Majlis Penutup PTA Negeri Selangor 2017 Tahniah dan terima kasih buat semua 400 lebih peserta Urusetia PTA Negeri Selangor dan juga Tuan Rumah JAM Kawasan Kuala Langat yang sama2 telah menjayakan PTA Negeri tahun ini

Majlis Penutup PTA Negeri Selangor 2017
Tahniah dan terima kasih buat semua 400 lebih peserta, Urusetia PTA Negeri Selangor dan juga Tuan Rumah JAM Kawasan Kuala Langat yang sama2 telah menjayakan PTA Negeri tahun ini.
Sekali lagi Pantai Kelanang menjadi sejarah setelah 2 kali PTA atau sebelum ini dikenali sebagai Jambori Amal diadakan di tempat yang sama, dan kali ini kita mencipta sejarah lagi dengan kehadiran peserta tertinggi yang pernah direkodkan di peringkat Negeri setakat ini, tahniah sekali lagi buat semua yang terlibat.
Tahniah dan Syabas buat Anjung Selatan (Hulu Langat, Serdang, Sepang dan Puchong) yang menjuarai pasukan terbaik PTA 2017 dengan meraih 5 Emas yang dikuti rapat Naib Juara PTA Anjung Timur dengan 4 Emas. Syabas juga buat anjung Barat, Tengah dan Utara yang memiliki semangat kesukanan tinggi dan tetap memberi saingan hebat dalam setiap acara.
Alhamdulillah, kehadiran adik2 Briged Amal sedikit sebanyak memeriahkan lagi suasana PTA kita kali ini, dan ini membuktikan kita serius dalam mencari pelapis baru yang bakal menerajui pasukan sukarelawan beruniform ini. Tahniah diucapkan buat pengurusan sekolah-sekolah yang terlibat.
Setinggi penghargaan buat Tuan rumah, Pas Kawasan dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Langat, juga pihak jawatankuasa Masjid Al Azim dan seluruh penduduk Kampung Kelanang yang sudi menerima kehadiran kami malah menyambut kami dengan baik dan sangat meriah.
Tidak ketinggalan ucapan penghargaan kami kepada semua Exco Pemuda Kawasan bersama Ketua Pemuda mereka Ustaz Muhammad Labib Abd Jalil, Ustaz Azim, Ustaz Hanafi Dahlan Albanjari, Ustaz Ashrul, Ustaz Hanif, Ustaz Shukri, Tuan Zukri, juga beberapa Pimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri yang hadir pada TPA kali ini untuk terus memberi komitmen dan sokongan kepada Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor.
Terima kasih tidak terhingga atas sumbangan YB Zaidy Talib, YB Ustaz Dato Dr Ahmad Yunus, YB Dato Iskandar A Samad, YB Ustaz Shafie Ngah, YB Razali dan YB Ustaz Sallehen Mukhyi PJ BPPNS yang turut hadir merasmikan Majlis Penutupan PTA kami bersama Ketua Pemuda DPPNS, Ustaz Syarhan Humaizi Halim, dan Ustaz Rizuan Rahmat Ketua Dewan Ulama Pas Negeri Selangor, beserta Sdr Damanhuri. Turut hadir memberi ucapan ialah Tuan Zurk Ahmad TKPT bagi pihak Jabatan Amal Malaysia.
Mewakili seluruh saf urusetia program dan ALP Negeri Selangor, kami sekali lagi memohon kemaafan diatas segala kelemahan dan kekurangan kami sepanjang program ini, mana yang baik itu sudah pastinya dari Allah, Semoga kita semua peroleh manfaat atas setiap kerja buat kita sepanjang program berlangsung dan seterusnya memperolehi keredhaanNya, moga2 PTA kali ini menjadi kenangan terindah buat semua sahabat.
Insya Allah ketemu kita di program seterusnya, minggu hadapan.. Seeru ala barakatillah...
#BersiagaMenujuFathu
Shehdi Hazrik
Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor
20 Ogos 2017
11/04/2019

Tinggalkan Balasan

Tên của bạn *
Email *
Cảm nhận *