Kisah Semalam 10 08 2018 Tunas Ranah Pusaka Bersama adinda atlet cilik Malaysia Puteri Rania Zahirah yang baru berusia 10 tahun dari SK Batu Muda

Kisah Semalam | 10.08.2018|
Tunas Ranah Pusaka.
.
Bersama adinda atlet cilik Malaysia, Puteri Rania Zahirah yang baru berusia 10 tahun dari SK Batu Muda. Mungkin ramai tidak maklum bahawa atas inisiatif keluarga tanpa bantuan kerajaan, beliau telah mengharumkan nama MALAYSIA dengan penglibatan beliau dalam sukan Skuasy di peringkat dunia!
.
Dari bicara bersama beliau, cukup ketara minat dan kecintaan beliau untuk berjaya dalam sukan ini dan meletakkan nama MALAYSIA di persada mengambil ikon tanahair Nicole David sebagai model kejayaan.
.
Saya mengharapkan lebih ramai individu mahupun organisasi dapat menyumbang dalam perkembangan sukan anak kecil ini, malah berharap Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) di bawah Dr Maszlee Malik sedar akan potensi beliau dan turut dipantau KBS di bawah YBM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
.
Dari satu aspek, tidak ramai anak Melayu yang berkecimpung dalam sukan ini, dan mengharapkan ramai peduli dalam kita sama menyumbang untuk pembangunan bakat demi Nusa Bangsa tercinta.
.
Bagi mereka yang berminat untuk membantu boleh hubungi ayah beliau Tn. Meor di talian; 0105162856
08/10/2019
1 Komen:
Hadi Ted
08-10-2019, 08:44:23
Ashraf Mustaqim hg mai batu muda tak habaq.boleh megeteh sama2.

Tinggalkan Balasan

Tên của bạn *
Email *
Cảm nhận *