KOMPLEKS TAHFIZ AL QUR AN AL QARADHAWI KOMTAQ KERDAU TEMERLOH PAHANG DARUL MAKMUR

KOMPLEKS TAHFIZ AL-QUR'AN AL-QARADHAWI (KOMTAQ), KERDAU, TEMERLOH, PAHANG DARUL MAKMUR
Alhamdulillah. Malam tadi menginap di Pondok Kompleks Tahfiz Al-Qur'an & Anak Yatim Al-Qaradhawi (KOMTAQ) di Kerdau, Temerloh, Pahang Darul Makmur yang diusahakan oleh Al-Fadhil Ustaz Kamal Ashaari.
Semalam berprogram Santai Anak Muda bersama Ustaz Kamal dan Ketua Pemuda, Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Kuala Krau Ustaz Aeriroshairi Roslan di DUN Kerdau. Pagi tadi sempat membuat pelepasan Rentas Desa anjuran KOMTAQ sebelum merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-30 DPPK Kuala Krau.
Alhamdulillah, usaha pendidikan yang dibangunkan oleh Ustaz Kamal Ashaari, Ustazah Nafisah Tahir dan keluarga beliau sangat memotivasikan. Kompleks yang terdiri dari sebuah Masjid, Bangunan Pentadbiran, Bangunan-bangunan Kelas, Rumah Mudir, Asrama, Pondok-Pondok Moden Waqaf serta Sangkar Ikan Patin (KOMTAQ terletak di tepian Sungai Pahang) yang sangat istimewa ini telah mula dibina sejak 2014 dan sudah semakin hampir siap sepenuhnya.
Kali terakhir saya ke sini Jun tahun lepas bagi menghadiri Retreat DPPM Sesi 2017-2019. Pembangunan terkini yang sudah siap ialah Dorm Lelaki, Padang Bola Sepak dan pembinaan Dorm Wanita khusus untuk Lil Banat dan program Akademi Pengajian Siti Aisyah (APSA).
Saya termotivasi untuk meneruskan gerak kerja membina institusi-institusi pendidikan Islam di Sarawak. Semoga hasrat bersama sahabat-sahabat membangun Kompleks Madrasah Tahfiz Wal 'Ulum Darul Hana atau Pusat Pengajian Islam (PPI) Darul Hana di Miri dan Madrasah Islamiyah Bugisiyah di Kampung Muhibbah, Niah, Miri akan dapat direalisasikan suatu hari nanti. Doakan sahabat-sahabat semua. Allahumma Aamiin. ??
#PPIDarulHana
#MaraMenujuCita
#SejahteraBersamaIslam
#TarbiyahDakwahSiyasah
#MembangunInstitusiPendidikanIslam
#BeristiqamahHinggaKemenangan
13/04/2019
16 Komen:
Mior Isfandy
13-04-2019, 02:06:37
Allah..Mengalir jariah buat Ustaz Kamal..
Muhtar Suhaili As-Sarawaki
13-04-2019, 02:06:37
Taqabbalallahu minna wa minkum.
Juwahir Amin
14-04-2019, 04:52:43
MasyaAllah ?Rindu KOMTAQ
Muhtar Suhaili As-Sarawaki
14-04-2019, 04:52:43
Siiru 'ala barakatillah.
نفيسة طاهر
15-04-2019, 04:35:42
Dulu almarhom ayahanda ada rancangan buat pasentren di Sarawak. Sampi cari menantu orang Sarawak. Tapi belum di izin Allah. Sekrang madrasah terakhir ayahanda di Muar. Depan rumah bonda
Muhtar Suhaili As-Sarawaki
15-04-2019, 04:35:42
Terbaik. ??
Nor Afandi Hamzah
16-04-2019, 04:35:03
Aamiin
Muhtar Suhaili As-Sarawaki
16-04-2019, 04:35:03
Allahumma Aamiin.
Naimah Abu Kasim
17-04-2019, 04:31:57
Subhanallah!
Muhtar Suhaili As-Sarawaki
17-04-2019, 04:31:57
Alhamdulillah.
Musa Mohamad
18-04-2019, 04:42:28
Aamiin.
Muhtar Suhaili As-Sarawaki
18-04-2019, 04:42:28
Allahumma Aamiin.
Hijrah Hati
19-04-2019, 04:32:42
Cantiknya pondok nie..
Kamarulzaman Abdul Manan
19-04-2019, 04:32:42
Allhamdulillah
Abu Bakar Abdul Rahman
20-04-2019, 04:21:10
Latihan awalan pakaian bersampin jerlah...huhuhu
Kompleks Tahfiz Al Quran & Anak Yatim Al Qaradhawi
20-04-2019, 04:21:10
Jazakallahu khairan jaza' ust. Semoge tidak jemu utk datang ke komtaq dan semoge Allah selalu permudahkam urusan musafir ust. Aamiin

Tinggalkan Balasan

Tên của bạn *
Email *
Cảm nhận *

Artikel berkaitan