Mengkaji Pengguna Politik Parti Antara method asas dalam kajian akademik dalam mengkaji sesuatu pekara adalah dengan mengkaji user pengguna atau mengkaji product bahan yg diguna

Mengkaji Pengguna Politik Parti
Antara method asas dalam kajian akademik dalam mengkaji sesuatu pekara adalah dengan mengkaji user (pengguna) atau mengkaji product (bahan yg diguna). Hasil kajian ini dapat menunjukkan kenapa pengguna itu memilih product tersebut dan juga apa kelebihan product tersebut.
Method mengkaji product (study the product) kerap digunakan dalam masyarakat kita.
Jika dalam persekitaran politik, teknik ini digunakan utk mengkaji apa kelebihan sesuatu parti melalui pemerhatian terhadap menifesto, track record dan organisasi parti tersebut.
Method mengkaji pengguna (study the user) juga boleh digunakan dalam memahami trend pengguna atau sudut politik parti ini, mengkaji penyokong parti itu sendiri.
Bila digunakan method study the user pada penyokong2 parti di Malaysia. Saya dapati terdapat trend/pattern yg sama pada penyokong BN. Jika dilihat latar belakang, pekerjaan dan talian persaudaraan, saya dapati penyokong BN ini boleh dikatakan kebanyakkannya tidak lari dari pekerjaan/perniagaan yg bergantung dengan kerajaan BN. Jika diperhalusi, terdapat juga dari mereka yg dapat pekerjaan/perniagaan hasil dari political network atau bahasa mudahnya menggunakan kabel politik saudara mara mereka di dalam kerajaan atau agensi kerajaan. Saya lihat pekara ini berlaku pada kawan2 dan saudara mara saya. Kalau anaknya tak bekerja dengan pejabat kerajaan atau agensi kerajaan, ianya akan ambil project yg berkaitan dengan kerajaan BN. Ada yang dari masuk sekolah, masuk universiti dan dapat kerja pun guna 'kabel politik' ini.
Saya guna method yg sama utk mengkaji penyokong2 pembangkang dari PH atau PAS, boleh dikatakan kebanyakan dari mereka tidak bersangkut paut samada dari segi pekerjaan mahupun talian persaudaraan dengan parti masing2. Makna kata mereka ini tidak bergantung pada mana2 parti utk dapatkan sumber pendapatan harian. Rata2 bekerja sendiri atau bekerja di syarikat yg tiada kena mengena dengan mana2 parti pembangkang.
Saya tak rasa ini pekara baru kerana umum tahu budaya 'kabel politik' ini.
Maka tak hairanlah yang bermati-matian menyokong dan mempertahankan BN tu adalah kerana ianya berkaitan dengan 'periuk nasi' mereka dan bukan disebabkan kepentingan bersama.
Saya ambil contoh di negeri Perlis sahaja, saya kira ramai tahu anak siapa berkerja dimana atau ambil projek dari siapa. Perlis ni tak besar mana pun maka mudah saja dapat tahu. Saya taktau nak kata ianya kebetulan atau pun sebaliknya tapi anda boleh menilai dengan bijaksana.
Mungkin pemerhatian saya melalui method study the user ini salah tapi anda semua boleh cuba sendiri. Selidik rakan2 dan saudara sekeliling anda dan nilailah sendiri.
Memilih atau menyokong mana2 parti ini seharusnya atas faktor kepentingan bersama dan bukan hanya sekadar menjaga 'periuk nasi' kita.
After all, rezeki itu datangnya dari Allah.
- Gambar semasa saya 'pecah kepala' study pasal Software Architecture.
Rupanya pikir pasal masalah negara lebih payah.
26/04/2019

Tinggalkan Balasan

Tên của bạn *
Email *
Cảm nhận *