Kalau diperhatikan ramai pengamal media veteran lebih cenderung menyokong PH berbanding BN Kita boleh lihat dari postings di FB dan komen2 mrk di alam maya majoritinya kuat kpd PH Boss lama saya Datuk A Kadir Jasin bekas teman sepejabat Mustapha Kamil dan

Kalau diperhatikan, ramai pengamal media veteran lebih cenderung menyokong PH berbanding BN. Kita boleh lihat dari postings di FB dan komen2 mrk di alam maya, majoritinya kuat kpd PH. Boss lama saya Datuk A Kadir Jasin, bekas teman sepejabat Mustapha Kamil dan Hambali Abdul Latiff adalah diantara yg kuat "berkempen" utk PH melalui tulisan mrk. Ramai lagi termasuk bekas orang2 besar media yg saya rasa tak perlu disebutkan nama mrk juga sering menaikkan status dan memberi komen2 yg memihak kpd PH di FB atau Tweeter. Mrk ini semua tidak dibayar atau di upah utk menulis dan membantu meyakinkan rakyat untuk mengundi PH. Sbg veteran media, kami boleh dianggap golongan yg lebih memahami keadaan sebenar kerana pengalaman dan hubungan rapat dgn pemimpin2 politik samada BN maupun PH. Kami lebih tahu keadaan dan cerita sebenar melalui pengalaman kami sendiri. Atas kesedaran yg rakyat tidak mendapat gambaran yg sebenar ttg banyak isu terutama ketika kempen pilihanraya, kami cuba membantu memberi penjelasan kpd rakyat. Saya juga akui masih ramai teman2 lama yg masih cenderung kpd BN terutama yg masih berkhidmat sbg setiausaha akhbar, media strategis dan yg mengetuai bilik2 berita samada media cetak atau elektronik. Perbezaannya mrk ini tertakluk kpd tugas dan tidak sebebas kami dlm mengutarakan pendapat. Mrk menjalankan tugas kpd bos mrk dan kami menjalankan tanggungjawab atas kesedaran sendiri dan bantu rakyat yg dahagakan cerita sebenar. Mungkin ada berlaku pertembungan pendapat dan selisih faham, tapi saya yakin kami sbg pengamal media cukup arif dan professional utk tidak merosakkan hubungan baik yg telah terjalin begitu lama. Kpd semua saya ucapkan selamat bekerja terutama kpd bekas wartawan Berita Harian yg mewakili parti PPBM/PH iaitu Solihan Badri bertanding DUN Tenang (Labis) dan Fadzil Al-Haj di DUN Temengor (Grik). Semoga kedua mrk berjaya menambat hati pengundi dan meneruskan tradisi mewakili frateniti media di arena politik negara.
See Translation
07/05/2019
8 Komen:
Daud Ibrahim
07-05-2019, 02:05:52
Aamin
Nazam Stone
07-05-2019, 02:05:52
Usop, lepas pru ni kau masuk balik ke mainstream ke? Jadi boss kat mana? ???
Yusof Taib
08-05-2019, 04:44:53
Aku downstream outstream aje Stone ???
Nazam Stone
08-05-2019, 04:44:53
Hhehehehe..,
Rosli Dahamin
09-05-2019, 04:41:41
Upstream dlm tangan Yusof...avoid mainstream..
Badman Rules
09-05-2019, 04:41:41
Ramai juga petugas mainstream media yg masih bertugas sokong PH..tapi diam2 sbb masih sayangkan kerjaya...masing2 tunggu hari memangkah aje..
Muhammed Ibrahim
10-05-2019, 04:33:17
Dari dulu hingga kini tiada pihak yg menghargai karier seseorang wartawan.Semuga ada cahaya buat bekas2 Media.
Shams Baharudin Abdullah
10-05-2019, 04:33:17
Ameeen?

Tinggalkan Balasan

Tên của bạn *
Email *
Cảm nhận *