PERKEMBANGAN TERKINI KES USTAZ ADIB DAN CIKGU IDZAHRIL

PERKEMBANGAN TERKINI KES USTAZ ADIB DAN CIKGU IDZAHRIL
Negara kita telah digemparkan dengan berita tentang Cikgu Azizan, seorang PK HEM yang dibicarakan pada bulan lepas (Disember 2017) atas tuduhan mencederakan seorang pelajar yang ditangkap menghisap gam dan membuli pelajar lain di sekolahnya. Atas usaha pihak media, pelbagai NGO dan orang ramai yang memberi sokongan dan tekanan terhadap isu ini, Cikgu Azizan telah dilepaskan apabila dakwaan terhadapnya telah digugurkan.
Kisah Cikgu Azizan:
http://www.freemalaysiatoday.com/…/mahkamah-lepaskan-cikgu…/
Walau bagaimanapun, nasib lagi 2 orang guru yang berdepan dengan tuduhan yang sama masih lagi belum dapat diputuskan. Mereka ialah Ustaz Adib dan Cikgu Idzahril. Perbicaraan seterusnya untuk kes Ustaz Adib adalah pada 6 dan 7 Februari 2018 di Mahkamah Majistret Kajang manakala Cikgu Idzahril pula pada 19 Februari 2018 di Mahkamah Majistret Jawi.
Kisah Ustaz Adib:
https://www.bharian.com.my/…/3…/lancar-dana-untuk-ustaz-adib
Kisah Cikgu Idzahril:
https://www.hmetro.com.my/…/301548/doa-buat-cikgu-idzahril-…
Kami dari AGRA - Angkatan Gerak Minda Malaysia, percaya tindakan yang diambil oleh warga pendidik ini adalah demi MENDIDIK anak bangsa dan tindakan mereka tidak mendatangkan sebarang kecederaan serius atau kekal.
Kami ingin menyeru agar seluruh warga Malaysia menyebarkan mesej ini dan bersama-sama memberi sokongan dan tekanan terhadap kedua-dua kes ini agar Ustaz Adib dan Cikgu Idzahril dapat dibebaskan dan terus MENDIDIK anak bangsa.
Solidariti anda boleh ditunjukkan dengan bersama-sama menukar gambar profil anda di media sosial kepada poster di bawah dan anda juga boleh turut memberi sokongan dengan hadir sendiri ke perbicaraan kedua-dua kes seperti yang tertera di bawah.
"Guru tunggak negara!"
#lindungiwargapendidik
#pray4ustazadib
#pray4cikguidzahril
20/02/2019

Tinggalkan Balasan

Tên của bạn *
Email *
Cảm nhận *