Kami dah lama kenal di dunia online dari mula mula saya terjebak dengan bisnes

Kami dah lama kenal di dunia online, dari mula-mula saya terjebak dengan bisnes.
Masa saya baru daftar dropship pembekal produk kanak-kanak, beliau dah jadi top agen kat syarikat tu. Memang kagum. Cuba jugak lah nak korek rahsia masa tu, tapi tak berjaya.Hihi.
Jadi kami berkawan ja lah dalam dunia maya. Sampailah tahun lepas saya pilih untuk sertai bisnes yang ada sistem agen. Kebetulan masa tu beliau buka pendaftaran agen Tasneem Naturel di bawah team nya.
Saya pun daftar, dan dari situlah saya mula kenal beliau lebih dekat. Jika dulu saya bayangkan mentor ni seorang yang pandai bercakap, memotivasikan orang di sana sini. Tapi bila kenal beliau sangkaan saya meleset.
Awal-awal berada dalam team beliau, saya rasa hilang punca. Mana bimbingan nya? Rasa macam dok sembang-sembang ja, takda ajar apa-apa pun. Haha.
Tapi saya jalan terus ja la. Sesekali ada masalah saya tanya terus dan beliau akan bimbing apa yang perlu. Dalam hilang punca tu saya terus ja berbisnes dan mendaki dari satu tahap ke satu tahap.
Hanya selepas beberapa bulan saya sedar bagaimana beliau bimbing saya. Bukan melalui kata-kata tapi melalui tindakan.
Saya belajar bagaimana cara beliau uruskan agen, uruskan konflik dan menyusun strategi bisnes. Semua itu hanya akan dikongsi secara tidak formal. Saya sendiri yang kena kenalpasti apa yang perlu saya kutip untuk dijadikan panduan.
Alhamdulillah setelah lebih setahun berada di bawah bimbingan beliau, saya semakin menghayati maksud "Action speak louder than words"
Puan Aminah Binti Hussain, master leader merangkap mentor saya dalam meneroka sistem agen. Dan beliau juga menyebabkan saya 'si procedural' sedang belajar untuk bertindak seperti 'sang options'.
Begitulah uniknya bekerja dengan manusia kan. Kita tak boleh berharap orang lain jadi seperti apa yang kita nak. Tapi kita sendiri kena mencari apa yang kita perlukan dari orang lain. In syaa Allah akan tersingkap 1001 kebaikan yang boleh dikutip dari sesiapa jua yang kita temui.
#TsunamiTasneem
#SakinahamidStory
24/03/2019
6 Komen:
Nur Adha Mansor
24-03-2019, 02:04:36
Best tak jadi org option
Aminah Binti Hussain
24-03-2019, 02:04:36
hahaha. org ganu kata masuk kelip pah kelip pah tak tau apa. adoi la kak
Wan Naa
25-03-2019, 04:32:14
kisahnya....ok...semua hebat!
Meen Najmina Isa
25-03-2019, 04:32:14
Hebat mami..kagumm sgtt
Syuhaidah Norazrin
26-03-2019, 04:28:51
Kagum!
Noreday Smile
26-03-2019, 04:28:51
Kak min Aminah Binti Hussain bestSempoi je tapi masyukTm kasih gak kat kakmin banyak bagi peluang ??

Tinggalkan Balasan

Tên của bạn *
Email *
Cảm nhận *