Mencari keluarbiasaan disebalik kesederhanaan

Mencari keluarbiasaan disebalik kesederhanaan. Saya tidak mencari orang-orang besar untuk mencari orang-orang yang besar. Bahkan bagi saya ramai saja orang-orang yang biasa dan sederhana dan tidak dikenali itu bahkan mempunyai sejarah yang lebih menarik ddan hebat. Sejarah lisan bukan untuk mencari "orang-orang selebriti", namun disebalik orang yang biasa dan sederhana itulah lahirnya tenaga yang luar biasa yang menjadi legasi dalam era mereka. Dua tokoh yang menjadi tumpuan penulisan sejarah lisan saya kali ini adalah legasi Almarhum Ustaz Abdull Salam Sultan, bekas Naib Mudir, Madrasah Al Arabiah Al Islamiah dan almarhum Ustaz Hj Hafi Hakim, bekas Setiausaha Agung Pergas tahun 1960 - 1972. Baru selesai mewancara anak Ust Abdull Salam, Ustaz Mohammad Salman dan anak murid paling rapat dengan Almarhum Ustaz Hj Hafi Hakim, Cgu Hj Azman Kassim, Pengerusi Masjid Al Huda, Kampung Tempeh, Jln Haji Elias. Menarik ketika kita cuba memahami pemikiran disebalik figur tokoh-tokoh tersebut. Saya yakin pemikiranlah yang menjadikan seseorang itu hebat, bukan kerana populariti media yang membawa dia hebat. Bagi Cgu Hj Azman Kassim, pemikiran almarhum Ust Hj Hafi daripada surah al Asr cukup membangun wawasan beliau dalam mengabdikan diri memimpin masjid dan IRCC.
09/05/2019

Tinggalkan Balasan

Tên của bạn *
Email *
Cảm nhận *