ORANG CINA MENGAKU ORANG MELAYU BANYAK BERI TOLAK ANSUR SEHINGGA ORANG MELAYU TERSUNGKUR

ORANG CINA MENGAKU ORANG MELAYU BANYAK BERI TOLAK ANSUR SEHINGGA ORANG MELAYU "TERSUNGKUR"....
Ustaz Ridhuan Tee hari ini menyelar pemimpin PKR beragama Islam kerana menolak undang- undang hudud, sebaliknya berharap UMNO dapat memperbanyakkan pemimpin seperti Ketua Pembangkang DUN Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad.
“Mungkin ada yang sinis dengan berkata, ini semua strategi politik Umno. Tetapi pada saya, bukan mudah untuk pemimpin Umno bersetuju dengan hudud. Jika bukan Allah yang mengatur segalanya.
“Bukan seperti PKR. Mengaku Islam, tetapi menolak hukum hudud dengan pelbagai alasan, seperti masih belum lengkap, belum dibincang, tidak sesuai, kemiskinan masih berleluasa dan macam-macam lagi.
“Biarlah orang kafir sahaja yang beranggapan sedemikian. Sebagai umat Islam, kita bersangka baik dahulu. Jika ada yang tidak kena, sama-samalah kita perbaiki. Sampai bila kita harus menunggu dan memberikan alasan, kemiskinan dan keadilan harus diberikan keutamaan,” katanya dalam tulisan terbaru di akhbar Sinar Harian, hari ini.
Beliau dengan lantang turut membidas ultra kiasu sama ada yang berada dalam Barisan Nasional (BN) atau pakatan rakyat (PR).
“Jangan jadi seperti parti Gerakan, MCA (BN) dan ultra kiasu (PR). Awal-awal lagi sudah mengugut untuk keluar parti, jika ada parti Melayu yang menyokong hudud. Silakanlah berbuat demikian jika berani.
“Adapun Gerakan dan MCA, tidak menguntungkan UMNO. Malah UMNO terpaksa mengorbankan kerusi majoriti kawasan Melayu untuk memberikan laluan kepada mereka. Siapa untung, siapa rugi?
“Pendek kata, kemenangan Gerakan dan MCA, adalah kerana ihsan undi Melayu. Parti ini ternyata gagal memenangi hati Cina, kerana majoriti Cina mengundi ultra kiasu.
“Namun, Gerakan dan MCA terus mendapat kerusi menteri dan timbalan, walaupun tidak layak. Inilah kelebihan muafakat BN. Sanggup korban Melayu, meski Melayu telah lama terkorban.
“Sama ada ultra kiasu berada dalam BN atau PR, ultra kiasu tetap menang dan untung. Ultra kiasu tetap menang. Bersatu dalam senyap. Kita sahaja yang tertipu. Kalau tak percaya, cuba usik SJKC, seperti untuk tambah pembelajaran BM, melompatlah mereka semuanya. Inikan pula hudud.
“Sepatutnya ultra kiasu tidak perlu bising pun kerana tiada kaitan dengan mereka. Hudud adalah untuk orang Islam. Ultra kiasu berterima kasih kepada Islam, kerana dengan hikmah Islamlah, mereka dapat membina empayar hingga menjadi kaya-raya, sehingga Melayu ada yang merempat. Kenapa tidak bersyukur?,” katanya.
#hudud
#PR
#BN
#Melayu
#Cina
27/02/2019

Tinggalkan Balasan

Tên của bạn *
Email *
Cảm nhận *