PILIHANRAYA UMUM KALI KE 14 Asslamualaikum Dan Salam Sejahtera WATIKAH Alhamdulillah tahniah dan takziah kepada sahabat sahabat yang terpilih menjadi calon pakatan harapan pada pilihanraya umum kali ini

PILIHANRAYA UMUM KALI KE 14
Asslamualaikum Dan Salam Sejahtera
WATIKAH
Alhamdulillah, tahniah dan takziah kepada sahabat-sahabat yang terpilih menjadi calon pakatan harapan pada pilihanraya umum kali ini. Di fahamkan semua calon telah menerima watikah dari parti masing-masing (KEADILAN.) Nasihat dan Pesanan saya, Pikulah amanah rakyat ini dengan sebaiknya Jangan kianati perjuangan dan harapan rakyat kepada anda. Kepada mereka yang tidak terpilih anda semua adalah perjuang yang hebat, teruskan memenangkan pakatan harapan seperti hasrat kita bersama.
PENAMAAN CALON 28 APRIL 2018 (SABTU)
"SEMUA AKAN BANTU TUMBANGKAN UMNO BN"
Esok adalah hari penamaan calon pilihanraya kali ke 14, kebetulan esok adalah hari cuti. Dengan itu datanglah ramai-ramai beri sokongan kepada calon-calon pakatan harapan di seluruh Malaysia. Sudah pasti kita akan berhadapan dengan sahabat kita dari barisan nasional. Tunjuklah akhlak dan sikap yang baik kepada mereka, mudah-mudahan mereka akan menyertai kita selepas hari penamaan calon kerana terkesan dengan sikap kita yang hormati hak demokrasi.
Jagalah kebersihan dan keselamatan masing-masing. Jangan lakukan provokasi yang akhirnya merugikan pakatan harapan. Berilah kerjasama yang baik kepada pihak berkuasa dan petugas pakatan harapan.
KEMPEN
Selepas hari pernamaan calon, maka bermulakan kempen selama 8 hari. Berkempenlah dengan baik dan bijak. Sampaikan penerangan, maklumat dan matlamat pakatan harapan memerintah malaysia kali ini. Elakkan perdebatan di tempat-tempat awam dengan pengundi, penyokong dan ahli parti lawan.Penerangan yang bijak mudah faham akan membuatkan para pengundi akan memilih pakatan harapan kali ini. Yakinkan mereka pakatan harapan akan memerintah Malaysia dengan lebih baik dari barisan nasional.
PACABA= Polling Agent + Counting Agent + Barung Agent
Polling dan caunting adalah barisan terakhir untuk kita menang. Oleh itu mereka yang di pilih dengan tanggungjawab besar ini di minta bersiap sedia pada 9 Mei 2018 nanti. Jangan berikan seinci kemenangan percuma kepada barisan nasional. Walaupun mereka bijak menipu tapi kita lebih bijak untuk menang.
Penipu, pembohong, penyamun takkan selamanya akan menang. Sampai masanya mereka akan tersungkur di tangan rakyat. Rakyat adalah hakim negara, Dengan Izin Allah rakyat akan menghukum mereka kali ini. Amin.
RAKYAT MALAYSIA
Pada 9 Mei 2018 nanti undilah parti KEADILAN untuk Pakatan Harapan. Buatlah perubahan untuk negara tercinta. Hentikan segera derita rakyat demi masa depan anak dan cucu kita.
KITA AKAN MENANG, KITA MESTI MENANG.
27 April 2018
Jumaat
Changkat Jering
Muhamad Nur Ismail
19/04/2019
2 Komen:
Aswad Rizqy
19-04-2019, 02:06:39
Kita serahkan pada Allah setelah kita kuat berkerja & berusaha.In Shaa Allah, Allah akan tolong kita.
Nurul Ashikin Abd Halim
19-04-2019, 02:06:39
Masa depan dan anak cucu kita sebenarnya di akhirat kelak...dunia sementara...yg sementara di dunia ni biarlah benar2 melahirkan manusia2 yg takut kpd Allah swt...Semoga kepimpinan yg baru dpt benar2 menanam rasa tauhid yg tinggi kpd Allah, mencintai akhirat yg kekal dan kasih syg sesama manusia...maka akan lahir hamba2 Allah yg btaqwa..Moga akan thapus fahaman2 sesat..liberalism,sekularism,dan mcm2 lg..Allahuakbar!

Tinggalkan Balasan

Tên của bạn *
Email *
Cảm nhận *