Perkembangan kes saman sivil Jabatan Keadilan AS DoJ

Perkembangan kes saman sivil Jabatan Keadilan AS (DoJ)
Baru-baru ini ramai yang menganggap kes perbicaraan saman sivil DoJ terhadap empat individu untuk membeku aset-aset mereka yang didakwa dibeli dengan menggunakan wang 1MDB yang dilencongkan bermula pada 22 Ogos 2016.
Media melaporkan keempat-empat individu tersebut boleh mencabar tuntutan DoJ tersebut pada awal September nanti.
Mereka yang dinamakan dalam saman sivil itu ialah Jho Low, Riza Aziz, Khadem Al-Qubaishi dan Mohamad Al-Badawy. Aset yang ingin disita berjumlah AS$1 bilion atau kira-kira RM4 bilion daripada AS$3.5 bilion atau RM14 bilion yang dikesan oleh penyiasat Biro Siasatan Persekutuan (FBI) telah diselewengkan daripada 1MDB.
Kita tunggu dan lihat jika mereka khususnya Jho Low dan Riza Aziz akan mencabar saman berkenaan. Mohamad Al-Badawy telah ditahan oleh pihak berkuasa Abu Dhabi sejak sekian lama dan tidak dibenarkan meninggalkan negara tersebut manakala Khadem Al-Qubaishi pula ditangkap di Abu Dhabi kira-kira seminggu yang lalu. Jangan tanyalah di mana Jho Low dan Riza Aziz...
Kita juga tunggu dan lihat jika kerajaan Malaysia melalui Peguam Negara berminat dengan kes tersebut, kes yang dianggap rompakan terbesar ke atas negara.
See Translation
26/05/2019
1 Komen:
Mohamad Afzal
26-05-2019, 02:05:19
Klau laa si Jho Low tuu org DAP, anda rasa???

Tinggalkan Balasan

Tên của bạn *
Email *
Cảm nhận *