MASIH RAMAI YANG KELIRU DAN TIDAK MEMAHAMI

MASIH RAMAI YANG KELIRU DAN TIDAK MEMAHAMI
PENJAWAT AWAM bukan bekerja untuk parti dan gaji yang mereka terima bukan dari duit parti UMNO. Gaji PENJAWAT AWAM DAN BONUS dibayar daripada hasil negara.
PENJAWAT AWAM bukan bekerja dengan syarikat kepunyaan parti politik. Tidak cerdik menuduh mereka pembelot jika menyokong pembangkang, apatahlagi meminta mereka berhenti.
Pembelot sebenar ialah pemimpin yang mengkhianati amanah rakyat dengan rasuah, menyalah guna kuasa dan mengamalkan kronisme.
kalau mcm tu sapa yg sokong pembangkang (umno) di Penang,Selangor dan Kelantan sila letak jawatan sebab anda tak sokong kerajaan negeri....
Negara ni negara demokrasi..terpulanglah deme nak sokong parti mana.....yg penting kerja.
31/05/2019
11 Komen:
Yusriani Yusoff
31-05-2019, 01:33:09
AssalamualaikumSelamat pagi..nk share yer..hihi
Nor Asmadi Mohamad Nor
31-05-2019, 01:33:09
wsalam..dialu alukan
Siti Aishah Yon
31-05-2019, 01:33:09
Saya setuju ??
Mohd Hashim Abdullah Al-Ganu
31-05-2019, 01:33:09
BN tu kerajaan laaa...kalu PAS menang Pas Laa kerajaan...tu pun x paham ke???
Nor Asmadi Mohamad Nor
31-05-2019, 01:33:10
Ok dah paham
Fadzrean Hizbul Islami
31-05-2019, 01:33:10
Btl tu ust Nor Asmadi Mohamad Nor. Parti & kerajaan adalah 2 entiti berbeza.. sbb tu dlm mana2 negara demokrasi cthnya US, kerajaan disebut kerajaan US. X pernah kerajaan disebut kerajaan republikan atau kjaan demokratic.. Malaysia je pelik skit sbb pimpinan & jentera media BN ajar drp azali lg BN tu adalah kerajaan..
Akhirati Hasanah
31-05-2019, 01:33:10
Setuju
Zue Sofia
31-05-2019, 01:33:10
hahahah...sy bkn pembangkang kan sbb sy penyokong kerajaan negeri selangor skg....so xperlu brhnti la kan..hihihi
Bonda Hasma
31-05-2019, 01:33:11
Mereka bekerja di bawah urusan seri paduka Yang di Pertuan Agung. Pertuan maknanya Tuan kepada rakyat jelata. Perdana Menteri dan menteri menteri kena bertanding dulu untuk jadi ahli parlimen untuk dewan negara dan wakil rakyat untuk dewan negeri.Ingat apa yang kita undi ini akan disoal di akhirat kelak.Sesiapa undi pkr di situ ada bekas pm, bekas menteri keuwangan Daim.Sesiapa undi bn di situ atas bekas pm dan bekas menteri keuwangan Njib.Hutang negara dan 3 trillion . Ini Daim yang kata.Tun Madey dan Dato seri Jibby berhutang dengan bank Dunia dan Bank Negara China.Tuan Haji Hadi tak pernah berhutang dengan kerajaan persekutuan atau negeri.Sekarang pilihlah pemimpin tidak berhutang sebab hutang di bawa mati. Tak masuk syurga kalau tak bayar hutang. Pemimpin dan penyokong mereka akan di suruh menunggu di satu tempat di padang mahsyar nanti selama hutang belum bayar.Ini adalah pemberi tahu supaya mereka beringat supaya tidak menanggung hutang sesiapa. Jangan bersubahat sebelum terlambat.Biar kalah di dunia. Jangan rugi di akhirat.
Norhasni Othman
31-05-2019, 01:33:11
Penjawat awam tidak perlu risau untuk undi pembangkang sebab undi adalah rahsiah, *pencerahan diberi oleh bekas pengerusi SPR*.Kes-kes yang dikenakan buang kerja hanyalah helah politik untuk menakutkan penjawat awam semata-mata. Janganlah kita masih ditipu dan ditakuti oleh rejim penipu BN yang bertujuan untuk terus berkuasa dan menyeleweng segala hasil sumber negara.*Viralkan* supaya semua polis, askar, cikgu, dan semua jabatan kerajaan yang lain terima info ini.Kita perlukan semua rakyat berganding bahu untuk mengambil bahagian pada *saat bersejarah ini untuk mengUBAH dan membina semula kerajaan baharu demi masa depan rakyat, negara dan agama*.https://youtu.be/0NAc2e6mbeE
Bonda Hasma
31-05-2019, 01:33:11
Ya. Lim Guan Eng tu penggal lepas tak sokong BN pun tapi bila dia menang dia dapat gaji dan elaun jugak macam penjawat awam yang lain. Dia jadi ketua menteri p.pinang. Pasal apa buat discriminasi kat penjawat awam tapi tidak kat ahli politik. Kita tengoj penggal lepas Khalid Ibrahim jadi mb selangior sebelum Azmin. Gaji penjawat awam di 3 buah negeri termasuk kelantan terus dapat walaupun negeri tu mejoriti tak sokong bn. Fikiran pun kadang kadang jadi sesat nu?

Tinggalkan Balasan

Tên của bạn *
Email *
Cảm nhận *

Artikel berkaitan