KISAH BENAR PAGI INI You pilih parti mana Tanya seorang rakan yang berbangsa cina kepada Ana

KISAH BENAR PAGI INI.
You pilih parti mana?
Tanya seorang rakan yang berbangsa cina kepada Ana.
Sebagai orang islam, saya pilih Parti PAS yang pemimpin-pemimpinnya taat dan patuh perintah agama, jaga agama, ajar agama, ajak rakyat juga peringatkan rakyat supaya taat dan patuh semua perintah agama.
Bila kita pilih pemimpin sebegitu, hasilnya rasuah di kalangan pemimpin tak berlaku, ketirisan tak berlaku, penyelewengan tak berlaku sepertimana yang telah terbukti di Negeri Kelantan.
Bila rasuah, ketirisan juga penyelewengan tak berlaku, hasil Negara banyak lebihan, tak perlu berhutang sampai beratus bilion, tak perlu GST yang terkena juga kepada orang susah dan miskin, hutang PTPTN boleh dilupuskan dan banyak lagi perkara yang menyusahkan rakyat dapat dielakkan.
"You taknak ke pemimpin islam yang taat perintah agamanya dan adil kepada semua bangsa juga agama sepertimana yang berlaku di Kelantan tu?" Tanya Ana kepadanya pula.
"Ya la, ramai orang lupa apa yang you cakap tu, kalau pemimpin tak pandai jaga perintah agama sendiri, macammana nak jaga sebuah Negara, I setuju dengan you” jawabnya sambil berlalu.
Allahhuakbar, semoga Allah bukakan pintu hatinya untuk sokong PAS nanti, In Sha Allah.
30/04/2019

Tinggalkan Balasan

Tên của bạn *
Email *
Cảm nhận *