Memang telah dijangka kehadiran Ustaz Siddiq ke pertemuan Majlis Perundingan Islam akan dimanipulasi oleh beberapa teman

Memang telah dijangka kehadiran Ustaz Siddiq ke pertemuan Majlis Perundingan Islam akan dimanipulasi oleh beberapa teman. Politik murahan sedemikian sebenarnya menggambarkan betapa terdesaknya mereka untuk menghambat pengaruh dan sokongan. Juga bagi memuaskan hati political master mereka.
Kasihan kepada Ustaz Siddiq yang terpaksa menerangkan justifikasi beliau hadir ke majlis tersebut. Tambah menjengkelkan apabila pesanan bertulis menggesa pimpinan jamaah yang lain untuk turut hadir ke majlis yang berlainan dengan justifikasi dangkal kononnya Ustaz Siddiq telah berubah.
Terus terang Ustaz Siddiq tidak meletakkan apa-apa harapan terhadap majlis yang berjalan atas kehendak menteri. Apatah lagi tiada sebab yang memaksa agar pandangan cendekiawan diberikan pertimbangan apatah lagi wajib diterima. Satu majlis sekadar ada. Tidak ada sebarang kebanggaan atas gelaran penasihat jika demikian sifat majlisnya.
Kehadiran beliau atas pertimbangan dakwah. Selain itu apabila mendengar sahabat baik beliau di penjara Sungai Buluh diperlakukan lebih buruk dari penahanan sebelum ini, pada pandangan beliau sesuatu perlu dilakukan.
Hubungan khusus senior junior dgn menteri Dalam Negeri di zaman persekolahan menengah di Izuddin Shah, Ipoh cuba dimanfaatkan sebaik mungkin. Bukan menyerah atau akur kepada sebarang tekanan. Apatah lagi mengejar habuan dan ganjaran.
Ustaz Siddiq memperakukan jika dia perlu untuk bertegas dan menegur secara keras demi kebaikan ummah akan dia lakukan. Beliau menganggotai majlis ini sejak 2008 lagi. Ia ditubuhkan oleh DSAI sendiri dan dihidupkan semula ketika DSAZH menjadi Menteri Agama. Ini bukan cerita baru.
*ini adalah pandangan peribadi tidak mewakili mana-mana organisasi.
17/04/2019
4 Komen:
Anuar Manap
17-04-2019, 02:06:42
mohon share
Hamdan Kepala Batas
17-04-2019, 02:06:42
One lesson from this is to stay far far away from such ministers.. its like a plague... you come near one you get infected like it or not....
Pak Teh Sungep
18-04-2019, 04:58:07
Ape kes?
Zahiruddin Zabidi
18-04-2019, 04:58:07
Bahkan kita tahu siapa yang untung di sebalik isu ini....

Tinggalkan Balasan

Tên của bạn *
Email *
Cảm nhận *