatian, saya belajar banyak benda tentang budaya yang tidak sihat ini. Moga kita sama-sama ambil iktibar.
Hamima Abdul Ghani
08-05-2019, 04:09:11
Itu pun tak tahu....tak seperit rasa bila ada yg berkata " laaaaa...benda mcm tu pun tak tahu. Tak boleh pikir ke? " Ishkkkk...kalau saya tahu dan boleh fikir sendiri dan tau jawapannya.....tak ada laaaa saya bertanya!
Kharyati Hassan
09-05-2019, 04:08:32
Kalau semua orang dah tahu, tak perlulah Ada Tuan2 guru.Tuan2 guru ada sebab ramai yang masih tak tahu dan nak ambil tahu . Sedangkan dalam masyarakat masih ramai yang tak tahu dan tidak ada usaha untuk mengambil tahu ..
Noura Hafeezah
09-05-2019, 04:08:32
Abang long, dah dapat jawapan untuk soalan faraid ke?
Busu Rozita
10-05-2019, 04:07:35
Hukum faraid bukannya mudah. Harap ustaz tu baca status abang long.
Min Yahya
10-05-2019, 04:07:35
Seringkali ayat begitu keluar bagi org yg rasa diri dia lbh tahu...
Nina Lyana
11-05-2019, 04:07:47
x mau guna ayat tu lg ... Terima kasih Abg long .. rupanya ayat tu mengguris hati .... itu pun tak tahu? Eh..
Zulnaidah Manan
11-05-2019, 04:07:47
Abang long. Jawapan. Ya memang saya tak tahu sebab tu saya bertanya. Memang memadai. Berlapang dada aje kerana yg menjawab itu pun tidak tahu menghormati majlis ilmu. Saya juga pernah terkena. Dan jawapan saya hemah je. Ya saya tak tahu tapi tak bermaksud saya take pandai. I've master in environmental economics after all. Hihihi

Tinggalkan Balasan

Tên của bạn *
Email *
Cảm nhận *