Pembaharuan Setelah sekian lama kenapa baru sekarang ada org mula bersuara perlukan pembaharuan dlm institusi Islam

Pembaharuan.
Setelah sekian lama, kenapa baru sekarang ada org mula bersuara perlukan pembaharuan dlm institusi Islam?
Apa yg kita boleh lihat "pembaharuan" yg mereka inginkan itu adalah demi menuntut kelonggaran, serta untuk menutup kepincangan yg disemarakkan oleh anasir2 luar..
Tidak hairanlah sekarang ni banyak pendapat2 yg terpencil @ minoriti @ syaz ini dikorek kembali demi menjadi hujah untuk mencari kelonggaran serta menurut tuntutan anasir luar seperti liberalisme..
Maka disini terjadilah pertembungan, bukan mengatakan semua pendapat itu xboleh diterima pakai, namun banyak faktor perlu dipertimbangkan demi menjaga kecelaruan masyarakat dan kena perlu ambil tahu,setakat mana dah masyarakat memahami sesuatu pendapat yg rajih.
Dimana relevannya? Pendapat yg majoriti dan diiktiraf serta sudah terbukti keberkesanannya, perlu kita tolak ketepi demi mengangkat pendapat yg minoriti,terpencil demi mencapai kelonggaran dlm beragama yg belum kita pasti adakah pendapat itu benar2 dapat dihadam serta berkesan dgn keadaan masyarakat kita sekarang?
Dan sedia maklum, jika fatwa diubah atas kelaku dan karenah manusia,sampai bila manusia itu terdidik?atas jalan apa pula manusia yg beragama Islam itu dikawal?dan sepatutnya manusia patuh kepada fatwa,bukan fatwa patuh pada manusia..
Ada kepincangan atau kesalahan, kita ubah fatwa,dgn alasan mudah,senang,selamat,xperlu malu,konon atas nama moderate,lebih nampak modern,tajdid...padahal, adakah itu mendidik serta memberi pengajaran?
Kalau pada alfaqir, cukup dgn apa yg ulama muktabar dah susun, hatta sekadar ulama nusantara terdahulu saja, dah cukup untuk membentuk institusi Islam di negara kita sejahtera.
09/04/2019

Tinggalkan Balasan

Tên của bạn *
Email *
Cảm nhận *