Kisah Pekerja BahaNizam adalah seorang pengurus di kilang membuat pakaian yg beroperasi sejak 6 tahun lepas

Kisah Pekerja
BahaNizam adalah seorang pengurus di kilang membuat pakaian yg beroperasi sejak 6 tahun lepas. Beliau mengambil alih daripada pengurus terdahulu, Mahalim yang meletak jawatan 2 tahun lalu dan meninggalkan bebanan hutang kesan pembelian mega peralatan kilang dan pejabat serta landskap yg melebihi kadar kecairan tunai sykt. Ada cakap2 mengatakan Mahalim membeli daripada sykt kawan2 dan keluarganya. Ini turut diperakui oleh setiausahanya, Anmar.
Sepanjang 2 tahun BahaNizam menjadi pengurus, kualiti pakaian dan kecekapan pekerja2 gagal ditingkatkan. Ini kerana BahaNizam yg pernah bekerja di bawah Mahalim, turut mengikut langkah sama dgn membuat pinjaman bagi menampung kerugian yg dialami. Malah ada mengatakan BahaNizam salah guna kuasa walaupun belum dapat dibuktikan lagi.
Kerana percaya kpd tuduhan penyelewengan oleh BahaNizam, di samping prestasi kilang yg merosot, pengurusan kilang telah memecat BahaNizam. Lebih mengejutkan apabila pengurusan melantik kembali Mahalim sebagai pengurus baru dan dibantu oleh bekas setiausahanya, Anmar. Sebahagian pekerja tidak bersetuju dgn lantikan Mahalim dan Anmar, tetapi diyakinkan pengurusan bahawa Mahalim akan memperbaiki masalah yg wujud bagi menyelamatkan kilang. Mahalim di dalam ucapan nya berjanji akan menaikkan gaji minimum, elaun kerja lebih masa. Beliau juga turut berjanji meningkatkan faedah perubatan pekerja yg beliau gelar Pekerja Sihat. Sebahagian pekerja ragu2 lalu bertanya kpd Mahalim bagaimana nak laksanakan semua janji sedangkan sykt sedang menghadapi masalah hutang yg tinggi. Mahalim memberi jaminan ia boleh dilaksanakan dalam tempoh setahun sahaja.
Tempoh setahun telah berlalu tetapi hasil sykt masih tidak meningkat dan janji2 setahun Mahalim masih belum ditunaikan. Apabila ditanya pihak pengurusan kenapa hasil tidak meningkat, Mahalim mengatakan ini semua salah BahaNizam kerana meninggalkan beban hutang yang tinggi. Kemudian di tanya pengurusan apa plan Mahalim untuk turnover kerugian sykt, beliau menjawab kini sedang sibuk mengumpul bukti penyelewengan BahaNizam. Mahalim menyatakan sykt boleh mendapatkan kembali wang sykt yg disyaki diseleweng BahaNizam.
Apabila pekerja2 bertanya ttg janji2 setahun, Mahalim menyatakan ia tidak boleh dilaksanakan kerana sykt dibebani hutang yg ditinggalkan BahaNizam. Tetapi apabila pekerja2 bertanya knpa Mahalim berjanji kalau tahu tak boleh dilaksana?, Mahalim menjawab beliau berjanji supaya pekerja2 menyokong perlantikan beliau dan tidak berlaku sebarang bantahan.
Sebahagian pekerja rasa tertipu dan marah tetapi pelik apabila ada sebahagian pekerja tak kisah asalkan BahaNizam telah berjaya disingkirkan. Rupanya mereka adalah kumpulan pekerja lama yg masih setia dgn Mahalim.
Bersambung...........
Nalza Azlan
9 sept 2018
25/03/2019
1 Komen:
Sf Agus Susanto
25-03-2019, 02:06:19
Ada.bakat jd pengarang cerpen :-)

Tinggalkan Balasan

Tên của bạn *
Email *
Cảm nhận *