KENYATAAN AKHBAR oleh YB Dato Seri Tengku Adnan Assalamualaikum wbt Isu berkaitan UMNO yang kononnya sebuah pertubuhan politik haram dan tidak sah masih terus terusan dimainkan dan tular dalam media sosial walhal perkara terbabit adalah tidak benar

KENYATAAN AKHBAR
oleh YB Dato Seri Tengku Adnan
Assalamualaikum wbt
Isu berkaitan UMNO yang kononnya sebuah pertubuhan politik haram dan tidak sah masih terus-terusan dimainkan dan tular dalam media sosial walhal perkara terbabit adalah tidak benar. Biarpun penerangan dan penjelasan telah diberikan berlandaskan fakta dan bukti sahih dengan pengesahan dari Pendaftar Pertubuhan (ROS), namun ia ditolak ketepi begitu sahaja.
Ternyata inilah tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pihak yang sengaja mahu menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat agar UMNO ditolak, memburukkan Barisan Nasional (BN) dan nama pemimpinnya turut terpalit busuk menjelangnya Pilihan Raya Umum ke-14 ini.
Cubaan demi cubaan mereka untuk menjatuhkan UMNO dan BN dibuat dalam pelbagai cara. Sebelum ini mereka melakukan pelbagai tuduhan berkaitan ekonomi negara, membuat serangan peribadi terhadap pemimpin BN, menafikan macam-macam bantuan kerajaan dan macam-macam lagi fitnah tetapi semuanya gagal, maka kali ini mereka cuba pula mengelirukan orang ramai dengan tohmahan ‘UMNO pertubuhan haram’.
Ini semua adalah permainan politik dangkal mereka yang gagal memenangi hati rakyat sehinggakan menggunakan taktik kotor dan melontarkan fitnah sedemikian. Walaupun penjelasan telah dibuat dan beberapa kenyataan media telah dilakukan namun nampaknya mereka ini sengaja mahu mewujudkan kesangsian agar persepsi UMNO pertubuhan tidak sah dipercayai masyarakat keseluruhannya. Mereka ini semakin terdesak lantaran tarikh untuk pilihan raya amat dekat. Mereka gagal untuk menyaingi keupayaan UMNO dan kecemerlangan BN dalam mendahulukan rakyat lantas taktik kotor diaplikasi dengan cubaan memburukkan UMNO dan BN sendiri.
UMNO adalah pertubuhan politik yang sah, satu-satunya parti siasah yang mendukung perjuangan kebangsaan untuk agama, bangsa dan negara. UMNO mempunyai Perlembagaan dan patuh pada peraturan yang ada. Soal penanguhan pemilihan yang dilakukan juga adalah atas kebenaran dari ROS yang dilakukan oleh UMNO.
Saya minta mana-mana pihak, sudah-sudahlah lontarkan fitnah. Berpolitiklah secara matang sebagaimana insan bertamadun yang tahu antara mana yang salah dan mana yang benar. UMNO bersama BN untuk melaksanakan janji-janji kepada rakyat tidak akan sesekali sengaja melakukan onar yang natijahnya memberi kesan kepada perjuangan untuk agama, bangsa dan negara. Ayuh, ‘Hebatkan Negaraku’ bersama BN untuk PRU-14.
Terima kasih
YB DATO SERI TENGKU ADNAN
SETIAUSAHA AGONG UMNO
30/05/2019

Tinggalkan Balasan

Tên của bạn *
Email *
Cảm nhận *