PERBICARAAN MEDIA MENDAHULUI MAHKAMAH 4 July Hakim Mahkamah Tinggi Sophian Abdul Razak membenarkan permohonan pihak pembelaan supaya perintah tutup mulut sementara diberikan dalam kes dakwaan pecah amanah dan salah guna kuasa melibatkan bekas perdana ment

PERBICARAAN MEDIA MENDAHULUI MAHKAMAH
4 July - Hakim Mahkamah Tinggi Sophian Abdul Razak membenarkan permohonan pihak pembelaan supaya perintah tutup mulut sementara diberikan dalam kes dakwaan pecah amanah dan salah guna kuasa melibatkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Peguam utama Najib, Tan Sri Shafee Abdullah berkata perintah itu penting untuk dikeluarkan bagi mengelakkan kenyataan yang boleh menjejaskan kes anak guamnya.
Shafee juga berkata Najib telah menjalani “perbicaraan media” sejak sebelum kesnya didengar di mahkamah.
Ketika diminta menjejaskan lanjut perkara itu, Shafee berkata arahan tutup mulut patut melibatkan penerbitan kenyataan atau bahan-bahan berkaitan merit kes itu.
Peguam Negara Tommy Thomas yang mengetuai pasukan pendakwaan membantah permohonan itu.
Beliau berkata prinsip kebebasan bersuara bawah Perlembagaan Persekutuan patut kekal di tahap yang paling tinggi.
Katanya, Shafee patut membuat permohonan rasmi daripada meminta perintah interim.
Najib mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan terhadap pertuduhan bawah Kanun Keseksaan dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
See Translation
22/02/2019
2 Komen:
Hasnie Othman
22-02-2019, 02:07:45
Kemenangan pertama
Asrulfaiz Alias
22-02-2019, 02:07:45
Amin

Tinggalkan Balasan

Tên của bạn *
Email *
Cảm nhận *