Ni antara senjatapi paling best sapa tau bab senjata api mungkin suka menalah ni atau mungkin suka CZ 805 BREN atau kedua duanya lebih kurang jer kehebatan kedua dua senjata ni

Ni antara senjatapi paling best...sapa tau bab senjata api, mungkin suka menalah ni, atau mungkin suka CZ 805 BREN atau kedua-duanya.. lebih kurang jer kehebatan kedua-dua senjata ni...
Ada satu kisah pasal HK-416 ni berlaku kat aku beberapa tahun lalu.... Ada satu grup ni datang opis member aku duk borak-borak nak propose senjatapi baru untuk tentera... Sesaja aku duk menyempil sambil slow-slow belek draft proposal diorang...
Aku tengok jer gambar dalam proposal diorang, slow-slow aku cakap, TAK SESUAI ni utk supply pada tentera... Ni MP5 ni utk tempur jarak dekat boleh la sebab peluru dia blablabla MP5A2 jarak efektif tembakan hanya 200 meter blablablabla bukan military standard blablabla
Diorang tengok aku atas bawah, sebab aku pakai seluar pendek, t-shirt lusuh... Pastu diorang tanya.. "Apa yang sesuai?"
Aku jawab HK-416 A5 full-sized rifle 505mm...!
Diorang cakap - susah nak dpt liaise ngan Heckler & Koch.. Aku cakap, carik jalan... propose ni pada gomen...
Esoknya diorang datang lagik - Jumpa aku jer tunjuk kat aku 2 gambar saja :- Bushmaster ACR dan FN SCAR.. Aku hanya kata "HK-416!"
Tak puas hati lagik tu.. diorang bawak ntah sapa ntah ada Kolonel (B) dalam bizkad dia - lepak De Palma tu... tunjuk balik Bushmaster AC dan FN SCAR.. Aku tolak ngan jari gambar tu... aku cakap HK-416! - diorang citer pasal ACR dan SCAR tu macamlah aku yg nak kener buat decision nak beli apa hahahahha... Aku bagi cadangan jer..
Ding dong ding dong... beberapa bulan pastu keluar tender untuk membekalkan HK-416 kahkahkahkah... aku dah cakap... PADAN MUKA
Aku ni Pakar Senjata Counter Strike tawww
01/05/2019
15 Komen:
Iskandar Mohamad Ali
01-05-2019, 02:06:27
Bushmaster tu askar US pun dah xnak pakai dah ???
M Johan Mohammad
01-05-2019, 02:06:27
perrgghhh hebat boss
Abu Redza
02-05-2019, 04:43:08
Agak2berapa harga tuan.
Azanisham Samat
02-05-2019, 04:43:08
USD1000++
Abu Redza
03-05-2019, 04:59:16
Tq tuan
Rafik Masuod
03-05-2019, 04:59:16
Ingat lagi.. rasenye sejak 2008-2009 lagi ko dah up HK 416 nie. hahah.
Azanisham Samat
04-05-2019, 04:37:28
Dah mula jadik standard pada kebanyakkan tentera dalam dunia... sebelum ni hanya SOF jer pakai.... Turki siap beli lesen untuk reproduction... Tentera French, Australia dan Norway tukar semua pakai HK416... HK416 ni easy maintainance, sangat mesra pasir dan air...
M Johan Mohammad
04-05-2019, 04:37:28
mesra Alam komando kata...
Mohd Russlan
05-05-2019, 04:29:03
Hebat...
Abdul Hanan
05-05-2019, 04:29:03
Jatuh dlm lumpur pn bleh shoot lg ni
Azanisham Samat
06-05-2019, 04:28:17
tapi kalau jatuh ke hatimu?
Abdul Hanan
06-05-2019, 04:28:17
Ke batu 2 la klu kena ke hatimu..hahaha.France Army skang paling suka pakai natang ni
Azanisham Samat
07-05-2019, 04:26:29
semua cabang tentera perancis dah tukar pakai ni
Mohd Alakazam Sulaiman
07-05-2019, 04:26:29
pro gamer ... memang kne tau game punye spec. kih kih kih.
Ismail Omar
08-05-2019, 04:27:50
Antara hobiku...

Tinggalkan Balasan

Tên của bạn *
Email *
Cảm nhận *