PENDEKATAN BIJAKSANA TGHH TGHH hidupnya untuk Islam dan ummah Walaupon dibenci oleh sebilangan manusia yang tidak senang dengan PAS dan kebangkitan Islam itu tidak menghalang untuk manusia lain mendekati susuk tubuh hebat ini

[PENDEKATAN BIJAKSANA TGHH]
TGHH hidupnya untuk Islam dan ummah.Walaupon dibenci oleh sebilangan manusia yang tidak senang dengan PAS dan kebangkitan Islam itu tidak menghalang untuk manusia lain mendekati susuk tubuh hebat ini.
Siapa sangka Zainal Abidin Rawop boleh bersama TGHH.Mempengerusikan kuliah maghrib TGHH pula tu.Orang yang pernah berkhidmat di stesen TV RTM milik kerajaan UMNO Malaysia , Media Prima yang didalamnya ada TV3 dan sekarang bertugas di syarikat penyiaran terkemuka Astro.Wajahnya akan keluar sewaktu membicarakan rancangan Formasi dan menjadi pengulas untuk mana-mana acara sukan di Astro Arena.
Hari ini daku agak terkejut melihat beliau bersama dengan TGHH.Inilah kebijaksanaan PAS merencana strategi baru Politik Matang dan Sejahtera.Langkah baru ini bakal meruntuhkan tembok kekebalan UMNO pabila orang seperti Zainal Abidin Rawop kini mula jinak bersama PAS.
Jangan disangka hanya beliau seorang.Diluar sana ramai lagi selebriti , artis , insan berpengaruh yang lain yang sedang menanti untuk bersama PAS.Tunggu masa sahaja lagi.Mereka dan pengikut mereka sedang asyik memerhati langkahan PAS menyelamatkan negara.
Orang mungkin selalu berkata politik tidak boleh dilibatkan dengan sukan.Namun bagi diriku politik Islam harus masuk kedalam sukan untuk merubah segala kegiatan politik sukan yang tidak mesra syariah.Buktinya hari ini seantero Malaysia kecoh disebabkan penyelewengan RM 100 Juta oleh pegawai dalam Kementerian Belia Dan Sukan.Itulah bahana bila sukan dijauhkan dari syariat dan politiknya.
Menanti Hafizal Hamad pula untuk mendekati PAS.
Tulisan : Ibrahim Ani
See Translation
18/03/2019

Tinggalkan Balasan

Tên của bạn *
Email *
Cảm nhận *